Makan Malam Di Abe Jo Cafe

Malam tadi Cie tak masak untuk dinner. Balik kerja dah pukul 6 so malas dah nak masak. Cie settle kan gimik perasmian untuk karnival yang Cie akan adakan pada 29
Oktober nanti. Banyak masa lagi tapi sebab staf yang buat dengan Cie tu cuti seminggu nanti jadinya buat jela terus semalam tu. 

Tanya anak-anak nak makan di mana. Jawapannya Abe Jo Cafe. Makanan kat situ kena dengan tekak jadinya memang repeat jela bila dah taktau nak makan di mana.

Abe jo cafe kuala lipis

Kami keluar selepas Isyak. Singgah Watsons dulu lepas tu terus ke Abe Jo Cafe. Kami sampai tu ramai juga orang tapi sebab kedai tu besar jadinya ada jela lagi meja kosong. Service kat situ memang cepat. Kita sampai je terus pelayan datang ambil pesanan. Minuman dan makanan pun sampai cepat takdela kita menunggu lama.

Cie order air limau asam boi, Faiz air suam, 2 beradik tu teh o ais forever. Tiap kalau makan kat luar teh o ais jela jadi pilihan. Malas nak fikir katanya.

Teh o ais, limau asam Boi, air suam

Makan pulak Cie order nasi goreng cendawan dan kerabu perut. Teringin pulak nak makan kerabu perut. Pedas jugak kerabu perut nya tu. Nasi goreng cendawan sedap.

Nasi goreng cendawan

Kerabu perut

Anak-anak order nasi goreng seafood. Sedap jugak la memasing clear je pinggan makan tu cuma tinggal sayur je tak dimakan. Lupa pulak nak order tanpa sayur. Faiz order nasi goreng ayam madu. Sedap jugak ayam tu Cie rasa.
Nasi goreng ayam madu

Nasi goreng seafood

Tanya Faiz berapa bayaran katanya RM48. Memang gitu la rate kedai makan sekarang. 4 orang makan kira ok la tu. Takdela mahal sangat kan.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Ok harga tu untuk 4 orang. Lagi pulak kena dengan selera keluarga, kira berbaloi.

    BalasPadam
  2. Pelbagai jenis nasi goreng. Semua nampak sedap. Saya bila teringin pun, akan beli kerabu perut. Kalau nak masak sendiri, memang tak la, kan.

    BalasPadam
  3. Ok tu harga utk makan 4 orang. Nasi goreng dia pun nampak mengelerakan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.