Sambal Hitam Kantan - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Isnin, 8 Julai 2024

Sambal Hitam Kantan

Hari cuti taktau nak buat apa. Kebetulan memang takde plan ke mana-mana. Memang seharian duduk dalam rumah tak keluar pun. Terperap betul dalam rumah ni. Bila dah seharian kat rumah, memasak jela nak isi masa lapang. Terdetik nak masak sambal hitam kantan. Semua bahan ada.

Selalunya buat sambal hitam je, hari ni Cie try buat sambal hitam kantan. Stok kantan frozen masih ada 5 batang dalam freezer. 3 batang yang kakak bagi bulan lepas, 2 batang lagi husband bawak balik tak tanya pulak dia dapat kat mana. Resipi sambal hitam tu sama je cuma tambah hirisan bunga kantan.

Sambal Hitam kantan

Resipi Sambal Hitam Kantan

Bahan-bahan Sambal Hitam Kantan

Bahan Kisar
Semangkuk ikan bilis
1 1/2 biji bawang besar
20 biji cili padi
2 sudu belimbing rebus
1 cawan minyak masak

Bahan Hiris
3 batang kantan hiris nipis

Cara Membuat Sambal Hitam Kantan

  1. Kisar bahan kisar hingga halus dan sebati.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan kacau rata.
  3. Masukkan hirisan bunga kantan dan kacau.
  4. Kacau sekali sekali hingga masak.
  5. Tutup api, sejukkan dan sedia untuk dimakan.
Sambal Hitam kantan
Kisar je semua bahan dengan minyak tanpa letak air

Sambal Hitam kantan
Hasil kisar bahan-bahan. Boleh terus masukkan dalam kuali

Sambal Hitam kantan
Dah kisar dengan minyak senang terus masuk kuali je nanti minyak tu akan terbit sendiri

Sambal Hitam kantan
Hiris bunga kantan

Sambal Hitam kantan
Masuk je bunga kantan hiris dan kacau

Sambal Hitam kantan
Kacau je sampai masak

Macam mana nak tau dah masak? Boleh rasa sikit. Kalau kita rasa dah ok tu kira masak la dah. Agak-agak jela tak reti juga nak cerita. Hihi. Boleh masak sampai garing kalau suka garing. Kalau suka lembab-lembab tu tak perlu tunggu sampai garing.

Pertama kali juga Cie masak sambal hitam kantan ni. Selalunya masak sambal hitam je takde bunga kantan. Sedap juga rupanya buat sambal hitam kantan ni. Makan dengan nasi panas dan telur dadar sedap.

10 ulasan:

  1. Sedapnya mkn dgn nasi panas2.
    Harus dicuba suatu hari nanti.
    Thanks Cie.

    BalasPadam
  2. Sedap tu ada aroma bunga kantan.

    BalasPadam
  3. Sambal hitam, telur dadr or telur mata..confirm makan nasi bertambah

    BalasPadam
  4. mkn dgn nasi panas & telur mata mmg sedap ni!

    BalasPadam
  5. dekat ofis lama dulu...jenuh lah makan sambal hitam...sebab pokok belimbing buluh buah kemain banyak lagi...kikiki

    BalasPadam
  6. ldy x pernah buat.. ape ek rasanya... makan pun ldy x pnh mkn...

    BalasPadam
  7. wahh sedapnya Cie, rumah kak ana ada pokok kantan, nanti kalau ada bunga boleh try, tq for sharing naa :)

    BalasPadam
  8. Terliur la pulak resipi sambal kantan ni. Tq share resipi. Makan dengan apa sahaja pun sedap ni.

    BalasPadam
  9. Sedap nii . Terliur .nak kena cari belimbing buluh ni .. bunga kantan tu mudah jer nak cari

    BalasPadam
  10. Aissssh kaaaaak, langsung teringin nak buat sayaaaa 😍😍😍😍😍. Okelaah , save terus. Nanti pas belanja bulanan ke pasar, nak beli bahan2 nya.

    Tapi memang bunga kantan ini sedaaap dibuat sambal. Di sinipun banyak sambal yg pakai bunga katan. Tapi blm coba kalo dibuat sambal hitam seperti ini ❤️

    BalasPadam