Kenny Rogers Setapak Central Mall KL
Selepas selesai beli baju raya di Bangi Sentral kami bergerak ke KL pula untuk stay 1 malam lagi. Belum habis shopping. Hihihi. Sebelum check in kami singgah di AEON Wangsa Maju. Cie nak beli seluar anak-anak dan sandal raya anak-anak.
Terus la nak lunch Kenny Rogers kat AEON Wangsa Maju tu. Tapinya takde dah kat ground floor tu. Taktau pulak dah tutup. So Cie pun google yang terdekat sehala nak ke KL. Tengok ada kat Setapak Central Mall kat Danau Kota je. Husband kata on.
Lunch di Kenny Rogers pun dah masuk petang. Hampir pukul 4 jugak la sampai kat situ. Mujur tak ramai orang cepat la jugak sampai order kami.
Order air sama tema. Haha |
Ada menu baru katanya |
Macaroni cheese KR ni memang kegemaran Cie |
Try menu baru untuk husband |
Ni untuk anak-anak |
Mula-mula Cie nak belanja makan. Dah ready kad nak wave. Sekali husband dah ke kaunter cashier. Alhamdulillah selamat duit ku. Hahaha.
Masuk ke Setapak Central Mall ni semata-mata nak makan Kenny Rogers je. Dah lama tak makan KR. Turun KL dapat la makan. Kat Lipis takde KR.
Kenyang makan terus bergerak ke Ideas Hotel KL untuk check in. Nanti Cie share. Ada beberapa entry pending lagi ni. Huhuhu
Macaroni and cheese ni menu wajib untuk Dania. Suka sangat dia....
ReplyDeletelama dah tak menyergah ke Kenny Rogers ni... Kena try sebelum puasa ni :D
ReplyDeletemac & cheese ada tomato...biasa mkn tkde plak...lama tk singgah kenny rogers
ReplyDeletesedapnya. dah lama sangat tak makan kenny rongers! hehehhee
ReplyDeleteSedih lah Kenny Rogers Indonesia dah ditutup sejak pandemi. Padahal dulu ini restoran fav saya juga. Walopun agak jauh dari rumah.
ReplyDeletePas pandemic banyak restoran tutup termasuk KR. Harap2 nanti mereka buka lagi
Hahaha..air sama tema butul la...terang mata😁
ReplyDelete