Menu Berbuka Puasa 20 Ramadan 1446H - Blog Roziah Muhammad Nor

Jumaat, 21 Mac 2025

Menu Berbuka Puasa 20 Ramadan 1446H

Dah 20 Ramadan hari ni masih belum miss update menu berbuka puasa. Sekadar untuk simpan memory. Sejak dah tak update sangat kat Facebook Cie lebih simpan kat blog je. Nanti tahun depan kalau panjang umur tengok semula.

Dulu rajin update Facebook menu sebulan berbuka puasa dan bersahur. Sekarang ni malas dah. Post kat story, feed Instagram dan blog je. Facebook pun asal hado je sendu dah.

Menu Berbuka Puasa 20 Ramadan 1446H

Menu berbuka puasa 20 Ramadan 1446H hari ni Cie masak menu ayam masak tempoyak letak rebung. Rebung beli kat pasar minggu lepas ada sikit lagi. Anak-anak tak makan rebung, tak suka bau katanya. Memang la rebung ni berbau sikit tapi sedap. Kalau yang jenis cincang nipis tu Cie suka buat goreng rebung. Buat pedas-pedas memang sedap.

Menu Berbuka Puasa 20 Ramadan 1446H

Menu kedua ikan rebus goreng. Cie goreng sekali bawang besar dan cili padi. Ikan rebus ni gelap sikit hari tu terlebih letak gula melaka. Taktau la tu rasa manis leting ke tak. Letak juga garam kasar masa rebus tu. Harapnya balance la rasa.

Menu Berbuka Puasa 20 Ramadan 1446H

Sayur mesti ada menu berbuka hari ni Cie masak kacang buncis dan carrot goreng kicap. Selalunya kalau masak ayam tempoyak mesti Cie goreng kacang buncis. Entahla kenapa rasa macam ngam je kombinasi tu.

Menu Berbuka Puasa 20 Ramadan 1446H

Petang tadi teringin nak makan keria. Whatsapp husband suruh belikan siap send gambar. Ahahah. Kot la dia tak kenal kuih apa kan. Lepas tu husband beli karipap dan juga sushi untuk anak dara dia.

Menu Berbuka Puasa 20 Ramadan 1446H

Menu Berbuka Puasa 20 Ramadan 1446H

Ni jela menu berbuka kami hari ni. Alhamdulillah rezeki. Selamat berbuka.

9 ulasan:

  1. Akk pun sayur kacang buncis hari ni...
    Sama la FB sendu dah haha...sekali sekala masuk pun ke page sekolah anak⁴ je

    BalasPadam
  2. Beli kuih di bazar ada kalanya seperti satu perjudian, ada kalanya sedap, ada kalanya tidak sedap.

    BalasPadam
  3. Kita sama, suka rebung wpun kadang berbau tu, apalah salah dia agaknya kan.

    BalasPadam
  4. Ngences tengok lemak tempoyak tu

    BalasPadam
  5. Dah bertahun-tahun tak makan rebung. Sedap tu, lauk ayam masak tempoyak. Sama juga, anak-anak tak suka lauk tempoyak.

    BalasPadam
  6. sedapnyaaaa rebung...
    mmg berbau tp kalau kena caranya, boleh je hilangkan bau hamis tu...

    BalasPadam
  7. Sha pun tak pandai makan rebung.. Selalunya makan kuah dia sahaja..

    BalasPadam
  8. Macam menarik menu ayam masak tempoyak tu ... Nk try laa . Tapi kena cari kat mana jual tempoyak

    BalasPadam