Makan Malam Di Kampung - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 11 February 2024

Makan Malam Di Kampung

 

Makan Malam Di Kampung
Orang Lipis memang tak lepas dari masak tempoyak

Cie dah lama tak balik kampung walaupun dekat je. Setiap minggu kakak Raisha ada kelas UPKK sebelum exam hari tu. Memang tak sempat la nak balik. Kampung dekat je 30 minit dari rumah Cie. Balik kejap je lepas makan balik la rumah sendiri.


Walaupun mak dan ayah dah takde tapi masih ada 2 orang kakak Cie duduk kat kampung. Kakak yang sulung dan kakak kedua. Memang balik kampung jumpa adik beradik jela. Boleh gilir-gilir nak makan rumah mana. Hihihi.


Pengganti air tangan mak. Masak apa pun sedap je kalau air tangan kakak-kakak ni. Semalam dapat la makan air tangan kakak sulung. Adik bongsu memang makan jela tak tolong masak pun. Hahaha.


Cie ada 8 orang adik beradik. Cie anak bongsu. Kami 3 beradik je duduk Lipis. Kakak no 6 duduk kat Bentong, abang no 5 duduk kat Pekan, abang no 3 di Terengganu, kakak no 7 di Perak dan kakak no 4 di Penang. Ramai adik beradik dan semua dah bekeluarga. Anak buah yang dah kahwin pun ada dah. Bercucu dah Cie ni. Hihi


Makan Malam Di Kampung
Ni la kampung Cie


14 comments:

  1. Alhamdulillah ramainya adik beradik Cie... PH pun anak bongsu tapi 4 beradik je, itupun sorang dah meninggal :( Cucu² pun ramai juga, belas² orang dah 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dikurniakan adik beradik ramai, keluarga besar.

      Delete
  2. selamat menjamu selera .seronok dapat makan ramaia-ramai ni . lagi bertambah selera

    ReplyDelete
  3. Bestnya tengok lauk-pauk tu. Boleh bertambah nasi ni… apa lagi kalau makan ramai-ramai kan…

    ReplyDelete
  4. sedihnya.. walaupun entry sedap tp jiwa rs sedih.. hahaha.. ampunkan ldy cie.. sedap sungguh masakan tersebut..

    ReplyDelete
  5. sedap tu lauk2 bila blk kampung...tk mkn tempoyak tp kalo kuah tempoyak ok skit bole mkn

    ReplyDelete
  6. Ex husband akak dulu orang Triang..x dan explore area kuantan ke apa.pernah la pergi cuma x explore...lepas ni boleh la explore ngan Dania plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belah triang sana dah nak masuk N9 lain sikit masakan sana kot.

      Delete