Dinner Chicken Chop & Yong Tau Fu

Tengok to do list blog ada lagi beberapa entri yang menunggu untuk dituliskan. Minggu ni terasa kepenatan entahla kenapa. Hari Isnin hari tu balik kerja rasa tak sihat. Sebelum tidur telan panadol Alhamdulillah bangun pagi lega rasa. 

Bulan ni banyak sangat kerja menanti sebelum closing account hujung tahun. Segala mak nenek perbelanjaan kena selesaikan sebelum account tutup. Setakat ni belum ada arahan cuma kena bersedia jela. 

Kembali kita ke cerita bulan September. 27 September yang lepas kami dinner di Lepak Santai. Kali kedua la kami dinner di situ. Kebetulan sebelah petang tu kenyang makan mi goreng yang Cie masak untuk kakak-kakak Cie mereka ada singgah selepas kenduri sambut menantu sepupu. Tu yang dinner nak makan yang santai-santai je.

Cie ajak la Faiz makan kat situ je. Boleh order chicken chop dan yong tau fu. Kami order 2 chicken chop dan 1 pinggan yong tau fu. Air pulak teh o ais 2, teh o laici ais dan laici ais. Semua tema teh dan laici.

Teh o ais, teh o laici ais, laici ais

Chicken chop

Yong tau fu

chicken chop

Chicken chop tu share je. Memasing takde rasa lapar sangat tu yang tak order banyak nanti tak habis jugak. Mulanya si Faiz nak makan nasi lemak tapi tak jadi dah rasa kenyang makan yong tau fu. Tu pun mujur Cie pilih sikit je. Ikutkan si Faiz macam-macam dia nak letak dalam pinggan.

Alhamdulillah kekenyangan dah kami makan chicken chop dan yong tau fu je untuk makan malam. Balik kekenyangan dah boleh terus tidur. Tapi rasanya lepas tu kami pusing-pusing dulu tak terus balik rumah. Dah peram sampai lupa dah. Hahaha. Takpela taknak merugikan space galery sebab dah ambil gambar kita share jela.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. mcm dh lama tak mkn ytf...craving plak

    BalasPadam
  2. Selalu kalo beli yongtaufu pun, saya yang pilih. Kalau suami pilih, alamak.. banyak benda dia amik, susah nak habiskan.

    BalasPadam
  3. Yong Tau Fu mmg kena control masa nak amik hahhaa.. kalau tidak mmg semua benda nak di ambil.. lama pula dah tak makan yong tau fu ni..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.