Semalam Cie tak masak dinner. Tinggal berdua je dengan kakak Raisha tu yang malas nak masak. Husband balik dari program kat Jerantut tu sampai rumah dah Maghrib. Adik Rania pulak habis kem booster 9 malam. Plan dah dengan kakak Raisha, adik Rania balik kem je kita keluar makan.
Dinner di Kebun Cafe je malam tadi. Takdela lapar sangat sebenarnya sebab sebelah petang tu dah makan sandwich 7E Cafe tu yang makan kat Kebun Cafe jela boleh makan burger.
9 lebih kami keluar rumah. Selalunya kat Kebun Cafe ni takde ramai orang pun makan kat situ. Ada yang bungkus. Makanan pun takdela banyak pilihan. Ada burger ayam, burger daging, burger kambing, indomie, nasi lemak.
Adik Rania kata dia kenyang. Makan kat kem dah pukul 6 lebih tu. So tak order banyak la makan share je. Kami order burger petak ayam 2 dan indomie je. Air pulak order 2 teh o ais dan husband order hot cappucino.
Kerap jugak dah kami makan kat Kebun Cafe ni. Kedai kat Lipis ni banyak je cuma tu la semua kedai dah pernah makan. Lagipun malam tadi nak makan yang light je so ke Kebun Cafe jela pilihan kami.
3 Comments
wahh, nampak ramai juga yang membeli
BalasPadammy boys suka menu2 gini
BalasPadamBurger petak dia nmpk menarik =D
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.