Makan Tengahari Di Che Ngah Cafe - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 15 June 2024

Makan Tengahari Di Che Ngah Cafe

Hari ni Cie masuk kerja lagi OT dari 8am sampai 1pm. Tak drive sendiri, husband hantar je sebab dah plan lepas Zohor suruh husband pick up je untuk terus keluar makan tengahari di Che Ngah Cafe. Lepas tu nak pergi beli barang dapur terus. Semua sekali arung. 

Penat betul walaupun buat kerja duduk je. Kerja menulis banyak hari ni. Lenguh jari dari 8am mula menulis sampai 11.30am. Lepas tu sambung key in dalam komputer pulak memang memenatkan. Sebelum mula cuti raya tarah sikit kerja yang menimbun tu.

Banyak kedai tutup hari ni. Agaknya dah mula buat persiapan raya atau dah mula balik kampung. Mujur la kedai Che Ngah Cafe buka hari ni. Dapat la kami makan tengahari di Che Ngah Cafe. Cie dari pagi tak makan. Dah pukul 2 lebih baru dapat makan.

Makan Tengahari Di Che Ngah Cafe

Banyak kali dah kami makan tengahari di Che Ngah Cafe ni sebab lebih selesa. Kedai ada aircond. Cuaca panas tengahari memang kena cari kedai makan yang selesa. Lagipun kedai ni bertutup takdela kucing liar berkeliaran. Anak-anak Cie penakut kucing. Nanti mula la anak-anak tak selesa nak makan. Kadang-kadang tak boleh elak mana-mana kedai makan mesti ada kucing.

Makan Tengahari Di Che Ngah Cafe


Makan Tengahari Di Che Ngah Cafe

Masa kami sampai tadi ada 2 buah meja je yang ada pelanggan tengah menunggu makanan mereka sampai. Style pesanan makanan kat sini dibuat kat kaunter. Order je nak makan apa nanti bagitau duduk meja mana. Makanan dan minuman mereka akan hantar ke meja.

Makan Tengahari Di Che Ngah Cafe
Kopi o ais, teh o lemon, manggo mealshakes


Makan Tengahari Di Che Ngah Cafe
Nasi goreng daging babah order


Makan Tengahari Di Che Ngah Cafe
Nasi goreng ayam 3 pinggan untuk geng girl

Mula-mula tadi ibu nak order nasi goreng udang special tapi tak jadi pulak. Rasa nak makan nasi goreng ayam. Tu yang order sama je dengan anak-anak. Makanan bergoreng kat sini semua sedap. Masakan western je belum pernah try. Next time la pulak nanti. Minuman pun ada pelbagai jenis.

Kalau korang nak cari kedai makan yang selesa dan sedap kat Lipis ni boleh la makan di Che Ngah Cafe. Cie berani jamin takkan kecewakan korang. Kedai cantik dan wangi. Macam bau kedai Lovely Lace tu. 

Makan Tengahari Di Che Ngah Cafe


Makan Tengahari Di Che Ngah Cafe

Makan Tengahari Di Che Ngah Cafe


No comments:

Post a Comment