Hari cuti hujung minggu ni memang nak berehat je malas nak masak untuk lunch. Bila tak berapa sihat (selsema) ni malas nak masak. Tadi pun dah terlelap sekejap sebelum Zohor. Kemaruk tidur dari hari yang tak cukup tidur sebab kembung, lepas tu asyik nak tidur je. Mentang la hari cuti kan. Bantai tidur berehat secukupnya.
Kembung dah ok, selsema pulak menjengah. Selsema yang cair tu tau-tau mengalir dah dari hidung. Tu tak selesa nak memasak. Makan luar jela senang. Asyik nak bersin je. Ditambah pulak malas nak ke dapur tu maka nya makan di luar saja lah.
Kalau sebut pasal makan tengah hari, ramai yang akan terbayang nasi campur, lauk bergoreng atau set makanan segera. Tapi hari ni Cie rasa nak makan sup. Sup ni bukan saja sedap, tapi juga berkuah, ringan dan sesuai dimakan bila-bila masa. Orang kata, kalau tak tahu nak makan apa, order sup pun dah cukup.
Lepas Zohor terus ajak suami lunch di Mikha Sup Station. Nama pun dah jelas speciality kedai ni memang sup. Tapi jangan ingat sup ayam atau sup daging saja. Kat sini ada macam-macam variasi termasuk nasi air, mi sup, sampai kerabu maggi yang masam-masam dengan pelbagai bahan, aneka jenis sup dari sup daging hingga la sup gear box, sup tulang dan macam-macam.
Ditambah pula dengan side dish macam keropok lekor goreng memang jadi port makan santai yang lain daripada biasa.
Teringat pulak dulu masa belajar di Politeknik Johor Bharu Pasir Gudang, ada 1 kedai kat terminal bas Pasir Gudang tu menjual pelbagai jenis aneka sup. Cie dan kawan-kawan rumah sewa selalu la makan di situ. Rindu pulak. Sekarang taktau la ada lagi ke tak kedai tu.
Pengalaman Makan Di Mikha Sup Station Kuala Lipis
Ni bukan la kali pertama kami makan kat situ. Dah banyak kali dah. Sebelum ni pun dah beberapa kali share pasal makan di Mikha Sup Station ni. Kalau rasa nak makan sup memang ke situ lah kami datang.
Datang hujung minggu terutama hari Ahad memang tak ramai orang. Kami datang pulak selepas Zohor memang lengang. Maybe jugak hari cuti masing-masing masak sendiri di rumah. Cie je tak berapa rajin nak masak hari ni.
Masa kami sampai ada pasangan berdua di luar kedai dan dalam kedai ada pasangan suami isteri dan anak-anak.
Ada meja panjang untuk keluarga, meja empat segi untuk 4 orang dan meja kecil untuk yang datang seorang. Vibe dia lebih kepada santai dan biasa je, tak terlalu fancy tapi buat orang rasa selesa nak duduk lama.
Meja dan kerusi juga disediakan di luar kedai bagi pelanggan yang nak lebih santai menikmati hidangan dengan udara segar di luar kedai.
Dalam kedai pun tak terlalu panas ada kipas yang mencukupi disediakan. Kami memang pilih duduk di meja yang berdekatan dengan kipas.
Menu Pilihan Kami
Nasi Putih, Sup Ayam Campur Daging, Telur Dadar
Husband order menu ni. Mulanya husband order nasi ayam. Tak buat dah katanya. Dulu ada menu nasi ayam.
Kuah supnya jelas rasa rempah ratus, ada rasa bahan tumisan dan sedikit manis dari ayam. Dagingnya sedikit liat, ayamnya lembut. Telur dadar pula rangup di luar, lembut di dalam jadi pelengkap sempurna.
Diberikan juga hirisan timun dan sambal. Penambah sedap rasa sup apabila dimakan bersama nasi dan juga bahan sampingan lain. Di atas meja juga ada disediakan serbuk cili, cili jeruk dan sambal kalau nak rasa lebih umphhhh.
Nasi Air Sup Campur
Cie pulak memilih untuk makan nasi air sup campur. Bila selsema ni rasa nak makan nasi air pulak. Ada daging, ayam, perut, tetel dan lain-lain. Ada juga ikan bilis goreng.
Bubur nasi dimasukkan dalam mangkuk besar, dituang dengan kuah sup pekat. Ditabur bersama daun sup dan bawang goreng. Tekstur bubur nasi yang lembut bila bercampur dengan kuah panas buatkan setiap suapan rasa nyaman. Jangan lupa perah limau nipis untuk rasa masam-masam sup tu.
Bagi Cie, nasi air ni sesuai untuk mereka yang nak makan ringan tapi tetap kenyang.
Kerabu Maggi
Pilihan kakak Raisha kerabu maggi. Kerabu maggi kat Mikha Sup Station memang tak boleh pandang sebelah mata. Rasa dia tak pedas, masam, masin, semua cukup. Maggi dimasak sekadar lembut, tak terlalu kembang, jadi bila digaul dengan bahan lain, sayur segar dan sos memang menyelerakan.
Kakak Raisha memang suka order kerabu maggi kalau makan di situ.
Mi Sup Ayam
Adik Rania pulak memilih menu mi sup ayam. Setiap kali datang makan di situ itulah menu pilihannya. Ada sedikit kangkung, taugeh, daun bawang dan bawang goreng.
Macam biasa sayuran tu ibu la yang tukang kutip. Boleh je nak order mi sup taknak sayur tapi rasa rugi pulak nanti bayar harga sama. Better ibu kutip je sayur tu.
Keropok Lekor Goreng
Kalau datang makan di Mikha Sup ni memang wajib order keropok lekor goreng. Keropoknya garing di luar dan lembut di dalam. Bergabung pulak dengan cicahan sos thai yang sedap.
Pilihan Minuman Kami Sekeluarga
Makan tengahari dengan cuaca panas tak lengkap tanpa minuman sejuk. Kat sini, ada pelbagai pilihan minuman. Kami memilih:
- Air botol gas Sarsi & Soda – minuman retro yang susah jumpa sekarang. Rasa nostalgia buat orang dewasa teringat zaman kecil. Pilihan Cie air soda, pilihan adik Rania air sarsi.
- Ice Blended Honey Dew – minuman moden yang manis dan pekat. Ada jelly, chocolate rice dan whip cream. Sesuai untuk mereka yang suka minum sesuatu yang ‘heavy’ selepas makan. Kakak Raisha yang order air ni.
- Limau Ais – minuman paling selamat. Masam segar, sesuai untuk neutral rasa makanan berkuah yang menjadi pilihan husband.
Kelebihan Mikha Sup Station Berbanding Kedai Lain
Apa beza kedai ni dengan kedai sup biasa?
Variasi menu
Kebanyakan kedai hanya ada sup ayam atau sup daging tapi kat sini ada perut, tetel, gear box, tulang dan banyak lagi. Ada juga menu lain seperti nasi air, kerabu maggi, mi sup dan side dish lain.
Rasa kuah sup
Kuah mereka seimbang, tak berminyak, tak terlalu kosong. Rempah cukup, rasa ayam dan daging jelas.
Harga
Harga kat sini masih berpatutan dan mampu milik.
Sup-Sup Power di Mikha Sup Station
Selepas cuba pelbagai menu, memang Cie boleh kata Mikha Sup Station ni bukan sekadar kedai sup biasa. Dari nasi putih dengan sup ayam campur daging, nasi air yang pekat, kerabu maggi masam, sampai mi sup ringan semuanya ada identiti tersendiri.
Harga berpatutan, servis laju, kedai bersih. Suasana santai buatkan tempat ni sesuai untuk family, kawan atau datang sorang.
Kalau anda peminat sup, Mikha Sup Station memang tempat wajib singgah. Sup sedap, perut kenyang, mood pun tenang.
30 Ulasan
Wahhh, macam² pilihan sup, ya, Cie. Mujurlah ada restoran yang menepati citarasa Cie sekeluarga di saat malas memasak dan kurang sihat. Semoga lekas baik selesema Cie tu nanti.
BalasPadamYe ada macam2 jenis pilihan sup. Setakat hari ni dah hujung2 nak baik. Amiinn
PadamKalau tak sihat badan mmg sesuai sangatlah makan bersup Cie...
BalasPadamSeronok kedai belah² sana, keropok lekor sentiasa ada kan
Ye kat Lipis ni senang je dapat keropok lekor. Dah ada kedai jual keropok ganu.
PadamBanyaknya lauk pauk nasi air tu.
BalasPadamCie ambil sup campur jadinya macam2 hado.
PadamWow..Semua nampak sedap... =)
BalasPadamYe sedap
Padamnasi air sup campur sedap tu
BalasPadamYe memang sedap.
PadamMy goodness 😍😍😍😍😍. Ini tak ada cabang kah di KL atau IPoh 😅😅. Saya nanti nak ke KL dan Ipoh, tapi tak sempet rasanya kalo harus ke Kuala lipis. Drooling langsung lihat menu2nya kaaak 😍😍😍. Apalagi kerabu Maggie tuh, beuuugh, pasti sedaaap dengan asam pedas dia . Keripik Lekor apalagiiiiii. Memang tiap ke Malaysia, saya tak bisa skip cari Lekor 😅😅. Sampai2 di Penang ada tempat langganan saya nak makan Lekor
BalasPadamKL & Ipoh pun sure ada juga tu boleh cari di sana.
PadamUlasan yang menarik mmg sedap la kalau dah macam tu.. okla blh masuk dlm list kalau ke sana.. ☺️👍🏻
BalasPadamDatang la nanti lunch di situ.
Padamseronoknya dapat ke sana...memang kita semua selalunya cari makan, kadang kita nak pergi yang kita rasa suka nak datang tempat yang aman dan damai..
BalasPadamYe kalau sedap repeat datang lagii.
PadamSelsema yang sampai mengalir yang cair tu memang tak selesa. Moga cepat sembuh Cie. Bagus betul makan sup panas untuk rasa lega.
BalasPadamYe tak selesa. Sekarang ni semakin ok.
PadamNasi air sup campur tu saya ingatkan mee celup. Sbab daging penuh pastu ada limau pulakk
BalasPadamUish pekat betuk warna ice blended honeydew tu
Sup dia semua ada limau.
PadamBila tak sihat ni lagi berselera makan jenis ber sup ni. Macam-macam aneka sup ada ye. Menarik tu banyak pilihan. Banyak rencahnya tu, puas hati makan. Siap ada side dish keropok lekor lagi tu.
BalasPadamYe banyak rencah berbaloi dengan harga. Kami ni kalau kedai ada keropok lekor wajib order.
Padamsedapnya sup...kerabu megi nmpk yummy, suka ada rasa masam2...
BalasPadamKerabu maggi dia pun sedap.
PadamKerabu Maggi menambat mata lah
BalasPadamSedap masam2.
Padamyg penting kena dgn tekak dan harga ok!
BalasPadamSuka makan bubur nasi ada banyak lauk-lauk macam tu.
BalasPadamSemoga cepat sihat ya, Cie.
Banyaknya pilihan sup...semua nampak sedap..kerabu maggi tu pun sedap dan menyelerakan...
BalasPadamHarga berpatutan, servis laju, dan tempat bersih memang kombinasi padu layan customer pun rasa happy je. Memang best kalau jumpa kedai macam ni
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.