9 Ogos 2025 jam 11 lebih selepas selesai pengebumian Wan Minah kami 4 beradik Cie, Kak Long, Kak Ngah, Ta (kakak ke 6 Cie yang kami panggil Ta. Singkatan kepada maktam yang anak-anak buat panggil) serta anak-anak Cie singgah sekejap rumah Mak Ngah.
Arwah Wan Minah menghembuskan nafas terakhir di rumah Mak Ngah. Saja jela kami singgah sekejap selepas balik dari kubur. Ingin berbual dengan saudara mara yang jarang bertemu. Sekejap je kami singgah di rumah Mak Ngah. Ada pakcik makcik dan sepupu yang dah bergerak balik.
Acik sempat la bercerita macam mana Wan Minah menghembuskan nafas terakhir. Sangat mudah rupanya. Allah memudahkan urusan terakhir Wan Minah.
Seperti biasa, apabila berkumpul, cerita lama dan baru bercampur. Kami bercerita tentang perkembangan keluarga, kisah anak-anak dan sesi perkenalan bagi yang jarang bersua muka. Walaupun singgah tidak lama, suasana mesra itu membuatkan rasa penat sedikit terubat.
Makcik dan pakcik sempat mengajak kami makan tengahari, tetapi dengan penuh hormat kami menolak kerana sudah ada janji untuk makan di rumah Ta.
Kakak Nana anak sulung kepada Ta sudah pun memasak, jadi tak manis rasanya kalau kami makan di tempat lain terlebih dahulu. Makcik memahami permintaan kami.
Berehat dan Makan Tengahari di Rumah Kakak
Perjalanan diteruskan ke rumah Ta. Jarak rumah Mak Ngah ke rumah Ta dekat je lebih kurang 10 minit jika jalan tak sesak. Sebaik sampai, Kakak Nana tengah memerap ayam untuk dibuat ayam goreng. Cie sempat la korek resipi dari Kakak Nana.
Suami Ta iaitu abang ipar Cie hidangkan kami dengan durian musang king dari kebunnya. Suami Ta dah balik dulu dari kubur, dia menaiki motor je.
Baru lepas keluar dari peti sejuk |
Bau harum durian memenuhi ruang rumah. Rasanya manis, berkrim dan pekat memang Musang King premium. Tak boleh tolak ni rezeki dapat makan durian mahal.
Selepas siap mandi, solat dan sebagainya Ta mempelawa kami makan. Mereka dah siap masak. Patut la masa Cie berbaring kat bilik atas, bau ayam goreng semerbak je.
Anak saudara Cie memang pandai memasak. Pelbagai jenis lauk pauk yang dihidangkan ringkas tetapi cukup menyelerakan. Makan tengahari bersama keluarga begini memang memberi satu perasaan lain.
Menu tengahari kami adalah ayam goreng tepung, masak tempoyak ayam dan cendawan, buncis goreng, ulaman, sambal belacan, jeruk petai.
Tidak cukup dengan itu, ada pula ABC dan cendol yang sejuk dan menyegarkan. Gabungan manis, lemak santan dan ais betul-betul menyejukkan badan pada hari yang agak panas.
Lepat pisang pun ada, dibalut cantik dalam daun pisang dan berbau harum bila dibuka. Teksturnya lembut, dengan rasa pisang yang manis asli. Ada kelapa parut juga di dalam lepat. Kakak Nana bersama Kak Ngah bersama-sama membuat lepat pisang sambil memasak hidangan makan tengahari.
Berehat Selepas Makan dan Tidur Petang
Selepas makan, suasana menjadi tenang. Ada yang duduk di ruang tamu sambung berbual, ada yang berbaring di bilik. Cie sendiri mengambil kesempatan untuk baring sekejap badan pun sudah letih sejak pagi. Tambahan pulak lepas makan terlalu kenyang mata mula la mengantuk. Tidur petang walaupun sebentar, memang memberi tenaga semula.
Bunyi kipas yang berpusing, cuaca redup seperti nak hujan membuatkan suasana tidur itu terasa sangat damai. Tak lama pun dapat terlelap kira-kira 20-30 minit pun dah cukup.
Masa untuk Pulang
Sekitar jam 5 lebih, kami mula bersiap untuk bertolak pulang ke Lipis. Sebelum keluar rumah, sempat lagi Cie minum cendol dan makan lepat pisang. Kakak membekalkan sedikit lepat pisang dan bunga kantan untuk dibawa pulang. Walaupun berat hati untuk meninggalkan suasana santai di rumahnya, perjalanan pulang tetap perlu diteruskan.
Dalam perjalanan, Cie sempat berfikir walaupun hari dimulakan dengan rasa sedih, ia berakhir dengan perasaan syukur. Syukur kerana masih ada keluarga yang rapat, masa untuk berkumpul dan peluang untuk saling mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Hari seperti ini mengingatkan Cie bahawa keluarga adalah tempat kita kembali, tak kira sejauh mana kita pergi.
Luangkan Masa Bersama Keluarga
Pengalaman singgah di rumah makcik dan kemudian berehat di rumah kakak sebelum pulang ke Lipis ini mungkin nampak biasa bagi sesetengah orang. Tetapi bagi Cie, ia adalah momen yang berharga.
Dalam kesibukan harian, kita sering lupa untuk menghargai masa yang kita ada bersama keluarga. Kadang-kadang, masa beberapa jam itu sudah cukup untuk membina kenangan manis yang akan diingati sampai bila-bila.
15 Ulasan
Sesekali berkumpul...suasana kampung tu buat rasa rindu...
BalasPadamBegitulah, dalam kesedihan, Allah swt beri kebahagiaan apabila dapat berkumpul adik-beradik.
BalasPadamTime raya, kenduri atau adanya kematian, masa ni lah kita dapat pulang kampung berjumpa kaum keluarga. Hari2 biasa semuanya dengan hal masing-masing. Tambahan kalau yang tinggal jauh susah nak balik kampung selalu.
BalasPadamsedap tu dpt makan musang king hasil dr kebun
BalasPadamAl-Fatihah buat wan Minah...Sy suka durian yg baru keluar dr peti sejuk...#doneterliur =D
BalasPadamSeronoknya sesekali berkumpul...
BalasPadamSalam takziah Cie...
BalasPadamSedapnya lepat pisang tu, lagi² yg ada kelapa parut dalamnya...
Salam takziah..ziarah yang bermakna..lepas tu ..ada juadah yang sedap..makan bersama2 terjalin ukuhwa fillah
BalasPadamsalam hari selasa.singgah sini baca entry dan tinggal jejak, moga yg baik2 ajer utk kita semua. salam takziah jugak
BalasPadamMoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman
BalasPadamSemoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.. Aamiin..
BalasPadamBetul tu Cie, kita memang kena sentiasa bersyukur dan menghargai keluarga yang masih ada.. Hidup dan mati, tiada siapa yang tahu.. Hari ini sihat, esok dah tiada..
Alfatihah buat wan minah. Walaupun bertemu sanak saudara dalam keadaan yg sedih, ada hikmahnya dapat berkumpul juga
BalasPadamSemua makanan sedap2! Fuh durian musang king premium lagii
Alhamdulillah..Allah permudah urusan terakhir arwah.
BalasPadamDah alang-alang berkumpul tu dapatlah spend masa bersama menyembang dan makan-makan. Langkah kanan tu dihidangkan durian musang king.
Alfatihah buat Wan Minah.
BalasPadamSantai ya dok rumah kakak... macam² dihidangkan.
Kesempatan bertemu keluarga adalah nikmat yang terindah. Durian musang king tu huhuhu buat orang ngences je. Ada lagi ke musim durian
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.