Continuous Dietetic Education (CDE) 2025: Pengenalan kepada IDDSI & Sambutan Hari Lahir Staf

Pada 21 Ogos 2025 yang lepas, Jabatan Dietetik dan Sajian telah mengadakan satu lagi siri Continuous Dietetic Education (CDE) yang memberi peluang kepada staf untuk menambah ilmu pengetahuan terkini dalam bidang pemakanan klinikal. Kami menjemput Speech Theraphy Officer dari Unit Terapi Pertuturan-Bahasa hospital.

Speech Therapy Officer memberi ceramah tentang IDDSI semasa CDE 2025


CDE kali ini sangat istimewa dengan topik “Pengenalan kepada IDDSI (International Dysphagia Diet Standardisation Initiative)”, iaitu satu kerangka antarabangsa yang semakin mendapat perhatian dalam pengurusan pesakit disfagia.

Peserta Jabatan Dietetik dan sajian menghadiri program Continuous Dietetic Education 2025

Selain sesi ilmiah, kami turut mengadakan sambutan hari lahir staf jabatan bagi bulan Julai hingga Disember. Memandangkan semua staf ada hari tersebut. Majlis penuh mesra itu menampilkan pelbagai hidangan istimewa seperti mi kari, tauhu bergedil, kuih tako, kek Baker’s Cottage, buko laici, buah mata kucing serta minuman segar air chrysanthemum tea campur longan, asam boi, dan limau kasturi. 

Tidak lupa juga kami memberikan sedikit cenderahati kepada penceramah jemputan. Sebagai tanda penghargaan.

Penyampaian hadiah kepada Speech Therapy Officer sempena CDE IDDSI

Gabungan ilmu dan kemeriahan menjadikan hari tersebut benar-benar bermakna buat semua yang hadir. Bukan senang nak mengumpulkan semua staf Jabatan Dietetik dan Sajian seramai 17 orang termasuk Cie dan bos Cie iaitu Pegawai Dietetik.

Apa Itu Continuous Dietetic Education (CDE)?

Definisi dan Tujuan

Continuous Dietetic Education (CDE) ialah platform pembelajaran berterusan yang dianjurkan di Jabatan Dietetik dan Sajian bagi memastikan semua staf sentiasa dikemaskini dengan perkembangan ilmu pemakanan. 

Kat jabatan Cie ada 2 CDE dan CCE. Kalau CCE pulak Continuous Catering Education. Peringkat hospital ada CME iaitu Continuous Medical Education.

Tujuan utama CDE adalah:

  • Mengemas kini pengetahuan staf dengan maklumat klinikal terkini.
  • Meningkatkan kemahiran praktikal dalam menyediakan diet pesakit.
  • Menggalakkan perkongsian pengalaman antara staf pelbagai bidang.
  • Memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam organisasi.

Kepentingan CDE

Dalam dunia perubatan yang sentiasa berubah, ilmu baharu muncul hampir setiap tahun melalui kajian saintifik dan garis panduan klinikal. Tanpa platform seperti CDE, staf berisiko ketinggalan dan menggunakan pendekatan lapuk yang boleh menjejaskan kualiti penjagaan pesakit.

Melalui CDE, staf dapat:
  • Mengetahui protokol pemakanan terkini.
  • Memahami teknologi baru dalam penyediaan diet pesakit.
  • Berinteraksi dengan pakar jemputan dari bidang lain.

Pengenalan kepada IDDSI

Apa Itu IDDSI?

International Dysphagia Diet Standardisation Initiative (IDDSI) adalah satu rangka kerja global yang diperkenalkan pada tahun 2013. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan tahap tekstur makanan dan ketebalan cecair bagi pesakit yang mengalami masalah disfagia atau kesukaran menelan.

Sebelum wujudnya IDDSI, banyak negara menggunakan istilah berbeza seperti “soft diet”, “pureed diet”, atau “thickened fluids”. Perbezaan istilah ini sering mengelirukan staf kesihatan dan penjaga pesakit. Dengan IDDSI, semua pihak kini menggunakan standard yang sama dari tahap 0 hingga 7.

Tahap dalam IDDSI:


  1. Level 0: Thin – Cecair jernih, nipis seperti air kosong.
  2. Level 1: Slightly Thick – Contoh: susu cair atau air bercampur serbuk tambahan.
  3. Level 2: Mildly Thick – Contoh: susu pekat manis dicampur air.
  4. Level 3: Moderately Thick (Liquidised) – Contoh: sup krim cair.
  5. Level 4: Pureed / Extremely Thick – Contoh: bubur nasi yang sangat halus.
  6. Level 5: Minced & Moist – Contoh: ayam cincang halus dengan kuah.
  7. Level 6: Soft & Bite-Sized – Contoh: nasi lembut, sayur rebus yang empuk.
  8. Level 7: Regular / Easy to Chew – Makanan biasa tetapi masih sesuai untuk pesakit tertentu.

Relevan IDDSI di Malaysia

Dalam konteks Malaysia, pelbagai makanan tradisional boleh disesuaikan dengan tahap IDDSI. Contohnya:

  • Level 4: Bubur lambuk dikisar halus.
  • Level 5: Tauhu lembut yang dilenyek bersama kuah.
  • Level 6: Ikan stim isi lembut.
  • Level 7: Nasi putih dengan lauk biasa.
Ini menunjukkan IDDSI tidak menghalang budaya makanan tempatan, malah memberi panduan untuk memastikan pesakit disfagia makan dengan selamat dan berkhasiat.

Peranan Speech Therapy Officer

CDE kali ini lebih bermakna kerana dihadiri oleh seorang Speech Therapy Officer yang pakar dalam bidang disfagia. Peranan mereka sangat penting kerana:

  • Mereka menilai tahap menelan pesakit menggunakan ujian klinikal.
  • Mereka menentukan tekstur makanan sesuai berdasarkan keadaan pesakit.
  • Mereka bekerjasama rapat dengan dietitian untuk memastikan pesakit bukan sahaja selamat, tetapi juga mendapat zat mencukupi.
Dalam sesi tersebut, penceramah memberi demonstrasi praktikal bagaimana menyediakan level 4, 5 dan 6.

Peranan Dietitian dalam Pengurusan Disfagia

Walaupun terapi pertuturan berperanan menilai fungsi menelan, dietitian tetap memainkan peranan utama dalam memastikan pesakit disfagia mendapat nutrisi yang mencukupi.

Antara tanggungjawab dietitian termasuk:

  • Menilai keperluan kalori dan protein pesakit.
  • Menyesuaikan menu hospital dengan tahap IDDSI.
  • Menyediakan suplemen oral nutrition mengikut kesesuaian.
  • Memberi kaunseling kepada keluarga pesakit mengenai cara menyediakan makanan di rumah.
Contohnya, dietitian boleh mengesyorkan shake berkalori tinggi untuk pesakit tahap 3 atau ayam cincang berkuah pekat untuk pesakit tahap 5.

Penggunaan IDDSI di Malaysia

Setakat ni tak banyak lagi hospital yang menggunapakai konsep IDDSI ni. Kebanyakkan masih menggunakan konsep “soft diet”, “blend diet”, “clear fluid”.

Sambutan Hari Lahir Staf Julai – Disember

Selepas sesi ilmiah, suasana bertukar ceria dengan sambutan hari lahir untuk staf yang lahir antara bulan Julai hingga Disember. Kami memang mengadakan sambutan hari lahir staf 2 kali je setahun.

Staf Jabatan Dietetik dan sajian bersama-sama potong kek hari lahir


Menu Hidangan

  1. Mi kari – kuah pekat dengan aroma santan dan rempah ratus.
  2. Tauhu bergedil – rangup di luar, padat dengan inti kentang dan isi ayam.
  3. Kuih tako – pencuci mulut tradisional berlapis hijau pandan dan santan putih.
  4. Kek Baker’s Cottage – dua jenis kek moden yang jadi tumpuan utama.
  5. Buko laici – manisan Filipina yang kini popular di Malaysia.
  6. Buah mata kucing – segar dan manis, sesuai sebagai buah tangan musim ini.
  7. Air chrysanthemum tea + longan + asam boi + limau kasturi – minuman yang menyejukkan, kombinasi masam manis yang menyegarkan.

Bahan-bahan mi kari untuk jamuan sambutan hari lahir staf dietetik dan sajian

Bahan-bahan mi kari untuk jamuan sambutan hari lahir staf dietetik

Kek hari lahir Baker’s Cottage untuk sambutan staf Jabatan Dietetik dan sajian

Kuah mi kari pekat beraroma untuk jamuan staf Jabatan Dietetik Dan sajian

Tauhu bergedil rangup bersama sambal kicap sebagai hidangan jamuan staf

Hidangan manis buko laici, buah mata kucing dan kuih tako di majlis hari lahir

Baru perasan gambar air terlupa nak ambil. Punya la macam-macam makanan ada sampai terlupa nak ambil gambar air.

Suasana Majlis

Sambutan biasa bergambar bersama kek. Tu jela sambutan. Takdela nyanyian atau meniup lilin. Sambutan sederhana macam ni pun dapat mengeratkan hubungan sesama staf. 

Manfaat Program Gabungan Ilmu & Sosial

Mengadakan program yang menggabungkan pendidikan dan aktiviti sosial memberikan banyak kebaikan:

  • Mengukuhkan ukhuwah sesama staf.
  • Mengurangkan tekanan kerja melalui suasana santai.
  • Meningkatkan motivasi untuk bekerja dengan lebih bersemangat.
  • Memberi keseimbangan antara ilmu profesional dan keseronokan.
Kajian juga menunjukkan bahawa staf yang mempunyai hubungan sosial baik di tempat kerja lebih cenderung memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pesakit.

Secara keseluruhannya, CDE 21 Ogos 2025 berjaya mencapai dua matlamat penting:

  • Memberi ilmu berharga mengenai IDDSI melalui perkongsian Speech Therapy Officer.
  • Meraikan staf dengan sambutan hari lahir Julai–Disember yang penuh keceriaan.

Gabungan ilmu dan kebersamaan menjadikan hari itu bukan sahaja bermanfaat dari segi akademik, tetapi juga meninggalkan kenangan manis buat semua staf.


Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Such a wonderful post. ❤️ I am 68 years old and have dysphagia. I found your blog today and wanted to thank 😊 🙏 you for sharing this. Warm greetings from Montreal, Canada 🇨🇦

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you so much for your kind words. ❤️ I’m truly glad that you found my blog helpful. Wishing you comfort and strength in your journey with dysphagia. Sending warm greetings all the way to Montreal, Canada 🇨🇦😊 from Malaysia 🇲🇾

      Padam
  2. Selain dapat ilmunya, dapat juga menjamu selera dan sambut birthday. Senang disekalikan semuanya.

    BalasPadam
  3. terus boleh tambah hari berkursus...bagus betul nie...
    banyak makanan dihidang, cnfrm kenyang sampai ke petang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye tu la tujuan nak tambah latihan staf. Cie terlebih dah CPD. Sampai ke malam tapau menu sama je ada lebih 😆

      Padam
  4. baru faham level makanan pun ada pelbagai tengok kepada keperluan pesakit.. tq for sharing.. ^^

    BalasPadam
  5. Bagusnya program sebegini. Alahai nampak Mi Kari sedapnya tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk menambah ilmu pengetahuan dan sekaligus mengenyangkan perut dengan mi kari 😁

      Padam
  6. banyak perkara bab penyediaan makanan yang Etuza tak tahu, membaca di laman ini ada sedikit pengetahuan..Patutlah ada Sais Pemakanan di peringkat U kan. Ada 2 orang bekas murid saya ambil jurusan Pemakanan di Universiti..salah seorang buka restoran kemudian mendapat tawaran sebagai guru, restoran diturunkan kepada adik lelakinya..hebat juga kan mereka..
    Terima kasih perkongsian ni

    BalasPadam
  7. Kesiannya kalau ada penyakit disfagia macamni. Memang makan bubur je manjang. Rasa macam nikmat pemakanan ditarik sikit demi sedikit :(

    BalasPadam
  8. katakanlah ada 2 pesakit, org dewasa dan kanak-kanak. 2x alami sakit yg sama. boleh ke mereka makan menu yg sama?

    BalasPadam
  9. Banyak pengetahuan dalam program ni sebenarnya...banyak ilmu pemakanan untuk pesakit..senarai hidangan untuk program ni pun menarik...

    BalasPadam
  10. Lepas habis program terus ada sambutan birthday staff..seronoknyaaa ..

    BalasPadam
  11. Aiiiiih yg belum ulang tahun di Sept-dec, dipercepat ya kak 😄😄. Belum masuk umur hahahaha. Tapi seruuuu ada acara perayaan begini 👍👍👍.

    Macam menarik tema pembelajarannya. Setiap kali anak saya di opname di rumah sakit, ahli nutrisi di sana selalu datang tiap malam ke kamar pesakit, untuk menanyakan Macam2. Lalu dia akan rekomendasikan makanan apa yg sesuai.

    Saya jadi tahu kalo di sana sampai ada 7 level , bahkan bisa disesuaikan dengan makanan lokal Malaysia ya.

    Sedap2 menu yg disajikan selama acara. Kue Tako dan buko itu fav saya juga ❤️.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.