Kuih Tau Sar atau Biskut Tambun ni rasanya kuih kaum cina. Cie suka beli Kuih Tau Sar atau Biskut Tambun ni kat kedai runcit selalu ada jual. Rasa kuih ni memang sedap. Dari kecik Cie suka makan.
Kebetulan kawan facebook ada open order Kuih Tau Sar atau Biskut Tambun ni. Dia ada berniaga Coconut Shake kat depan sekolah adik Rania. Cie pun order la dan ambil masa adik Rania balik sekolah.
Sebekas ni ada 7 keping RM10 sahaja. Ada flavour kacang merah je yang Cie tau warna kuning tu. Yang 1 lagi tu warna kuning flavour mentega dan yang hijau tu kakak Raisha makan dia kata flavour kaya. Masa dia makan tu ibu dah pergi kerja. Tengok penjual tu share flavour kat facebook dia takde pulak kaya. Yang ada kacang hijau, kacang merah dan mentega.
Kuih Tau Sar atau Biskut Tambun ni memang kegemaran Cie. Beli yang ni nak rasa yang homemade. Nanti boleh repeat lagi sedap betul. Berbaloi beli hanya RM10 dapat 7 keping tu. Tak rugi beli sebab sedap.
Dah lama kita cari kueh ni. Boleh la kita order nanti. TQ share
BalasPadamsedap...linda pun suka...dulu adik kawan ada buat...siap jual dekat shope, sekarang dah kerja...takde dah kot...
BalasPadamlast2 beli yang kat kedai je, yg dulu2 punya biskut tausa...