Selaku duta 7E Cafe yang tidak dilantik Cie nak share lagi tentang apa yang Cie beli minggu lepas 3 hari berturut Cie singgah 7E Cafe. Hihi. Agaknya cashier tu dah dah cam asyik akak ni je datang membeli tiap hari pulak tu.
Entahla macam ada magnet pulak duk memanggil suruh singgah. Tu yang jadi 3 hari berturut datang 7E Cafe cawangan berdekatan dengan rumah Cie.
Hari Jumaat 22 Ogos Cie singgah dengan kakak Raisha lepas ambil kakak Raisha balik sekolah. Beli dan bawak balik. Hari Sabtu 23 Ogos Cie pergi dengan kakak Raisha sebab bosan petang takde apa nak buat kat rumah. Pun sama beli dan bawak balik. Adik Rania ada kem UPKK kat KAFA. Hari Ahad 24 Ogos sebelah petang kami 3 beranak girls day out melepak kat 7E Cafe tu. Layankan adik Rania nak jugak beli corndog sebab hari Sabtu tu kakak Raisha beli corndog.
Hari Jumaat 22 Ogos 2025
Biasanya hari Jumaat Cie ambil adik Rania. Start Jumaat minggu lepas Cie ambil kakak Raisha pulak. Jadinya Cie ajak la kakak Raisha singgah sebab Cie nak beli kopi bawak pergi kerja sebelah petang.
Kami beli:
- Sausage Bun 2 pcs – RM9.80
- Pau Carbonara Mushroom – RM2.90
- 7E Ice Latte SCH – RM4.90
Bila cakap pasal sausage bun, ramai akan bayangkan roti panjang biasa yang ada sosej di tengah. Tapi versi di 7E Cafe ni lebih gebu dengan rasa roti yang lembut. Tekstur dia tak terlalu kering, jadi sesuai dimakan begitu sahaja tanpa perlu cicah apa-apa. Kakak Raisha yang nak dan beli untuk adik Rania juga.
Pau Carbonara Mushroom pula agak menarik sebab inti dia berkrim, ada rasa lemak dan cendawan yang cukup seimbang. Tak terlalu masin dan roti pau dia pun lembut. Sesuai dimakan panas-panas, memang puas hati walaupun saiznya sederhana.
Untuk minuman, Cie pilih 7E Ice Latte SCH. Harga bawah RM5 memang berbaloi kalau dibandingkan dengan kafe hipster lain. Rasa kopi dia tak terlalu pahit, ada keseimbangan susu dan kopi yang sedap untuk orang yang suka kopi ringan.
Biasanya Cie beli Ice Caramel Latte atau Ice Latte Gula Aren tapi sebab keduanya takde Cie pilih la Ice Latte tambah gula sikit 1 pam sebabnya kuat sangat rasa kopi kalau takde gula.
Hari Sabtu 23 Ogos 2025
Petang Sabtu Cie dan kakak Raisha je ada kat rumah. Husband keluar ada urusan. Adik Rania kat sekolah KAFA ada kem UPKK. Jadinya Cie bosan takde nak buat apa so ajak la kakak Raisha ke 7E Cafe beli kopi dan beli makanan lunch untuk alas perut je.
Antara yang Cie ambil untuk alas perut lunch dan terus menu dinner:
- Corn Sausage Cheese – RM7.90
- CP Black Pepper Chicken SteakBurger – RM7.90
- CP Cheese Chicken Burger 2 pcs – RM13.80
- 7E Ice Latte SCH – RM4.90
- Custard Danish – RM2.90
- Eno Sachet White 2x4.3g – RM4.20
Nampak tak beza dengan hari Jumaat? Hari Sabtu memang jadi hari mencuba macam-macam. Untuk menu dinner sekali terus. Malas nak masak dah untuk kami 3 beranak je. Adik Rania balik 9 malam dan makan kat KAFA dah.
Ice Latte jadi pilihan sebabnya yang caramel dan gula aren tiada. Boleh la buat minum petang bersama custard danish.
Corn Sausage Cheese atau corndog adalah roti yang agak padat. Isi keju dan sosej buatkan roti ni lebih mengenyangkan. Tekstur keju dia cair dan lemak, sesuai dimakan panas. Masa kita beli tu cashier akan panaskan dulu dan tanya nak sos BBQ atau cheese. Dia akan letak kat bahagian atas.
Cie ambil Custard Danish sebab nak rasa. Roti berlapis yang lembut dengan isi kastard manis. Walaupun kecil, cukup untuk mengalas perut. Sedap jugak bahagian pastry tu rangup.
CP Black Pepper Chicken SteakBurger pula beli untuk dinner husband. Isinya agak tebal dengan rasa lada hitam yang jelas. Bukan jenis burger segera yang hambar, tapi lebih kepada gaya burger homemade yang dipadatkan dalam bungkusan ringkas.
Untuk Cie dan kakak Raisha kami memilih CP Cheese Chicken Burger, versi lebih ringan dengan keju keping, mayonis dan isi ayam yang lembut.
Nak dinner selepas Maghrib tu, sebelum Maghrib Cie panaskan burger dan goreng sedikit fries menjadi pelengkap hidangan dinner kami.
Cie beli juga beli Eno Sachet White sebab hari Jumaat lepas balik kerja tu sampai hari Sabtu kena kembung perut. Bagus juga untuk neutral kan rasa kembung. Alhamdulillah lepas tu dah selesa rasa perut dah tak kembung. 1 sachet je Cie minum dan 1 sachet lagi simpan. Ia dijual double.
Hari Ahad 24 Ogos 2025
Petang Ahad tu adik Rania ajak pergi beli corndog 7E Cafe sebabnya cemburu dengan kakak hari Sabtu tu ibu belikan corndog. Anak nombor 2 memang pedengki sikit. Cie pulak masukkan dalam story IG dia tengok malam lepas balik dari kem tu terus la bebel-bebel cakap dia nak jugak nanti. Layankan jela lagipun Cie ada rasa nak makan ais krim.
Kami duduk melepak santai kat 7E Cafe tu. Makan sambil berborak. Kami memilih:
- Seasons Ice Lemon Tea – RM2.70
- Seasons Ice Peach Tea – RM2.70
- 100 Plus Power Peach – RM2.00
- 7Cafe Choc Cone – RM2.90
- Corn Sausage Cheese 2 pcs – RM15.80
Seasons Ice Lemon Tea dan Peach Tea memang sesuai diminum waktu cuaca panas. Rasa masam manis lemon dan kesegaran peach buatkan badan rasa segar balik. Untuk kakak Raisha dan adik Rania.
Cie punya 100 Plus Power Peach versi isotonic dengan rasa buah, jadi rasa lebih sedap berbanding 100 Plus biasa.
Tekak nak makan ais krim so beli la 7Cafe Choc Cone. Aiskrim kon coklat ni memang klasik, harga pun bawah RM3, cukup untuk sejukkan tekak.
Oleh kerana datang situ nak beli corndog so beli la terus 2. Cashier tu panaskan dan anak-anak pilih cheese sauce.
Duduk la kami melepak kat situ hampir sejam jugak la. Takde orang pun duduk kat situ. Semuanya masuk, beli dan balik.
Singgah Lagi? Confirm!
3 hari berturut singgah di 7E Cafe memang bagi pengalaman berbeza setiap hari. Jumaat lebih santai dengan roti dan kopi, Sabtu jadi hari pesta burger & pastri, manakala Ahad pula gaya ringan dengan minuman sejuk dan aiskrim.
Lagipun dekat sangat dengan rumah. Senang nak beli apa-apa semuanya ada di situ.
Apa yang Cie suka:
- Harga mesra poket berbanding kafe biasa.
- Banyak pilihan dari roti, burger, kopi hingga aiskrim.
- Mudah dibawa balik atau makan di ruang duduk.
Bila fikir balik, walaupun nampak macam singgah spontan, sebenarnya Cie jadi makin suka dengan konsep 7E Cafe ni. Menu dia ringkas, ada variasi dan sesuai untuk semua mood sama ada nak cepat, nak lepak atau nak pencuci mulut.
Lepas ni kalau lalu depan 7E Cafe lagi, memang susah nak tahan diri. Confirm ada lagi menu baru yang menunggu untuk dicuba.
Jadi, kalau anda belum pernah cuba 7E Cafe, bolehlah singgah bila ada kesempatan. Tak rugi, sebab pilihan makanannya lebih daripada sekadar 7-Eleven biasa.
29 Ulasan
menu makanan untuk kudapan dan cicipan..makan tengahari mararau kena karbohidart..nasi ..lauk dan sayuran ada telur lagi seimbang
BalasPadamSekali sekala nak makan ringan2 je kalau pagi dah makan berat.
PadamBest masuk 7E Cafe. Macam-macam ada.
BalasPadamYe geram nak masuk bakul macam2.
PadamMenggamit memori betul pau bentuk cam mushroom tu. Zaman 2013 - 2015 viral pau tu n memang sedapp
BalasPadamYe dulu viral kan mushroom pau tu siap bentuk macam mushroom. Lama sangat dah rupanya ye.
PadamMemang boleh jadi duta 7E Cie dan anak-anak. Pekerja pun dah kenal dah. Baru tahu ada Pau Carbonara Mushroom jugak ye. Nanti nak tengok lah kot ada. Kopi dia memang murah dan sedap.
BalasPadamMoga2 owner 7E nampak la posting ni. Hahahah. Macam2 jenis pau ada cuma bagi Cie yang ni je sedap.
PadamBahaya juga masuk 7e ni. Dulu masa bawah office ada 7e huhu ngeri wo.
BalasPadamMemang bahaya sejak dah buka berdekatan rumah ni. Asyik nak ke situ je 😅
PadamEh, 7E dah pakai pelaris ke? Hahaha. Rasanya, setiap kali masuk, ada makanan yg diidamkan, tapi tak boleh beli semua serentak, tu yang tiga hari berturut masuk 7E kot, hehe.
BalasPadamTu la rasa memanggil2 je untuk singgah. Hahahah. Setiap kali masuk beli yang berbeza.
PadamSikit hari lagi dapatlah offer jadi duta tu Cie :D
BalasPadamOh CP Burger dah ada kat 7e ye? Baru tahu ni... Kalau tak kena pergi border sana beli burger ni
Hahaha. Duta la sangat ye 😆. Aah Cie pun masa awal2 terjebak masuk 7E Cafe ni baru tau dah ada burger CP.
Padammcm2 menu bole try tu
BalasPadamYe macam2 ada.
Padamehhh... dah lama tak dengar pasal Eno...
BalasPadamDulu masa kecil kalau kembung abah belikan Eno kaler biru. Rasa mak kalau buat pau pun guna Eno dulu tapi sekarang macam tak pernah beli pun.
Cie ni pulak 1st time beli 😁
Padamuiii da mcm duta 7E ni. sejak stat briskwalk kita pun da terheret nak singgah 7E ni, cuma ku cari mesin atm dan air utk daktiga. cuma 7E sini blm upgrade cafe lagi. jadi foodies nya basic2 je lagi.
BalasPadamMacam memanggil je kan terpaksa la melangkah masuk.
PadamBanyak ya menu di 7E ni. Senang nak makan kalau nak cepat.
BalasPadamYe 7E cafe dah banyak pilihan.
PadamSingah lagi di laman ini..BW sebelum solat maghrib di Sabah
BalasPadamTerima kasih singgah.
Padammemang regular customer sgt2 ni!
BalasPadamfav sy tu sosej bun bila dah tak tahu apa lagi nak mkn kat 7E tu hahaha
BalasPadamSuka akak tengok Cie anak beranak beli makanan atau support produk 7E..akak beli gak roti kat sini...tp kat KL Sentral tu x banyak pilihan..dulu ada cafe 7E kat NuSentral tp x ramai yg support terus tutup..akak kena pi yg kat Senawang la nampaknya...situ besar skit
BalasPadamCCL selalu singgah beli ice latte
BalasPadamDulu saat masih suka ke jepang, tiap kali cari snacking , saya lebih suka cari di Sevel, daripada Minimart lain. Sebab memang lebih variatif.
BalasPadamLihat cp burger tuh dan corndog, sumpahlah kak, rasa tak sabaaaaar sangat menunggu November hahahah.
Tak tahulah kalo hotel saya dekat Sevel, bisa2 hari2 makan di situ 😅
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.