Dinner Di Lepak Santai

Semalam Cie balik kerja lambat jugak. Setiap hari la balik lambat. Kebetulan memang tak masak untuk dinner sebabnya lauk pauk dalam freezer dah habis. Anak-anak ajak makan luar. Nak try kedai baru buka berdekatan je dari rumah. Katanya selalu nampak live kat tiktok. Ibu ni mana la ada tiktok jadinya taktau la.

Lepas Maghrib je kami keluar. Husband cakap kalau lambat nanti ramai orang. Memang betul pun. Masa kami sampai tu cuma baru ada 1 meja saja customer cina tengah makan steamboat. Lepas kami duduk ke semakin ramai dah customer yang datang.

Dinner Di Lepak Santai

Konsep kedai Lepak Santai ni macam food court. Ada 3 owner dengan menjual makanan berbeza di bawah 1 bumbung. Kedai ni terletak di Pusat Perniagaan Impian. Bersebelahan dengan Dobi Ria. Asalnya dulu kedai kereta kat situ. Sekarang dah jadi kedai makan.

Dinner Di Lepak Santai

Menarik jugak konsep jualan makanan kat situ sebab kita boleh pilih nak makan apa dan minum apa serta dari kedai mana. Tempat duduk pulak boleh je duduk mana-mana. Kita order kat kaunter je. 

Dinner Di Lepak Santai


Burger Warong

Kat Burger Warong ni ada pelbagai jenis minuman. Makanan pulak ala western ada pelbagai jenis burger serta ada juga chicken chop. Cie dan anak-anak order chicken chop. Husband ambil nasi lemak bungkus dan daging burger. Air mereka 3 beranak order teh o ais, teh o ais limau, limau ais.

Dinner Di Lepak Santai

Dinner Di Lepak Santai



Tapi tu la mereka lupa hantar lagi 1 chicken chop. Hanya 2 saja so kami kongsi jela makan. Kenyang jugak dah mujur la mereka terlupa buat jugak 1 lagi chicken chop tu.

Elysha Kitchen

Kat Elysha Kitchen ni Cie dan husband ambil yong tau fu. Aneka pilihan cucuk-cucuk dengan harga RM2 secucuk. Pilih dulu kemudian mereka akan celur, tuangkan sos dan hantar ke meja. Nombor akan diberikan. Kita tunggu kat meja je. Ada diberikan sambal sekali tapi tak rasa pun sambal tu semalam. Kat Elysha Kitchen ni takde air. Mereka ada yong tau fu, steamboat dan grill sahaja.

Dinner Di Lepak Santai

Dinner Di Lepak Santai


Noah Ark Cafe

Cie order air je kat Noah Ark Cafe ni. Cie nak try sparkling peach RM6. Ingatkan macam selalu order yang ada jelly dalam tu. Rupanya kosong je. Cuma air sparkling yang diletakkan peach syrup kot. Owner Noah Ark Cafe ni menjual juga takoyaki kat Batu 2. Selalu jugak takoyaki dia. Kat sini pun dia jual jugak kot tapi tak nampak pulak ada tempat buat tu kot di belakang mesin kopi agaknya.

Dinner Di Lepak Santai

Dinner Di Lepak Santai

Kedai Makan Baru Dibuka


Sepanjang kami duduk kat situ semakin ramai orang datang silih berganti. Cie pun cakap kat anak-anak makan cepat sikit orang lain pulak nak duduk makan. Kita rasa kesian tengok orang melilau cari tempat nak duduk.

Dinner Di Lepak Santai

Dinner Di Lepak Santai

Dinner Di Lepak Santai

Kedai baru dibuka jadinya ramai la orang nak mencuba. Walaupun kedai takde aircond tapi sejuk je ada kipas disediakan. Tempat cuci tangan, tandas pun ada. Selesa la nak menikmati dinner dalam suasana lepak santai je malam-malam.

4 Comments

  1. Nampak banyak pilihan makanan. Kadang dinner orang nak makan yg ringan² macam ni jer tapi mengenyangkan. Betullah, selalu kesian tengok org melilau cari meja.

    BalasPadam
  2. Selamat menjamu selera
    kalau sedap dan harga berpatutan boleh datang lagi.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.