Ayam Bakar Guna Pes Ikan Bakar - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 8 July 2024

Ayam Bakar Guna Pes Ikan Bakar

Dari hari ke hari nak share resipi ayam bakar guna pes ikan bakar ni asyik la terlupa. Gambar ada je peram kat gallery. Bila nak share, ter share story lain dulu. So hari ni kita terus post je. Bukan la resipi sangat pun sebab mudah sangat nak buat cuma guna pes je.

Beberapa minggu lepas Cie nak buat ayam bakar tapi malas nak siapkan pes sendiri. Nak mudah Cie tengok dalam kabinet ada perencah ikan bakar Adabi. Terus berdenting dalam kepala guna jela perencah ikan bakar Adabi ni takde salah pun dan memudahkan boleh terus bakar je.

Ayam bakar guna pes ikan bakar

Cie pun ambil je perencah ikan bakar tu, ambil ayam yang dah thawed dan dibersihkan tu terus Cie gaulkan je. Sap sap soi siap gaul. Mudah kerja tak payah nak kupas bawang, tak payah nak blend bahan. Terus gaul je. Jimat masa.

Ayam bakar guna pes ikan bakar

Ayam bakar guna pes ikan bakar

Bila dah gaul tu bakar jela. Cie bakar dalam pan Dessini je. Tak guna oven pun. Letak je pan tu atas gas stove. Terbalik kan je nanti bila dah masak sebelah-sebelah tu.

1 peket perencah ikan bakar Adabi tu boleh la guna untuk 7-8 ketul ayam. Lepas tu Cie buat jugak kicap bawang cili tu untuk cicah dengan ayam bakar tu. Perencah ikan bakar ni dah cukup rasa pedas masin semua tu.

Ayam bakar guna pes ikan bakar

Ayam bakar guna pes ikan bakar

Lepas ni senang kerja kalau nak masak ayam bakar guna je pes ikan bakar Adabi ni. Mudah kerja dan menjimatkan masa.

6 comments:

  1. Teknik paling senang dan sedap jer... Biasa buat bila pergi mancing nak bakar hasil tangkapan mmg guna pest ayam bakar utk bakar ikan hahahah :D

    ReplyDelete
  2. Kita yg masak dia, nasiblah derhaka janji siap dan senang kerja kan, Cie.

    ReplyDelete
  3. Bagus ni!. Ingat nak buat juga la nanti. Thanks for sharing Cie.

    ReplyDelete
  4. Kena standby gak pes ni, boleh try bila nak cepat or kehabisan idea nak masak :)
    Regu dgn salad pun onz kan Cie

    ReplyDelete
  5. Pes-pes gini memang kena standby.. kot2 tak berapa rajin olah je 😁
    Lagi satu boleh juga standby perencah mi goreng Cie. Kot nak masak sambal ayam pakai tu je pun boleh masa malas2 nak blend rempah.

    ReplyDelete
  6. Wahhh mudah jimat masa .. lepas ni CCL pun nak beli pes ikan bakar ni juga . Ayam bakar kena ada cili kicap ni sedap

    ReplyDelete