Sambil kepala ligat fikir nak makan mana. Semua tempat dah pernah makan. Faiz cakap nak makan kat Restoran Kuah ke. Cie cakap minggu lepas baru je makan situ. Faiz pusing ke arah bandar lama. Lalu depan Kopi Stesen tengok ada meja kosong terus singgah jela.
Kami order menu sama jela kalau kat Kopi Stesen. Adik Rania cakap tak payah tengok menu dah pun kalau datang situ. Nasi lemak ayam goreng untuk Faiz, Raisha dan Rania. Cie order roti jantan. Ada tempat panggil roti titab. Air pulak teh ais untuk 2 beradik, Cie kopi o ais dan Faiz air suam.
Sepanjang kami makan situ ramai jugak orang masuk full house la kedai tu. Suasana kedai tu mungkin menjadi tarikan untuk pelanggan datang. Ada datang berkumpulan 1 keluarga besar, ada macam kami 4 beranak, ada juga yang datang bersama kawan dan pasangan.
Siap bersarapan kami terus ke BS Freshmart nak beli barang dapur. Cie suruh Faiz beli kepak ayam dan udang je. Sayur pulak Cie beli kacang buncis dan cendawan je. Timun dan kobis minggu lepas masih ada dalam fridge.
Buah beli anggur, jambu dan mangga. Ada banyak jenis buah segar. Geram je tengok. Macam nak beli semua kalau ikutkan. Tapi kita beli yang kita selalu makan jela. Ada je tengok buah-buah yang jarang jumpa.
Dah siap beli barang dapur terus gerak balik dan singgah beli ikan patin kat tepi jalan. Plan nak buat pais patin nanti bila-bila rajin.
Anak-anak ajak berjalan tapi tu la bapaknya senyap je. Ibunya ikutkan je. Takde idea juga nak ke mana yang dekat-dekat.
0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.