Pantas masa berlalu. Sedar tak sedar esok kita dah masuk tahun baru Islam 1446H dah. Hari ni sebelum Maghrib kita boleh baca doa akhir tahun dan selepas Maghrib nanti boleh baca doa awal tahun.
Semoga diberikan usia yang panjang, dipermudahkan urusan sepanjang tahun baru Islam, dikurniakan rezeki melimpah ruah, diberi kesihatan tubuh badan. Semoga yang baik-baik jela untuk kita semua.
Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”
Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
“Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.” (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
“Ya Allah! Dikaulah selamanya didahulukan, pada tahun baru ini daku bermohon kepadaMu semoga terpelihara daripada syaitan dan pengaruhnya. Daku memohon pertolonganMu, peliharakan daku daripada nafsu amarah dan jahat, dan perkara yang membimbangkanku. Daku memohon akan perkara yang menghampirkan daku denganMu, wahai Tuhan yang Maha Mulia!”
Jelas Ibni Abbas lagi; “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu.”
Amin ya Allah.
ReplyDeleteAamiin..
ReplyDeleteAamiin🤲
ReplyDeleteAamiin.aamiin .
ReplyDelete