Hari Inovasi Makanan Negeri Pahang - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 26 July 2024

Hari Inovasi Makanan Negeri Pahang

Pertandingan Inovasi Makanan bagi Perkhidmatan Makanan Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Negeri Pahang 2024 

Hari Inovasi Makanan Negeri Pahang 2024 ni diadakan pada 25 Julai 2024 bertempat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Hospital Kuala Lipis menghantar 2 orang wakil ke pertandingan tersebut.

Pada bulan 2 hari tu pihak menganjur menjemput kami untuk menyertai pertandingan sempena Hari Inovasi Makanan Negeri Pahang. Bila tengok tu pada 25 Julai betul-betul selepas audit Pensijilan Akreditasi. Mesti akan busy buat persiapan audit. Tapi dalam masa yang sama nak sertai juga. So Cie pun menyahut cabaran hantar juga penyertaan.

Berbincang dengan team berkenaan produk yang nak dibuat. Kami memilih untuk membuat produk biskut bayi maka timbul la idea nak buat Tutti Fruitti Baby Bites.

Cie mintak team fikirkan resipi dan siapkan paperwork. Cie cuma bagi pandangan dan cadangan jela memandangkan kami semua takde pengalaman nak masuk pertandingan inovasi. Cie pulak busy prepare untuk audit memang serahkan pada staf je untuk fikirkan projek inovasi tu.

Jenuh la staf Cie perah idea nak menghasilkan biskut Tuttu Fruitti Baby Bites tu selepas beberapa kali percubaan yang gagal. Ada yang keras, mentah, tak sedap dan macam-macam la. Susah ye nak hasilkan produk yang kita R&D sendiri.

Sampai la minggu lepas staf Cie buat dan mintak Cie rasa terus Cie approved dan terhasil la biskut yang nak dibawa ke Hari Inovasi Makanan Negeri Pahang. Pada 22 Julai kami memang busy buat persiapan terakhir audit dan dalam masa yang sama staf kena buat biskut untuk dibawa ke pertandingan tersebut.

25 Julai tibalah hari yang dinanti. Cie tak dapat nak ikut serta ke Hari Inovasi Makanan Negeri Pahang tersebut memandangkan baru je lepas audit dan terlalu banyak kerja yang tertangguh. Lagipun husband takde tu yang tak dapat pergi untuk bagi sokongan kat team Cie.

Cie doakan team dari kejauhan je. Cie pesan takpe buat yang terbaik. Menang ke kalah ke takpe asalkan kita dapat pengalaman.

Alhamdulillah berkat usaha team yang tak pernah jemu berusaha nak hasilkan produk yang sedap dan berkhasiat akhirnya kejayaan menjadi milik kami. Dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua. Syukur sangat-sangat.

Kalau tengok hospital lain semua gempak habis la. Team kami punya simple je. Nak set up deco pun barang-barang kutip-kutip je. Hahaha. Tapi staf Cie kreatif memang kena la dengan tema makanan baby tu siap ada botol susu bagai.

Sehari sebelum pertandingan baru paperwork siap, baru fikir deco. Semua last minute. Yang barang deco ambil bunga dan pasu kat office. Lepas tu ambil dulang kayu, chopping board kayu dan bekas kayu kat rumah Cie untuk dijadikan deco. Staf Cie tambah sikit barangan lain.

Nak dibandingkan dengan team lain yang deco setaraf hotel dah pun. Kami biasa-biasa je tapi rezeki dapat tempat kedua. Yang menjadikan menang tu Cie rasa sebab ada 2 bahan yang kami inovasi kan untuk jadikan biskut tu. Nasi putih tu bakar kemudian blend kering jadi halus. Jadi tepung beras homemade. Carrot pun hiris nipis dan bakar lepas tu blend halus. 

Pengalaman pertama buat team kami. Semoga staf terus bersemangat untuk menghasilkan produk inovasi yang lain selepas ni.

Hari Inovasi Makanan Negeri Pahang









Ni la rupa Tutti Fruitti Baby Bites selepas dibakar

Sehari sebelum pertandingan


6 comments:

  1. Tutti Fruitti Baby Bites!. Wah!. Mencabar ni.. apatah lg jika ia melibatkan makanan bayi. Congrats dah menang.
    Ingatkan td minuman beryogurt campur buah2an.. sbb terbyngkan tutti frutti yg viral tu. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tak teringat pulak nama tutti tu yogurt viral dulu tu kan. Alhamdulillah rezeki kami kali pertama masuk dapat juga tempat kedua.

      Delete
  2. waahh mencabar ni sbb utk baby kan? teringat biskut Milna for baby hehe

    ReplyDelete
  3. tahniah team Cie menang tempat kedua! hebatnya team Cie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki kami kali pertama masuk dapat tempat kedua.

      Delete