15 Ramadan 1445H
Menu berbuka puasa 15 Ramadan ni yang simple je. Lambat mula masak pun cepat je siap. Kisahnya Cie balik lambat tadi sebab duk menunggu keberangkatan pulang Sultan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang mencemar duli melawat pesakit di Hospital Kuala Lipis.
Sampai rumah dah 6 petang. Bahan semua dah sedia tinggal masak je. Ayam dah thaw. Bahan lain macam carrot dan bunga kobis tu memang dah siap potong dalam fridge. Standby bahan basic gitu senang nak masak.
Goreng telur dadar sementara tomyam tengah merendidih tu. Ulam timun potong-potong je. Tak sampai 1/2 jam dah settle. Nasi pulak husband dah masakkan sebelum Cie balik tu. Mujur elok kejadian dia. Husband tak pandai masak. Masak nasi macam tu boleh la.
Bulan puasa gigih juga masak walaupun balik lambat. Kalau tak puasa memang makan luar je. Setakat ni tak berbuka kat luar lagi pun. Bazar pun Cie belum jejak dah 15 Ramadan. Hihi. Suami jela selalu beli kuih muih. Dia suka makan kuih. Cie dan anak-anak memang serbu nasi dulu kalau berbuka. Lepas tu kalau teringin kuih husband beli tu baru makan. Biasanya kenyang nasi tak makan dah benda lain.
15 Ramadan dah pun cepat je dah masuk minggu ketiga berpuasa. Tak lama lagi nak raya dah busy nak buat kuih raya pulak. Tahun ni perancangan taknak buat banyak jenis dah. Buat sikit-sikit cukup la kan.
Kak SA beli rempeyek yg banyak kacang dan ikan bilis tu ngan popia simpul je sebalang..kuih lain macam xde je..ntah la Cie tahun ni semua takde semangat raya, nanti akak beli je la kek ke..and buat makanan panas2...
ReplyDeleteselalu dah hujung2 raya baru cari kuih raya. awal2 raya memang makanan berat jela yang dicari.
Deletetomyam dgn telur dadar berpisah tiada
ReplyDeletegandingan sesuai kan.
Deletelinda pergi bazar melayan anak2 beli air je...nak air sejuk kan. kat rumah peti ais 1 pintu,tak boleh nak buat ais batu..bancuh pakai air coway, sejuk dia tak mengancam...kikiki
ReplyDeleteye memang nak kena minum ais jugak time puasa ni baru segar tekak.
DeleteMemang wanita hebat di dapur. Sekali terjah dapur, siap semua hidangan lengkap segala lauk-pauknya.
ReplyDeleteye kak memang wanita ni ajaib pun ye. dari takde idea jadi penuh meja.
Delete