Sarapan Cucur Udang - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 16 June 2024

Sarapan Cucur Udang

Masak sarapan cucur udang pagi ni. Beristirehat dan bersantai kat rumah je. Mengadap blog, study pasal produk Personal Collection sikit. Tu jela aktiviti hari ni. Kang tengahari nak masak lunch pulak. Pagi ni kita layan sarapan cucur udang dulu. Lama betul tak buat cucu udang.

Cie buat cucur udang guna udang kecil tu je. Lagi best guna udang tu bila gigit tu rangup je walaupun ada kulit sekali. Udang apa taktau nama udang tu tapi kecil jela. Cuma buang kepala dan ekor je.

Sarapan Cucur Udang

Kena buat 2 versi sarapan cucur udang kita hari ni. Anak-anak tak makan sayur. Ibu pulak nak letak taugeh dalam cucur udang. So terpaksa la buat 2 versi bancuhan. Cie pulak terlupa nak letak bawang padahal dah plan nak letak udang, taugeh dan bawang. Kucai memang tak beli kat pasaraya jual banyak sangat nanti nak guna sikit je.

Sarapan Cucur Udang
Yang ni untuk anak-anak udang, tepung, garam, serbuk kunyit


Sarapan Cucur Udang
Versi untuk ibu babah tepung, taugeh, udang, garam, serbuk kunyit

Cie bancuh cucur udang guna air suam. Kiranya 3/4 air panas campur 1/4 air biasa. Tips untuk rangupkan cucur udang atau cucur apa-apa jela. Tekstur cucur tu akan rangup bila kita bancuh dengan air suam. 

Kena goreng cucur udang dalam minyak yang banyak dan panas. Baru la cucur kita tu akan rangup dan tak lembik. Dalam lembut dan kat luar rangup baru best makan cucur udang cicah sos.

Sos pulak Cie suka sos tomato. Campur dengan mayonis sikit. Anak-anak dan suami pulak suka sos thai. Selera semua tak sama. Hihihi

Sarapan Cucur Udang
Cucur udang untuk anak-anak


Sarapan Cucur Udang
Cucur udang ibu babah versi ada sayur

Sarapan cucur udang yang simple je untuk my small family. Hari cuti nak berehat kat rumah. Malas nak keluar ke mana-mana hari ni.

2 comments:

  1. Ini snack paliiiiing fav juga di rumah 😍😍😍. Mama selalu bikin, biasanya juga dicampur sayur dikit. Saya sendiri lbh suka makan dengan gigit Chili padi. Atau pakai kuah cuko yg asam pedas. Memang best 😄👍

    ReplyDelete