2 Oktober yang lepas masa mandi sebelah petang tiba-tiba jari manis sebelah kiri Cie ada rasa sakit. Sakit yang bila nak bengkok jari pun sakit. Sebelah malam tu Cie mintak Faiz sapu minyak. Masa dia urut tu sakit sangat-sangat.
Cie pun try tanya chatgpt apa nak buat kan. Chatgpt suggest suruh buat buddy tapping untuk rehatkan jari tu. Cie pun buat la sebelum tidur. Balut dengan apa yang ada jela. Sambil Cie sapu juga krim.
Esoknya tu bangun pagi masih sakit dan dah nampak macam nak bengkak. Kat tepi-tepi tu ada merah-merah macam kesan darah bertompok kecil-kecil. Pakai cincin pun tak muat dah sebelah kiri jari manis tu. Ahhh sudah la ni terseliuh ke apa kan.
Cie pun pergi kerja macam biasa dan buat jela kerja. Bengkak tapi takde tahap berdenyut ke apa. Jari kanan masih berfungsi nak menulis dan menaip. Settle kerja dulu. Jari bengkak tu pun ok je masa menaip cuma tak boleh bengkok dan rasa ketat kat jari.
Sebelah petang dalam pukul 3 Cie cakap kat bos nak ke Jabatan Pesakit Luar kejap nak check jari bengkak. Sampai kat JPL ramai juga orang.
Sebelum masuk jumpa doktor kena screen BP dulu. Masa check BP mula-mula tu tinggi jugak. MA tanya berdebar ke? Eh macam tau-tau je kita ni penakut nak jumpa doktor. Hahaha. Cie jawab tadi saya berjalan laju dan jalan jauh.
Yela dari Sajian ke JPL tu jalan kaki jauh jugak la dalam 3-4 minit kot. Naik bukit pulak tu. MA tu tekan kali kedua baru la turun semula. Lepas dah siap screen tu. Baru la letak kertas ni kat meja depan bilik doktor. Nanti doktor dari bilik-bilik tu akan keluar la ambil kad ni. Ada 3 bilik yang ada doktor bertugas.
Walaupun dapat nombor priority untuk staf tetap la kena menunggu turn jugak. Takdela fast lane sangat. Tengok nombor tu takde lagi staf hospital dapatkan rawatan untuk hari tersebut. Nombor pangkal 5 tu untuk staf hospital. Setiap nombor pangkal tu lain-lain kategori la. Ada kanak-kanak, ada warga emas dan biasa.
Selepas masuk jumpa doktor. Dia tanya sakit apa semua. Doktor suruh buat xray dulu. Cie ke Jabatan Xray bangunan yang lama sebelah je dengan JPL tu nasib baik boleh je xray kat situ. Malas Cie nak menapak ke jabatan baru atas bangunan office Cie jauh juga nak berjalan.
Selesai Xray doktor review takde apa-apa pun. Patah ke apa takde. Lepas tu doktor suruh ambil darah pulak. Banyak juga list darah untuk diperiksa tu. Kaunter ambil darah pun kena menunggu lama. Ada yang dressing kaki la, ada yang kena ambil darah la, ada yang kena makan ubat demam la. MA sorang je memang lama la kena tunggu.
Bila nama dipanggil Cie pun masuk. Mujur la urat bagi kerjasama senang je dia ambil darah 3 botol pulak tu. Siap ambil darah kena hantar kat lab. Tanya staf JPL tadi katanya lama juga result tu. Dah la masa tu dah 4.30 petang. PPK tu tanya doktor nak review hari tu jugak ke doktor kata ye.
Sambil hantar darah ke lab Cie masuk office kemas barang apa semua dan terus ke JPL semula menunggu result. Result semua online je dalam sistem MPIS. Lebih kurang dalam 45-50 minit PPK panggil nama Cie dia suruh masuk bilik doktor tu semula.
Doktor cakap result darah baru 1 je keluar yang kuman tu. Katanya takde bakteria atau jangkitan ke apa. Result asid uric untuk gout pun tak keluar lagi. Daripada result yang lepas Cie pernah buat dulu normal je. So doktor kata mungkin bukan gout.
Cie pergi jumpa doktor tu Jumaat. Masa tu doktor cakap la kalau weekend sakit yang tak boleh tahan terus ke Jabatan Kecemasan nanti mereka akan track result darah Jumaat tu. Ataupun Isnin datang semula kalau masih sakit.
5.30 petang baru siap jumpa doktor dan terus ke Farmasi pulak untuk ambil ubat. Cie ingatakan mereka ni kerja sampai 5pm je. Rupanya selagi ada pesakit. Kat JPL tu Cie tengok masa Cie siap tu pun ada lagi yang menunggu untuk jumpa doktor. Paling ramai student sekolah yang tak sihat. Musim influenza kan sekarang.
Isnin tu sakit jugak lagi tapi Cie dah malas nak ke JPL tu. Cie just makan ubat je sepanjang sakit tu. Sampai la beberapa hari Alhamdulillah dah ok. Dah lepas masuk cincin ikut jari tu.
Sampai sekarang taktau apa punca. Doktor pun cakap takde apa-apa. Harapnya bukan gout atau apa-apa yang memudaratkan atau berulang lagi bengkak ni. Agaknya tersalah urat masa mandi tu kot.
4 Ulasan
Kenapa pulak tu ye?. Ni ke yg org sebut “denah”?. I pun tak tau what is denah all about 🫢. Sorry if I am wrong. Cuma dorang kata kaki bengkak. Masuk kebun ttiba kena. Bila berubat disembur dgn sirih. Mungkin sirih tu utk menyurutkan bengkak agaknya kot. Wallahualam.
BalasPadamMoga Cie lekas sembuh.
Pelik juga tiba² bengkak..nasib baik takde apa²..
BalasPadamTiba² je ye... Semoga sembuh seperti sediakala ye Cie
BalasPadamTakkan bengkak tiba² tanpa sebab kan. Tapi, details betul ek dia buat semua test tu. Siap ambil darah semua.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.