Beli Pizza Dan Macaroni Cheese di Anakdol Pizza Jerantut

Balik dari makan kenduri kat Jengka semalam Cie ajak husband singgah beli pizza di Anakdol Pizza Jerantut untuk dinner. Dah alang-alang perjalanan dari Jengka ke Lipis akan melalui Jerantut.

Kedai Anakdol Pizza Jerantut dengan papan tanda jelas dan suasana mesra pelanggan



Malas nak masak dah bila sampai rumah, jadi Cie pilih untuk bungkus makanan je kat Anakdol Pizza. Lagipun memang teringin nak makan pizza. Kat Lipis takde kedai pizza.

Banyak kali dah makan dan bungkus kat Anakdol Pizza ni. Baru jugak lagi rasanya awal tahun kalau tak silap makan kat sana. Kalau teringin nak makan pizza je memang ke Anakdol Pizza Jerantut jela dekat dari Lipis.


Menu Pilihan: Pizza & Macaroni Cheese


Cie beli 3 menu utama:

  • Pizza Daging Pepperoni Medium (saiz sederhana 8 keping) RM30
  • Seafood Pizza Small (saiz kecil 6 keping) RM18
  • Mac Chic Crispy (macaroni cheese) RM16.90

Beli Pizza Dan Macaroni Cheese di Anakdol Pizza Jerantut



Rasa Pizza: Lembut, Mengenyangkan


Bila buka kotak pizza, nampak topping dia sangat penuh untuk pizza daging pepperoni ada daging, pepperoni, taburan keju yang tebal. Sos pizza dia kena sangat dengan cita rasa kami. Tak terlalu masam, tak terlalu manis. Pizza seafood pulak meriah dengan cheese, udang dan crab stick.

Beli Pizza Dan Macaroni Cheese di Anakdol Pizza Jerantut

Beli Pizza Dan Macaroni Cheese di Anakdol Pizza Jerantut


Yang paling best, kerak pizza tu tak keras. Lembut di bahagian dalam, sedikit garing di bahagian luar. Walaupun dah sejuk tapi tetap lembut rotinya tu. Cie malas nak panaskan. Makan jela yang sejuk tu pun sedap.


Mac Chic Crispy : Lemak, Pekat dan Menyelerakan


Macaroni cheese pun tak kurang hebat. Kuah keju dia sangat pekat dan kaya rasa. Cie suka bila ada balance antara krim dan cheese tak muak, tapi cukup berlemak. Macaroni pula dimasak sempurna, tak terlalu lembik. 

Beli Pizza Dan Macaroni Cheese di Anakdol Pizza Jerantut



Kalau makan kat kedai lagi syok cheese nya tu boleh tarik juga. Pun sama Cie tak panaskan terus makan je.

Portion dia agak banyak juga. Kami makan 4 beranak share je. Dah terlalu kenyang dengan 2 jenis pizza lagi.


Proses Pembelian: Order Di Kaunter


Masa sampai tu kat depan Cie ada 2 orang buat pesanan. Bila turn Cie cashier suruh tunggu sekejap. Terpacak la Cie depan kaunter tu sambil belek menu.

Beli Pizza Dan Macaroni Cheese di Anakdol Pizza Jerantut



Cie nak try pizza neopolitan style tu takde pulak. Jadinya order jela pizza biasa tu je.


Beli Pizza Dan Macaroni Cheese di Anakdol Pizza Jerantut


Lama jugak baru siap pesanan makanan kami. Siap order 4.07pm menunggu sehingga 4.35pm baru siap semua menu. Mulanya pizza dah siap. Nombor Cie dah naik. Sekali tengok macaroni belum ada. Duduk semula. Tak lama lepas tu naik lagi nombor tengok masih belum ada macaroni. 

Pelayan tu check kat kitchen beberapa kali juga. Pizza tu kitchen kat luar tu je belakang kaunter, makanan lain kat kitchen belakang. Dulu masa datang makan situ pun sama tercicir macaroni. Paling lambat dia hantar. Dah siap makan pizza.


Harga Berpatutan


Total belian Cie RM64.90. Bagi Cie berbaloi la terutama bila portion besar dan rasa sedap. Kadang-kadang kita beli makanan barat, harga mahal tapi rasa biasa je tapi yang ni memang rasa premium, harga kedai biasa.


Beli Pizza Dan Macaroni Cheese di Anakdol Pizza Jerantut


Lokasi Anakdol Pizza Jerantut


Kalau anda belum tahu lokasi kedai ni, ia terletak di kawasan Jerantut, mudah dicari dan senang parking. Jalan Jerantut Temerloh. Boleh juga check page Facebook, Tiktok atau IG mereka untuk info terkini dan menu harian.


Cadangan Menu Lain (Next Time Boleh Cuba)


Kalau korang bukan orang Pahang boleh la try pizza sambal hitam. Kat situ ada juga pizza daging salai, pizza sambal udang dan banyak lagi la. Selain dari pizza ada juga set mushroom soup, aneka jenis pasta.


Puas Hati Dapat Makan Pizza dan Macaroni


Secara keseluruhannya, Cie puas hati dengan pembelian semalam dari Anakdol Pizza Jerantut. Untuk korang yang tinggal di kawasan Jerantut atau sedang merancang nak datang bercuti ke sana, boleh jadikan kedai ni salah satu pilihan makanan barat yang sedap dan senang untuk dibungkus.

Kadang-kadang kita perlukan makanan yang simple tapi sedap, tak perlu keluar makan dan sesuai untuk makan di rumah bersama keluarga. Anakdol Pizza memang kena dengan citarasa tekak melayu kita.

Kalau nak dine in pun boleh tapi kena pandai cari masa sesuai sebabnya kedai ni sentiasa full house tapi ruang makannya luas. Kebanyakkan pelanggan yang datang makan di situ secara beramai-ramai dengan keluarga dan kawan-kawan.

Kalau korang pernah cuba menu lain di sini, kongsilah di ruangan komen. Mana tahu boleh jadi idea untuk Cie cuba menu baru pula nanti!

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. Macam pernah dengar nama Anakdol ni tapi tak ingat kat mana. Geramnya tengok topping pizza dia, tak kedekut langsung.

    BalasPadam
  2. Penuh topping tu... nampak pun sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kalau makan panas2 dine in lagi sedap. Cie pemalas nak panaskan pun sedap je.

      Padam
  3. Pernah beli sini masa ikut suami kerja area sana.
    Sedap, puas hati makan. Cuma masa menunggu tu agak lama, ramai pelanggan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye sampai sekarang masa menunggu tu lama. Tapi orang tak kesah je asalkan sedap & harga berpatutan.

      Padam
  4. Balasan
    1. Kot ada lalu ke belah sini boleh la singgah nanti.

      Padam
  5. Balasan
    1. Ye cheese banyak kalau makan panas2 tu lagi sedap.

      Padam
  6. Lama jugak kena sidai order mac n cheese tu. Tapi nasib baik semua menu sedap 😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye tak siap sekali arung. Pizza dulu siap lepas tu baru la buat makaroni agaknya.

      Padam
  7. Macam pernah dengar nama kedai ni...Ada kat tmpt lain juga ke Cie?
    Mac & Cheese tu nampak sedap. Berbaloi tunggu :)

    BalasPadam
  8. Meriahnya topping pizza. Harga tu mmg berbaloi.

    BalasPadam
  9. makan pizza ada cheese byk mmg sedap

    BalasPadam
  10. angle dari atas buat pizza tu nampak tebal

    BalasPadam
  11. Terliur tengok topping pizza dia. Meriah betul dengan cheesenya. Mac Chic Crispy pun ayam dia nampak crispy ya amat. Harga berpatutan tu okay sangatlah. Boleh ulang lagi membeli.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.