Mujur la bakar roti dan buat telur masak separuh takdela guna banyak air. Cuma lepas makan apa semua tak basuh la pinggan. 1-2 jam je air takde. Lepas tu ada semula. Cuma slow la air paip tu. Boleh la sambung mencuci pinggan mangkuk tu.
Tu yang lunch tak plan nak masak. Risau kejap lagi tengah masak tiba-tiba air takde haru pulak kan. Maka nya lepas Zohor cakap kat Faiz keluar makan jela.
Hampir pukul 2 jugak la baru keluar. Mulanya nak makan di U&Me Cafe tapi tutup pulak. Mikha Sup Station tu pun tutup. Tanya anak-anak taktau nak makan apa. Macam biasa ibu la yang kena suggest walaupun takde idea jugak nak makan apa.
Tinggg terus idea sampai. Ajak makan nasi campur jela di Restoran Suasana Kampung di tapak pasar lama. Situ dulu pasar basah di Lipis ni. Lepas dah ada pasar baru di Bandar Baru terus la tutup pasar tu. Baru juga lagi Restoran Suasana Kampung ni ambil pasar tu dijadikan kedai makan.
Pertama kali jugak kami singgah makan di situ. Lauk banyak jenis cuma dah tak banyak sebab dah hampir pukul 2 kan. Mesti la orang makan seawal 11 pagi macam tu. Tapi masih ada la lauk pilihan kami.
Faiz: nasi putih, keli masak lemak, telur itik masak lemak, bendi goreng, sirap limau ais.
Raisha: nasi putih, kari ayam, keli berlado, teh o ais.
Rania: nasi putih, ayam masak lemak, sambal udang, teh o ais.
Total semua tadi rasanya Faiz cakap RM64. Lupa ingatan pulak. Haahaha. Padahal baru je beberapa jam.
Sedap jugak makanan kat situ. Banyak menu selera kampung yang kena dengan tekak kita. Ada masak lemak siput sedut, ikan patin tempoyak, ikan tilapia bakar, aneka jenis masakan ayam, ulaman, sambal dan macam-macam lagi la.
0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.