Sambal Kantan Goreng Garing - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Rabu, 3 Julai 2024

Sambal Kantan Goreng Garing

Lama dah kakak Cie bagi bunga kantan. Simpan dalam freezer memang tahan lama. Bila defrost masih elok segar je. Tu yang teringin nak makan sambal kantan goreng garing. Sedap ratah jugak sambal kantan ni.

Cie buat sambal kantan goreng garing ni sikit je semangkuk kecil je buat tambah-tambah lauk dinner tadi. Cie guna sebatang je kantan. Cukup la untuk sekali makan 4 beranak. Anak-anak pun suka makan.

Sambal Kantan Goreng Garing

Resipi Sambal Kantan Goreng Garing

Bahan-bahan Sambal Kantan Goreng Garing

1 batang kantan hiris nipis
1/2 biji bawang besar hiris nipis
3 biji cili padi tumbuk
Segenggam ikan bilis tumbuk
5-6 sudu besar minyak masak

Cara Membuat Sambal Kantan Goreng Garing

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk.
  2. Goreng hingga separuh garing.
  3. Masukkan bahan hiris dan kacau hingga garing.
  4. Siap. Sedia untuk dihidangkan.
Sedap sambal kantan goreng garing ni. Buat garing-garing memang sedap makan dengan nasi panas-panas. Tak perlu lauk lain dah. Banyak kali dah Cie buat sambal kantan. Sebelum ni guna resipi lain sambal kantan. Yang kali ni Cie guna 5 bahan je.

Menu dinner tadi Cie masak ikan patin steam, sayur kobis bulat dan kacang panjang goreng kicap.

sambal kantan goreng garing


6 ulasan:

  1. waahhhh sedap ni mkn dgn nasi panas-panas! tak sedar menambah 2-3 pinggan ni Cie! hehehe

    BalasPadam
  2. Belum pernah makan bunga kantan dimasak gini... Mesti sedapkan...

    BalasPadam
  3. Pernah buat macam ni tapi kami campurkan juga ikan bilis, goreng garing-garing, makan dengan nasi panas memang buka selera.

    BalasPadam
  4. Mz suka bunga kantan tp biasanya mz mkn as ulam jer ie hiris halus2 then mkn dgn nasi..feeling2 nasi kerabu

    BalasPadam