Dinner Di Chicago Chicken - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 12 June 2024

Dinner Di Chicago Chicken

Tengahari tadi husband kata malam dinner Chicago Chicken jela. Apa lagi isterinya pun menjerit kegirangan di dalam hati sebab tak perlu masak. Hihihi. Chicago Chicken ni dah beberapa bulan beroperasi di Kuala Lipis tapi kami masih belum berkesempatan nak mencuba. Chicago Chicken ni berasal dari Kuantan.

Dinner Di Chicago Chicken

Awal pembukaan ramai orang jadi Cie malas nak mencuba makanan di Chicago Chicken ni. Bila dah lama sikit orang dah tak seramai mula-mula dulu boleh la kita cuba makanan kat sini.

Masuk je Chicago Chicken ni staf dia semua great kita. Terasa dialukan kehadiran kita. Bagus tau service macam ni buatkan customer rasa seperti staf tu suka kita datang. 

Kami dinner awal hari ni sebab tadi 8 malam Cie ada kelas produk Personal Collection. Asalnya Cie ajak take away je makan kat rumah. Tapi anak-anak nak dine in. So Cie kata kena dinner di Chicago Chicken tu awal la sebab ibu kena join kelas 8 malam. Anak-anak pun setuju nak keluar makan awal.

Lepas buat pesanan kat kaunter tadi terus boleh ambil air sendiri. Kat Chicago Chicken ni air boleh free refill untuk soft drink. Refill la banyak mana pun free saja. Kami order set yang ada air dalam set tu. 

Dinner Di Chicago Chicken
Boleh refill air free


Dinner Di Chicago Chicken


Dinner Di Chicago Chicken


Dinner Di Chicago Chicken
Aiskrim Chicago Chicken sedap juga


Dinner Di Chicago Chicken
Kat sebelah sana tu ada playground


Dinner Di Chicago Chicken


Dinner Di Chicago Chicken
Balik kerja tak mandi terus pergi dinner

Dinner Di Chicago Chicken
Nasi lemak husband makan Cie rasa sesudu sambal dia tak kena selera Cie


Dinner Di Chicago Chicken


Dinner Di Chicago Chicken
Ayam sedap


Dinner Di Chicago Chicken
Coleslaw dan mashed potato pun sedap


Dinner Di Chicago Chicken
Burger pun sedap juga

Overall rasa makanan kat Chicago Chicken ni lebih kurang KFC jugak. Boleh la repeat lagi lepas ni. Chicago Chicken ni ada drive thru juga. Restoran makanan segera pertama ada drive thru di Lipis ni.

Kawasan restoran pun luas memang selesa la kalau nak datang makan. Ada playground untuk anak-anak bermain. Ada disediakan kemudahan tandas dan juga sinki. Restoran pun bersih je. Gred pemeriksaan premis pun dapat A. Kiranya bersih la.

Biasanya restoran makanan segera memang ada SOP yang perlu dipatuhi. Teringat dulu pernah jadi Assistant Restaurant Manager KFC banyak SOP kena ingat dan amalkan. Baru la store kita sentiasa berada dalam keadaan baik. Tu la kelebihan restoran makanan segera berbanding restoran biasa.

Selepas siap dinner di Chicago Chicken anak-anak nak cari pensil picit pulak kat Ninso yang berdepan je dengan Chicago Chicken tu. Beli la pensil picit, gam, selipar tandas dan wiper lantai. Asalnya nak beli pensil je. Keluar ada benda lain sekali. Ahahah.

Dinner Di Chicago Chicken

Dinner Di Chicago Chicken



12 comments:

  1. Pertama kali tau kewujudan Chicago Chicken. Hebat orang Pahang ada rangkaian fast food 👏🏽

    Kalau di Texas Chicken pun sama, soft drink free flow ambil sendiri.
    Nama pun lebih kurang, Chicago…Texas 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu pun lebih kurang. owner dia chinese rasanya.

      Delete
  2. ooo Chicago chiken.1st time dgr rest ni...sedap tak cie??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap macam kepci juga lebih sedap lagi. hihih

      Delete
  3. oh ada menu nasi lemak juga...ingat menu ayam goreng je..

    ReplyDelete
  4. aiskrimnya tu menggiurkan...

    ReplyDelete
  5. Saya suka air boleh refill ni hehe

    ReplyDelete
  6. Patut tak pernah dengar lagi, ada kat Pahang je.. harap bukak la satu kat Bentong nnt. Balik rumah mak boleh try

    ReplyDelete
  7. wahhh...patut kena buka dekat semua negeri ni...nampak sedapp ayam goreng tuu...teringat pulak ayam kfc/mcd

    ReplyDelete