Selamat Hari Lahir Suamiku - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 2 June 2024

Selamat Hari Lahir Suamiku

2 Jun 1984 hari kelahiran suamiku. Selamat Hari Lahir Suamiku yang ke 40. Hari ni suami kerja sebab ada program so memang takde celebrate kat luar la. Husband balik pun dah petang tadi. Cie masak dinner je.

Selamat hari lahir suamiku

Gambar latest takde. Ni gambar raya hari tu masa beraya kat rumah kakak. Gambar dinner tadi pun takde kita snap gambar makanan jela. Ibu dan anak-anak dah pakai baju tidur.


Selamat Hari Lahir Suamiku

Masak simple je pun. Lepas Asar tadi masuk kitchen. Terhasil la menu ayam goreng, kentang goreng, coleslaw, nasi goreng, moist chocolate cake.

Nasi tu lebihan nasi lunch tadi. Ada telur je dalam nasi tu. Panaskan marjerin lepas tu tumiskan bawang besar holland dan bawang putih blend. Lepas tu masukkan telur, kacau-kacau. Masuk nasi, garam dan perasa. Kacau sebati lepas tu siap dah.

Selamat Hari Lahir Suamiku

Plan kemain la ingatkan nak grill lamb la konon-konon tapi nak keluar beli lamb tu yang malas. Tak keluar rumah seharian betul hari ni memang bertapa dalam rumah je. Jadinya kita masak jela ayam goreng senang memang dah ada ayam. Gaul tepung bestari, letak sikit paprika tu yang jadi hitam sikit warnanya tu.

Goreng fries juga habiskan ada sikit dalam freezer tu. Buat tambah-tambah menu. Baru la macam makan kat fast food restaurant kan. Hahaha

Selamat Hari Lahir Suamiku

Kalau dah ada ayam dan fries tu tak lengkap pulak kalau takde coleslaw kan. Kobis memang ada dalam peti. Potong nipis lepas tu sagat carrot sikit gaul mayonis dan letak lada sulah sikit. Siap coleslaw. Senang je nak buat.

Selamat Hari Lahir Suamiku

Moist chocolate cake sesaja buat bukan sebab untuk birthday husband pun. Hihi. Husband jenis tak makan sangat makanan manis-manis gitu dia tak minat. Kek-kek ni memang Cie dan anak-anak je makan. Saja jela buat tadi kebetulan bahan semua ada. Lebih bahan masa buat untuk jamuan raya sekolah Kafa anak hari tu.

selamat hari lahir suamiku



Anak-anak sentiasa lapar je hari cuti. Baru lepas makan nasi nanti lapar lagi. So bila ada kek ni boleh la buat kudap-kudap bila time lapar.

Begitulah cerita hari kelahiran suami hari ni. Hadiah pun takde. Hahaha. Nanti la beli takde idea nak bagi apa. Wish je birthday dan doakan suami pun dah cukup.

Selamat hari lahir suamiku. Semoga dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki melimpah ruah dan semoga dipermudahkan segala urusan mu suamiku. Love you.



2 comments:

  1. Mujurlah walau bertapa kat rumah boleh masak macam². Sedap² pulak tu.
    Yang penting ada bahan untuk dimasak kan.
    Selamat hari lahir buat suami Cie.
    Semoga sentiasa muda remaja buat kalian berduašŸ„°

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bahan menjadi la makanan. Hihi. Terima kasih. Aamiin ❤️

      Delete