Lunch Nasi Marjerin Dan Pengiringnya - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 3 June 2024

Lunch Nasi Marjerin Dan Pengiringnya

Hari cuti biasanya memang malas nak masak tapi sebab hari ni takde keluar ke mana-mana masuk jela kitchen masak menu lunch Nasi Marjerin Dan Pengiringnya. Mula masak tadi 12pm ngam sampai 1pm dah siap.

Lunch Nasi Marjerin Dan Pengiringnya

Kemain kan macam menu raya dah menu lunch kita hari ni. Kalau ikutkan senang je masak menu Lunch Nasi Marjerin Dan Pengiringnya ni. Sama je pun kalau masak nasi, lauk dan sayur tu.

Masakan Cie pulak memang sangat simple je bahannya. Bahan apa yang ada kat rumah je pun. Beras basmathi, papadom dan bahan lain tu memang sentiasa ada kat rumah so anytime nak masak bahan dah ada.

Boleh kata kerap juga Cie masak menu nasi berperisa ni. Sebab tu sentiasa sediakan beras basmathi dan papadom kat rumah. Selain timun tu memang wajib ada.

Jom la Cie share bahan dan cara masak. Tapi sukatan main agak-agak je sebenarnya. 

Resipi Nasi Marjerin dan Pengiringnya

Lunch Nasi Marjerin Dan Pengiringnya


Nasi Marjerin

Bahan-bahan Nasi Marjerin

1 1/2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air
1 helai daun pandan
1 helai daun bay
2 sudu besar marjerin Adela
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 sudu besar bawang holland blend
1 sudu besar bawang putih blend
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1/2 penutup botol pewarna kuning
Bawang goreng dan daun sup untuk tabur

Cara Membuat Nasi Marjerin

  1. Panaskan marjerin. Masukkan bawang putih, bawang besar, kulit kayu manis, buah pelaga dan buah lawang. Tumis hingga keperangan dan tutup api.
  2. Cuci beras dan toskan. Masukkan beras dan air ke dalam periuk. 
  3. Masukkan bahan tumisan tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan garam, bahan perasa, daun pandan, daun bay. Tekan button on rice cooker dan biarkan hingga masak.
  5. Bila dah masak titiskan pewarna kuning dan kacau guna garfu.
  6. Masukkan nasi yang telah masak ke dalam mangkuk. Taburkan bawang goreng dan daun sup.

Lunch Nasi Marjerin Dan Pengiringnya

Ayam Goreng Sos

Bahan-bahan Ayam Goreng Sos

7-8 ketul ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit

3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar bawang besar blend
2 sudu besar bawang putih blend
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1/2 biji besar hiris
1 helai daun pandan
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air secukupnya
Minyak masak

Cara Membuat Ayam Goreng Sos

  1. Gaulkan ayam, garam dan serbuk kunyit hingga sebati.
  2. Panaskan minyak banyak. Bila dah panaskan masukkan ayam dan goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyak. Goreng hingga habis.
  3. Guna kuali yang sama cuma kurangkan minyak kepada 2 sudu besar je. Panaskan minyak.
  4. Masukkan cili kisar, bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga garing dan tambah air.
  5. Tumiskan lagi. Tambah sos cili, sos tomato dan sedikit air. Kacau rata.
  6. Masukkan gula, garam dan bahan perasa. Sesuaikan rasa.
  7. Bila dah ok masukkan bawang besar dan daun pandan. Kacau rata.
  8. Bila kuah dah agak pekat masukkan ayam dan biarkan kuah mendidih seketika dan boleh tutup api.
  9. Letak dalam pinggan dan boleh taburkan daun sup.

Lunch Nasi Marjerin Dan Pengiringnya

Acar Timun

Bahan-bahan Acar Timun

1/2 biji timun jepun
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah
Sedikit carrot
Garam
Gula 
Cuka makan

Cara Membuat Acar Timun

  1. Buang kulit timun dan hiris nipis
  2. Hiris nipis bawang besar, carrot dan cili merah.
  3. Gaulkan semua bahan dan hidangkan dalam pinggan.

Lunch Nasi Marjerin Dan Pengiringnya

Papadom ni takdela resipi. Goreng je macam biasa. Kalau makan nasi berperisa macam ni memang kena ada papadom baru kena. Kadang-kadang Cie beli papadom bulat tu sedap juga. Kalau nak banyak Cie beli yang petak ni ada jual sepeket besar. Boleh buat stok.

Senang je nak masak menu Lunch Nasi Marjerin Dan Pengiringnya ni. Cie punya bahan pun yang basic je memang biasa ada kat rumah. Lepas Zohor tadi terus lunch anak-anak dah kelaparan. Berselera makan siap bertambah.


10 comments:

  1. Menu sudah lengkap....boleh juga saya cuba nanti nie...kalau rajin la hehehehe

    ReplyDelete
  2. Dah macam nak buat open house ni, Cie 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Open house untuk anak-anak & suami 😬

      Delete
  3. PH pulak rasa renyah naj masak nasi berperisa berbanding nasi putih. Lainlah kalau ada special occasion @ ada tetamu nak datang, terus jadi rajin hihi...
    Anyway, PH save resepi ni nak buat raya haji nanti Insha Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pelik kekadang ada orang kata susah nak masak nasi berperisa ni. Cie punya resipi terpaling mudah tu yang tak rasa renyah. Sap sap soi siap 😬

      Delete