Dinner Simple Tapi Best – Spicy Chicken Burger CP & Fries

Lunch tadi dah masak nasi jadinya dinner dah malas nak masak nasi. Anak-anak ajak beli burger 7E Cafe je nak try. Lepas brisk walk petang tadi kami terus ke 7E Cafe yang dekat rumah je.

Masuk je ke dalam tengok kat chiller ada burger tu tinggal 3 je kami nak 4. Tak jadi beli kami terus ke 7E Cafe sebaris KFC tu. Kat situ langsung takde burger. Last sekali kami ke 7E Cafe Bandar Baru.

Kat situ ada 5 biji burger. So kami ambil la 4 biji. Yang ada cuma Spicy Chicken Burger tu je. Boleh jela ambil flavour yang sama je semua.

Peket Spicy Chicken Burger CP dari 7E Café

Selain tu, Cie juga beli soft serve assorted cone ice cream chocolate dan goreng fries di rumah je buat makan dengan burger tu.

Ais krim kon perisa coklat dari 7E Café

Cie beli dua ais krim, tapi masa staff tengah isi ais krim kon kedua, tiba-tiba mesin ais krim 7E tak keluarkan ais krim. Hanya satu kon yang sempat siap. Disebabkan Cie dah bayar dua, cashier kata 

Saya ganti dengan slurpee boleh ke?

Cie cakap

Boleh jela.

 

Slurpee perisa blueberry dalam cawan 7E

Malas nak suruh dia refund. Dulu pun pernah jadi masa tu Cie beli dua. Masa cashier nak press takde keluar ais krim. Dia refund duit semula.

Sampai rumah, terus panaskan burger dalam oven dan goreng kentang goreng yang dah lama tersimpan dalam peti ais. Menu ringkas, tapi bila makan waktu malam sambil layan rancangan TV kegemaran, memang terasa nikmatnya.

Spicy Chicken Burger CP dari 7E Café


Burger spicy chicken CP ni datang dalam bentuk peket sejuk. Cie panaskan dalam oven selama lebih kurang 10 minit, suhu 160°C, sebab nak pastikan luar dia rangup sikit dan ayam bahagian dalam cukup panas.

Peket Spicy Chicken Burger CP dari 7E Café

Rasanya memang best. Ayam dia ada rasa pedas yang tak keterlaluan, cukup rasa cili dan rempah. Roti burger pula lembut, tak kering. Sos dalam burger ni pun agak banyak, ada kombinasi mayonis pedas dan keju cair. Saiz dia tak besar sangat, tapi cukup untuk satu hidangan malam.

Spicy Chicken Burger CP selepas dipanaskan

Spicy Chicken Burger CP selepas dipanaskan

Goreng Sendiri Kentang Goreng di Rumah


Sambil tunggu burger siap dipanaskan, Cie goreng fries. Fries ni memang penyelamat bila tak sempat beli makanan luar. Bila makan dengan burger, lengkap dah satu set fast food versi homemade. Kalau ada sos cili dan mayonis campur pun sedap.

Fries goreng sendiri siap dihidang


Kombinasi Ringkas Tapi Lengkap


Kadang-kadang kita tak perlukan makanan yang fancy sangat untuk rasa puas. Cukup dengan burger ayam pedas, kentang goreng panas dan minuman sejuk dah cukup mengenyangkan.

Hidangan burger dan fries untuk makan malam


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. boleh try lepas ni burger 7E...

    BalasPadam
  2. Ringkas dan lengkap... Dah mlm nk dinner mmg kne ringkas .... Selalu juga ke 7E cafe ni..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.