Morning Walk And Breakfast - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 3 June 2024

Morning Walk And Breakfast

Hari Isnin biasanya dah bersilat masuk kerja mengadap timbunan kerja tapi hari ni Isnin cuti sempena Hari Keputeraan Agong rasmi. Dapat la kita sambung beristirehat kat rumah. Semalam seharian bertapa dalam rumah tak keluar. Hari ni awal pagi keluar la morning walk dan terus pergi breakfast.

Morning Walk And Breakfast
Berbulan tak excercise bersawang dah kasut

Ambil je kasut dalam almari kasut rupanya dah bersawang ye kasut kita. Hahaha. Lama betul rasanya 3-4 bulan dah kot takde langsung keluar rumah morning walk ke apa. Dulu masa nak turunkan berat memang gigih every week morning walk. Sekarang ni jadi malas pulak.

Morning Walk And Breakfast


Morning Walk And Breakfast

Selalu morning walk pusing taman je. Tak lama pun kekadang sejam je. Kekadang tak sampai sejam pun. Sesambil jalan tengok rumah orang. Jalan lorong ke lorong. Kalau betul-betul boleh je capai 5km. Bila morning walk dengan anak-anak memang tak dapat lama. Nanti nak makan la, sakit perut la, sakit kaki la. Suruh tinggal rumah taknak pulak.

Morning Walk And Breakfast
Kat jam 100 lebih kalori, kat apps ni 44kcal je entahla kenapa

Morning Walk And Breakfast
Cie guna smart watch Huawei

Cie guna Smart Watch Huawei Band 7 ni dah 2 tahun. Memang best pakai senang nak pantau kalau kita excercise tu dan banyak kelebihan lain boleh check heart rate juga. Daripada pakai jam biasa takde function tu kan beli jela smart watch ni ada banyak fungsi. Cuma leceh sebab kena charge je. 

Untuk setakat pagi ni dah terbakar 108kcal Cie. Kalau duk rumah pun boleh pakai nanti dia count kita punya walking step. Masa gigih turunkan berat dulu memang duk rumah pun pakai band tu senang nak tengok banyak mana burn.

Dah elok terbakar kita tambah pulak kalori. Hahahah. Mula nak makan kat kedai taman ni je. Masa on the way nak patah balik ke rumah memang lalu kedai tu tapinya full je. Cakap kat husband balik rumah ambik kereta cari kedai tepi jalan jela beli kuih. Kedai kami selalu beli tu tutup la pulak. Kedai lain ada tapi tak banyak pilihan. Husband beli pau kacang je sedap jugak 5 ketul rm3.

Morning Walk And Breakfast

Balik dari beli kuih tu singgah juga kedai taman. Gerai tepi jalan yang jual makanan tu banyak tutup hari cuti. Makan la juga kami kat kedai taman. Masa kami datang tu dah ada meja kosong.

Cie dan anak-anak makan roti canai, husband makan nasi impit kuah kacang. Ada juga nasi lemak, lontong, bakso, roti canai kat kedai tu. Memang sentiasa full kedai dia bukan orang taman je makan situ, orang dari tempat lain pun datang makan kat situ. 

Morning Walk And Breakfast

Bakar sikit je kalori kan tapi menambah tu alahai kemain banyak ye. Hahaha. Hari cuti je makan meriah. Hari kerja Cie buat IF untuk maintain berat. Lagipun hari kerja busy memang takdan la nak makan ke apa. Masuk office mengadap kerja sampai la rehat tengahari tu.

Balik dari morning walk and breakfast sedar tak sedar dah nak dekat 10 pagi. Kang dah nak masak lunch pulak. Taktau juga nak masak apa hari ni. 

3 comments:

  1. Kalau jogging/briskwalk bawa anak-anak memang begitu Cie. Banyak sangat alasan mereka.
    Itu yang akak suka solo je.

    ReplyDelete