Dinner Di Kebun Cafe

Semalam Cie tak masak dinner. Tinggal berdua je dengan kakak Raisha tu yang malas nak masak. Husband balik dari program kat Jerantut tu sampai rumah dah Maghrib. Adik Rania pulak habis kem booster 9 malam. Plan dah dengan kakak Raisha, adik Rania balik kem je kita keluar makan.

Dinner di Kebun Cafe je malam tadi. Takdela lapar sangat sebenarnya sebab sebelah petang tu dah makan sandwich 7E Cafe tu yang makan kat Kebun Cafe jela boleh makan burger.

Dinner Di Kebun Cafe



9 lebih kami keluar rumah. Selalunya kat Kebun Cafe ni takde ramai orang pun makan kat situ. Ada yang bungkus. Makanan pun takdela banyak pilihan. Ada burger ayam, burger daging, burger kambing, indomie, nasi lemak. 

Adik Rania kata dia kenyang. Makan kat kem dah pukul 6 lebih tu. So tak order banyak la makan share je. Kami order burger petak ayam 2 dan indomie je. Air pulak order 2 teh o ais dan husband order hot cappucino.

Dinner Di Kebun Cafe

Dinner Di Kebun Cafe

Dinner Di Kebun Cafe

Kerap jugak dah kami makan kat Kebun Cafe ni. Cuma malam tadi jela kami dapat teh o ais rasa macam masam. Mula tu dapat teh o ais yang ada tangkai cili kat dalam air tu. Husband inform kedai dan mereka tukar air. Tapi tu la rasa masam tu tak sure kenapa. Masa bayar tu entahlah husband cakap ke tak kat kedai tu air masam. Jadinya tak habis la kami minum teh o ais tu.

Mujur la takde sakit perut ke apa kami 3 beranak malam tadi minum air tu. Risau jugak tu yang tak habis kami minum. Rasa macam pelik sikit.

2 Comments

  1. Pelik pula teh tu rasa masam. Mungkin guna bekas/kutleri yang sama untuk bancuh air lain.

    BalasPadam
  2. kalut sungguh cafe ni..tangkai cili masuk dlm minuman, air teh masam...huhu..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.