Dapat 900 Points 7E Cafe

Baru ni buka apps 7E tengok ada dapat 900 points yang akan expired 11 November. Cie pun buka la tengok history, points apa pulak yang Cie dapat ni. 


Oh rupanya ada 300 points untuk 3 perkara berbeza. Dapat la total 900 points. Cie pun singgah la 7E Cafe nak redeem kesemua points tu sebelum expired. 

Cie redeem aiskrim je pada 8 November tu singgah 7E. Taktau nak beli apa, kebetulan anak-anak nak aiskrim je so beli jela habiskan semua points yang ada. Tak keluar duit la kiranya. 



Yang bestnya bayar guna points, apa yang Cie beli tu dapat lagi points. Memang berbaloi la. 


Total semua pembelian RM10.50 dah tolak 1050 points, dapat pulak tambahan 9 points dari pembelian aiskrim tu. 

Memang best ada apps 7E ni. Walaupun kadang-kadang ada harga yang lagi mahal dari kedai lain tapi boleh je beli waktu ada offer. Macam makanan yang ready to eat tu ok je harganya boleh la ada offer makanan dan air sekali jimat dah tu. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Duta tidak berbayarpun tetapi dapat mata ok jugakan? Hehe.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.