Berakhir dah penilaian Akreditasi Hospital Kuala Lipis yang bermula pada 22 Julai hingga 24 Julai 2024.
Akreditasi adalah satu proses penilaian taraf perkhidmatan sesebuah hospital sama ada swasta atau kerajaan berdasarkan standard kualiti yang telah ditetapkan di peringkat kebangsaan. Pihak berautoriti bagi pentauliahan sijil akreditasi hospital adalah Malaysian Society of Quality in Health (MSQH).
Penat lelah bertungkus lumus selama ni tamat dah. Debaran, ketakutan semua pun dah berakhir. Tinggal nak perbaiki segala teguran saja. Lepas tu tunggu result sama ada dapat pensijilan 4 tahun atau sebaliknya. Semoga dapat la 4 tahun tu.
Penat nak settle segala dokumen yang diperlukan. Kerjasama dari team memang sangat diperlukan. Cie tertarik dengan 1 komen dari Madam auditor tentang perjawatan. Hopefully dapat la pertambahan jawatan akan datang. Jenuh dah minta perjawatan tak dapat-dapat pun. Entahla kenapa.
Buat persiapan untuk audit memang sangat penat. Berbulan-bulan buat persiapan. Audit cuma beberapa jam saja. Madam auditor tu masuk office Cie bermula 9 pagi pada 23 Julai dan selesai audit 12 tengahari. Tengok dokumen dan masuk juga tengok processing area iaitu kitchen.
Cie banyak share gambar kat Facebook nanti ada la masuk memory Facebook boleh la throwback tahun depan pulak. Penilaian Akreditasi Hospital Kuala Lipis
Ready untuk diaudit |
Selfie dengan bos nak menyambut auditor depan pintu |
Madam auditor ni tak pandai sangat cakap melayu. Dia kerja lama kat Shanghai China. Kami pun speaking tunggang terbalik. Hahaha. Lama tak speaking jadinya memang ke laut dalam la. Sejak kerja gov mana ada speaking. Faham apa dia tanya tapi nak jawab tu berterabur nak speaking.
Bagus la Madam auditor ni banyak share input dan ilmu. 3 jam tu memang banyak dia ajar bukan la semata audit sangat pun. Takde mencari salah. Biasanya kalau audit ni memang cari salah. Madam ni tak cari salah dia banyak ajar.
Beria Cie prepare evidence 1 fail mengikut standard rupanya dia tak tengok sangat. Dia dah prepare apa dia nak tanya.
Cie diaudit pada hari kedua. Hari ketiga dah submission closing finding. Dalam pukul 10 pagi majlis closing bermula. Pihak urusetia mintak pakai tema biru. Berbaju biru la kami. Yang tak pakai biru team auditor, staf yang uniform hijau. Yang lain semua biru.
Cie takde baju kurung biru rupanya. Buka almari takde pun baju kurung biru. Baju kemeja je banyak biru. Mujur ada skirt blue black so pakai la dengan kemeja biru. Asalkan ada biru ok jela.
Selesai dah semuanya. Sekarang fokus nak perbaiki segala teguran dari auditor jela.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan