Hotel Berdekatan SOGO KL dan Jalan TAR
Beberapa minggu lepas Cie ke Bangi dan KL untuk shopping baju raya. Baru hari ni berkesempatan nak share review Cie menginap di Ideas Hotel KL. Ini kali kedua Cie menginap di Ideas Hotel KL. Kali pertama tahun lepas. Kalau dah repeat ni bermakna memang best la.
Cie suka menginap di Ideas Hotel KL ni sebab mudah access ke banyak tempat seperti SOGO KL, Jalan TAR, Maju Junction, Pertama Kompleks, Masjid Jamek, PWTC dan banyak la tempat lain melalui jalan kaki, menaiki public transport seperti bas, train, e-hailing dan lain-lain.
Untuk kali ni Cie menginap di Ideas Hotel KL sebabnya nak shopping di Jalan TAR dan SOGO KL. 2 kali la Cie ke situ. Hihihi. Selepas check in dan sebelum check out.
Cie ambil Signature Twin with Breakfast untuk 1 malam RM231.57. Breakfast macam biasa free untuk 2 orang. Untuk anak-anak Cie tambah breakfast RM20 seorang tidak termasuk tax. Breakfast kat Ideas Hotel KL ni banyak pilihan tu yang rasa berbaloi je ambil.
Bilik dan Kemudahan di Ideas Hotel KL
Bilik kat Ideas Hotel KL ni bagi Cie memang selesa dan luas jugak la. Cie ambil twin bed sebab kami 4 beranak kan. Muat la tidur atas katil tu. Anak-anak masih sekolah rendah ni boleh la lagi tidur sebilik. Nanti dah makin besar nampaknya kena ambil 2 bilik la.
Kat lobi nak jalan kaki ke Jalan TAR dan SOGO. Petang lepas check in. |
Selfie sebelum berjalan kaki pagi sebelum check out. |
Pool pun ada kat Ideas Hotel KL |
Kat setiap level ada kerusi ni selepas pintu masuk level tu |
Ni la bilik kami |
View dari bilik. Boleh nampak stesen LRT. Sunway Putra pun boleh nampak |
Dengan anak-anak nak pergi shopping. Babah taknak ikut. |
Buffet Breakfast di Ideas Hotel KL
Buffet breakfast di Ideas Hotel KL ni banyak juga pilihan. Ada pelbagai jenis menu tapi Cie tak sempat snap semua gambar sebab segan. Hihi. Orang lain duk sibuk ambil makanan kita pulak nak snap gambar. Segan la jugak kan. So ni pun semua ambil macam sesambil ambil makanan je.
Cie suka puding roti kat Ideas Hotel KL ni memang sedap. Yang Cie stay tahun lepas tu paling sedap. Yang kali ni dia letak hirisan pisang. Kureng sikit tapi still sedap bila letak sos kastard tu.
Tambah 2 pax breakfast untuk anak-anak |
Kerabu suhun rasanya ni pun terpaling sedap |
Overall Cie memang berpuas hati stay kat Ideas Hotel KL ni sebab tu la dah kali kedua stay di sini. Cuma bab parking jela macam kurang memuaskan sikit. Dari parking nak ke lobi tu takde lift cuma boleh naik tangga saja. Memang mereka ada sediakan perkhidmatan buggy car tu tapi maybe ada masa tertentu saja mereka turun dan naik. So kami naik tangga je lepas parking kereta.
Mujur la parking kereta masa check in lepas tu check out baru keluar. Malam pun kami take away makanan kat SOGO je. Jalan kaki takde guna kenderaan pun.
Parking kena bayar cuma murah sikit la kalau guest hotel. Masa nak check out tu nanti ada atas kaunter receptionist tu mesin untuk kita masukkan no plate kereta. Masa kat tempat keluar tu nanti bole swipe touch n go untuk bayar parking rm4 lebih rasanya tak ingat dah.
Valet parking pun ada rm15. Kat depan hotel full. Mereka akan bawa parking kat bawah car park tu jugak cuma bezanya kalau valet ni mereka akan parking untuk kita dan kalau dah check out nanti mereka akan ambil kereta bawa ke depan lobi. Tu jela pun.
Next time kalau nak shopping lagi kat Jalan TAR dan SOGO boleh la stay sini lagi.
Linda yg dok Selayang nie pun dok nengok2 Ideas Hotel tu jugak.. Saja2 nk stay + playing tourist... Kikiki...
BalasPadamKalau dh repeat tu mmg best la jawap nya.. location pun bagus di tgh tmpt attraction.. breakfast kalau ada banyak pilihan mmg berbaloi kalau takat RM20.00 tu..
BalasPadamcie, lady baru je ke sogo semalam.. kononnye cari baju raya tapi tak jumpe yg berkenan.. cume beli baju anak2 shj tu pun bukan untuk raye pertama lah.. huhuhuhu..
BalasPadamWah dah shoping raya ye..
BalasPadamSaya pun suka Ideas Hotel untuk minum minum afternoon delight..Dua hari lepas sempat juga dengan kawan kawan afternoon delight sebwlum puasa katanya..hihihi
Seronok tu shopping dgn gegirls je :)
BalasPadamPH ada nmpk gak few promo hotel² dekat area sini buat offer penginapan utk yg nak shopping area sini.