Bacaan Kolesterol Dah Turun - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 26 June 2024

Bacaan Kolesterol Dah Turun

Awal bulan 2 hari tu Cie kena ambil ujian darah untuk program KOSPEN Hospital. Result ujian tu menunjukkan bacaan kolsterol Cie pada paras 5.27 mmol/L. Bacaan kolesterol normal 5.2 mmol/L kiranya Cie terlebih 0.07 la nampaknya. Hihi. Tapi tetap kena repeat ambil ujian darah. 

Bulan 3 hari tu Cie jumpa doktor dan doktor bagi temujanji pada 18 Jun 2024 untuk ambil darah tapi masa tu Cie tak pergi. So Cie datang ambil darah 19 Jun 2024. Kelebihan kerja hospital kan mudah la nak datang tu. Selepas buat ujian darah tu kena jumpa doktor pada 25 Jun 2024. 

Bacaan Kolesterol Dah Turun
Minggu lepas ambil ujian darah dan air kencing 19 Jun 2024

Bacaan Kolesterol Dah Turun
2 tiub darah


Bacaan Kolesterol Dah Turun
Urine pun ambil juga untuk test buah pinggang

Sebab utama Cie tak datang ujian darah 18 Jun tu sebab Cie cuti raya. Betul-betul lepas raya haji risau jugak mencanak naik nanti bacaan kolesterol Cie. Dah la sepanjang 3 bulan ni Cie takde control diet pun. Memang makan je apa Cie nak makan takde la jaga sangat.

Bacaan Kolesterol Dah Turun
Masa ni berdebar juga nak tau apa result 


Bacaan Kolesterol Dah Turun
Lengang takde orang sangat sebelah petang

Cuma Cie makan Omega dan Phytocol Shaklee setiap hari. Lepas je jumpa doktor bulan 3 tu Cie terus start on suplemen Phytocol. Result yang doktor review pada 25 Jun 2024 menunjukkan bacaaan kolesterol Cie turun. Alhamdulillah.

Berdebar juga masa tu sebab result keluar online terus ke sistem yang doktor je boleh access tu. Selepas ambil darah kita takkan terima result dalam kertas macam dulu. Semua rekod result kita dimasukkan ke dalam sistem. Bila taip nama dan nombor ic akan keluar details result kita. Cie cuma catat jela apa yang doktor cakap bacaan kolesterol tu.

Alhamdulillah turun dah bacaan kolesterol Cie dari 5.27 mmol/L kepada 5.00 mmol/L je dah. Masa nak jumpa doktor tu berdebar betul takut naik. Berkesan juga makan Omega Guard dan Phytocol tu. Lepas ni kena konsisten jela makan Omega Guard dan Phytocol.

Bacaan lain semua ok doktor cakap. Bacaan hati ok. Bacaan buah pinggang ok. Bacaan kolesterol turun. Bacaan gula pun ok. Cuma bacaan LDL je tinggi sikit 3.2 mmol/L tapi doktor kata boleh control diet je. Bacaan LDL 3.2 mmol/L ni kat borderline. Sepatutnya kena 2.6 mmol/L ke bawah.

So nanti 8 bulan lagi akan repeat ambil darah dan jumpa doktor untuk review result semula. Semoga semuanya baik-baik jela.

Start dari sekarang kena makan makanan yang boleh menurunkan paras LDL tu. Banyak je makanan yang boleh turunkan paras kolesterol yang Cie kena makan selain dari pengambilan suplemen. Dah tua-tua ni kena jaga pemakanan. Lagipun sejarah keluarga ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok.

6 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Mudah-mudahan terus istiqamah menjaga diet dengan mengambil pemakanan sihat.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...moga bulan 8 nanti pun semuanya ok la kan...aamiin
    sama la.. MA pun tiap kali nak amik result darah mesti nervous...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. seronok bila dapat result begitu.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah dah turun dah....seriau tengok tiub darah tu.

    ReplyDelete
  5. MZ memang kolesterol agak tinggi laaa..last check up last year, thn ni lom buat lg check up ni, asyik2 tangguh2 jerrrr

    ReplyDelete