Rabu dah Khamis baru-baru ni Cie cuba untuk port out nombor Cie dari U Mobile ke CelcomDigi. Sekali keluar notification mesej yang memaklumkan IC Cie telah diblacklist.
Cie rasa pelik dan terkeju jugak, sebab Cie yakin tiada bil tertunggak atau akaun yang belum diselesaikan. Cie memang pengguna aktif dan sentiasa bayar bil tepat masa.
Apa Maksud IC Diblacklist?
Bila seseorang cuba tukar telco dan port nombor, sistem akan semak maklumat pemilik terlebih dahulu. Jika nombor kad pengenalan (IC) disenarai sebagai bermasalah contohnya ada hutang lama, terlalu banyak nombor didaftar atau isu teknikal akan menyebabkan proses port out akan terus gagal.
IC yang diblacklist tak semestinya bermaksud anda ada rekod buruk, tapi boleh jadi juga akibat:
- Bil lama yang belum dijelaskan.
- Akaun lama yang tak ditutup dengan betul.
- Tukar pemilikan nombor tapi ada caj tertinggal,
- Nombor lain masih aktif atas nama anda.
Bagaimana Saya Dapat Tahu?
Cie mulakan proses port out ke telco baru dan semasa pengesahan, telco tersebut beritahu yang permohonan Cie gagal kerana IC Cie berada dalam senarai hitam (blacklisted).
Mesej seperti ini sangat mengejutkan lebih-lebih lagi bila kita tak tahu apa puncanya. Semalam Cie cuba hubungi CelcomDigi bertanyakan apa masalah.
Customer Service CelcomDigi cuba buat semakan. Katanya mungkin ada bil tertunggak. Dia minta Cie hubungi Umobile.
Cabaran Hubungi Customer Service
Call ke U Mobile tak semudah yang disangka. Menu automatik yang panjang buatkan Cie terpaksa tekan banyak pilihan. Akhirnya Cie berjaya bercakap dengan wakil khidmat pelanggan sebenar dan ceritakan masalah Cie. Tak ingat dah nombor apa Cie tekan untuk bercakap dengan Pegawai Khidmat Pelanggan tu.
Cie tanya:
Kenapa IC saya diblacklist sedangkan saya tiada nombor tertunggak atau masalah bil?
Jawapan Yang Diterima – Prorate Amount Lama
Selepas semakan dibuat, pegawai U Mobile beritahu bahawa memang benar IC Cie pernah digunakan untuk satu nombor yang lain. Cie pelik jugak la sebab memang tak ingat nombor mana. Nombor anak-anak sebelum ni pakai prepaid je.
Pegawai tu mintak Cie sahkan yang Cie ni memang pemilik nombor tu. Dia minta Cie bacakan nombor 4 digit terakhir IC dan berapa amount akhir Cie bayar bil nombor yang Cie pakai sekarang.
Rupanya nombor husbanda pakai. Nombor tu memang dari dulu husband punya. Masa kami pakai Maxis ada ambil plan family tu. Masa tu main line nama Cie. Secara automatik nombor husband tu atas nama dan IC Cie.
Masa kami port out dari Maxis ke Umobile, nombor husband tu kekal guna nama dan IC Cie. Kalau nak tukar kena pergi Umobile Centre. Bertahun jugak la atas nama dan IC Cie sebab takde masa nak pergi centre yang terdekat di KL.
Penukaran nama dan IC untuk nombor tersebut telah dibuat pada 30 Jun 2023 di Umobile Centre di Times Square KL, jadi secara rasmi nombor itu bukan lagi atas nama dan IC Cie.
Namun, mereka dapati ada baki prorate bil sebanyak RM18.47 yang belum dijelaskan. Bil ini wujud selepas proses pertukaran nama dibuat. Masa pertukaran nama tu memang dah selesai semua bayaran. Takde pulak tertunggak. Tiba-tiba ada pulak selepas 2 tahun baru Cie tau. Entah macam mana mereka kira tu tak pasti la. Tanpa ada sebarang pemberitahuan melalui emel atau sebagainya.
Disebabkan bil tu masih tertunggak atas IC Cie, sistem anggap Cie masih ada “liabiliti”, lalu terus senarai IC Cie dalam blacklist untuk port out.
Tindakan Segera Cie Ambil
Cie tak tunggu lama. Untuk elakkan isu berpanjangan, Cie terus minta cara untuk buat bayaran RM18.47 tu. Mereka berikan pilihan untuk bayar secara dalam talian melalui apps Umobile atau website Umobile.
Cara Bayar Melalui Apps Umobile
- Log masuk ke apps Umobile.
- Pergi ke Bills and Payment - pilih pay bills for friend.
- Tick I am paying for a terminated line.
- Isi semua details yang diperlukan.
- Buat bayaran
Selepas bayaran dibuat, Cie tanya:
Berapa lama untuk IC saya dibersihkan dari senarai blacklist?
Pegawai tu maklumkan proses akan ambil masa 1 hari bekerja sahaja. Pukul 9.45 pagi tadi Cie try request port in kat CelcomDigi dah lepas. Alhamdulillah selesai masalah IC blacklisted.
Tips Untuk Anda Jika IC Diblacklist
Kalau anda pun alami situasi yang sama, berikut beberapa tip dan langkah yang anda boleh ikut:
1. Hubungi telco asal anda
Minta mereka semak:
- Ada nombor lain atas nama anda?
- Ada bil tertunggak atau prorate tak dibayar?
- Ada akaun lama yang belum ditamatkan dengan betul?
2. Selesaikan apa-apa baki tertunggak
Bayar segera walaupun jumlahnya kecil. Simpan bukti bayaran untuk rujukan.
3. Pastikan tiada nombor tak aktif yang masih berdaftar
Kadang-kadang nombor lama yang dah tak digunakan masih aktif dalam sistem, terutama prepaid.
4. Tunggu pengesahan nama anda dikeluarkan dari blacklist
Proses ini biasanya dalam masa 24 jam selepas bayaran dibuat.
Pengalaman Pertama Kali
Cie kongsi pengalaman ini supaya orang lain tak perlu hadapi kekeliruan yang sama. Cie pun pertama kali hadapi perkara ini. Masa port out dari Maxis ke Umobile dulu takde outstanding payment. Clean je.
Kadang-kadang amount bukan sebab besar pun, tapi benda kecil yang kita terlepas pandang macam caj prorate RM18.47.
Jika anda pernah daftar nombor untuk orang lain (suami, anak, keluarga), pastikan anda semak semula rekod dan pastikan semuanya bersih. Bila semua jelas, barulah proses tukar telco lebih mudah.
5 Ulasan
nasib baik dapat tahu punca dan tak mahal sangat bil yg tertunggak tu
BalasPadamdulu saya pakai celcom, tapi lepastu tukar maxis. saya rasa masa kat celcom tu memang bayar bil tiap2 bulan macam biasa tau, tapi dalam 2 bulan lebih camtu kot, tiba2 pihak celcom call saya dia kat saya ada outstanding payment n boleh tahan mahal jugak, atas rm60 gitu. saya cakapla yg time tu saya dah tukar telco maxis dah pun kenapa nak kena bayar lak..
pastu dia cakap tu bil apa benda tah, last2 malas nk bertekak saya bayar jelah walaupun mahal gila. rasa cam kalau dari celcom nk tukar ke telco lain ni ada bayaran lebihan kot..
Rasanya tunggakan tu berlaku bila kita dah terminate service tapi bukan pada tarikh billing kita. Sebab pernah juga kami kena jelaskan bayaran tertunggak wpun kita dah buat pertukaran plan secara formal dan ikut peraturan.
BalasPadamApapun good sharing, tq Cie.
Aiiiih memang macam shock lah kalo ada ID kita masuk blacklisted pula. Untung akhirnya tahu masalahnya di mana ya kak. Dan bisa settle cepat.
BalasPadamMujurlah tak banyak bilnya. Kadang kita tak ingat. Nasib baik jugalah ada dan bukan orang lain. Kalau orang lain yang guna lagi naya kita pulak kena bayar.
BalasPadamMybe tol parking kereta yang kita lupa juga terdaftar IC bermasalah..yang lama tak dibayar..saya dah kena gara gara lupa..ya Robbi...apapun please kita hati-hati ya
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.