Resipi Rendang Ayam Kuning - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 16 June 2024

Resipi Rendang Ayam Kuning

Beberapa hari lepas Cie masak ayam tapi entahla taktau nak letak nama apa. Tu la masalah bila masa main letak bahan ni mula la tak reti nak letak nama tapi takpela Cie letak jela nama rendang ayam kuning. Ala rendang pun ye cuma takde santan dan kerisik. Nak kata ayam masak ungkep takde letak rempah ratus yang lain.

Takpela rasanya boleh jela letak nama resipi ayam rendang kuning sebab warnanya kuning. Jom Cie resipi ayam rendang kuning yang sedap ni.

Resipi Rendang Ayam Kuning

Cie selalu masak dalam kuantiti yang sikit je untuk makan 4 beranak. 

Resipi Ayam Rendang Kuning

Bahan-bahan Ayam Rendang Kuning

6 ketul ayam
3 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak

Bahan Kisar
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
1 biji cili hidup merah
3 biji cili padi merah
2 batang serai

Cara Membuat Ayam Rendang Kuning

  1. Kisar bahan kisar dengan sedikit air sehingga hancur.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. Sementara tunggu pecah minyak tu kena tambah air beberapa kali nak pastikan bahan kisar betul-betul masak.
  3. Lepas dah pecah minyak masukkan ayam, asam gelugor dan tambahkan air hingga nenutupi ayam dan tutup kuali dengan tudung periuk. Biarkan seketika hingga ayam masak dan kuah sedikit kering.
  4. Perasakan dengan garam dan kacau rata. 
  5. Siap dan sedia dihidangkan.
Senang je nak masak ayam rendang kuning ni. Takde guna santan atau kerisik pun. Tumis biasa gitu je dengan bahan kisar. Rasa memang sedap sesuai makan dengan ketupat, lemang, pulut dan makanan lain juga.

Resipi ayam rendang kuning ni juga boleh diolah ikut citarasa kita. Kalau ada daun kunyit atau daun limau purut boleh la hiris halus dan taburkan je atas ayam rendang kuning ni. Pun boleh je nampak la macam rendang biasa tu.

4 comments:

  1. Bagus Cie.
    Buat resipi sendiri, bubuh namanya sekali. Bertambahlah resipi baharu. Meriah dunia masakan.

    ReplyDelete
  2. Kak Sa selalu macam tu la...bubuh je nama sendiri sebab kita yang buat dia kan..hehehehe

    ReplyDelete
  3. Saya belum berani coba2 seperti ini krn belum expert sangat skill memasak 🤣. Dulu mama pun suka buat resep sendiri, tp memang selalu berhasil. Resep ini pun kliatannya lebih simple juga drpd rendang biasa. Boleh lah nanti saya coba

    ReplyDelete