Kerja Di Hari Sabtu - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 6 July 2024

Kerja Di Hari Sabtu

Sejak dari bulan Jun setiap minggu Cie kerja di hari Sabtu. Banyak kerja tak sempat nak siap hari kerja biasa tu yang kena kerja di hari Sabtu. Tu la bila nak audit banyak la benda nak kena prepare.

Audit ni audit pensijilan Akreditasi peringkat hospital. Audit bagi menilai perkhidmatan hospital. Jabatan Cie termasuk la dalam perkhidmatan hospital yang akan diaudit. So banyak la perkara yang perlu disediakan sebelum audit berlangsung.

Kerja Di Hari Sabtu

Pagi tadi rasmikan baju baru Badan Kebajikan Hospital Kuala Lipis. Baju ni baru je dapat beberapa bulan lepas. Baru hari ni Cie pakai. Kerja 8.00 pagi sampai 1.00 petang je hari ni. Tu pun banyak je lagi kerja tak habis-habis. Selain dari persediaan audit, kerja hakiki yang menimbun pun perlu disiapkan.

Kerja di hari sabtu

Sebelum keluar kerja di hari  pagi tadi, Cie masak siap-siap dah breakfast untuk 3 beranak tu. Hari tu anak-anak request nak nasi goreng pedas untuk bawak bekal. Cie terlupa nak masak nasi tu yang tukar menu bekal, hari ni Cie tunaikan request buat nasi goreng untuk sarapan.


Siap masak breakfast terus keluar bekerja di hari Sabtu.

3 comments:

  1. Selamat bekerja..cie kat kuala lipis yer...ni kg bekas suami my kakak merangkap my ex bil laa..zmn2 dulu i kerap la singgah lipis ni...once upon a time

    ReplyDelete
  2. Selamat bekerja Cie walaupun hari weekand

    ReplyDelete