Belum habis ye cerita weekend kita di Kuantan. Berderet beratur dalam draft tu. Ambil masa sikit nak mengarang. Nak rename gambar lagi. Kalau nak blog kita menarik untuk dikunjungi kena la gigih sikit follow SEO.
Walaupun tak semua entry follow SEO, at least kena ada kalau nak viewer ramai. Lagi-lagi kalau kita ada Google Adsense memang nak kena banyak viewer. Sehari 1000-2000 viewer tu pencapaian yang terbaik la untuk blog sendiri.
Road to achieve 2 juta viewer pulak ni. Baru 1.7 juta je. Jauh lagi perjalanan ni. Tu la siapa suruh dulu menulis blog on off jadinya nak naikkan semula view kena kerja keras. Jom kerja keras sambung cerita Kuantan.
Masa kat kenduri Pakcu tu kakak ipar tanya lepas tu nak ke mana. Cie cakap nak cari uniform Raisha dulu lepas tu takde ke mana. Dia cakap mereka nak pergi pantai. Jom la join. Cie cakap InsyaAllah. Takut penat ke apa kan malas nak janji.
Kami sampai dulu kat Pantai Kempadang dan sempat bergambar di tepi pantai. Seronoknya kalau rumah berdekatan dengan pantai. Tenang je tengok pantai. Bila jarang-jarang ke pantai kita akan teruja. Tapi kalau duduk kat pantai rasanya jemu jugak hari-hari tengok pantai. Kami anak beranak lebih suka pantai sebab luas kan dan ombak yang cantik.
Kami bergambar dari kejauhan je. Malas nak ke tepi pantai tu betul-betul. Malas nak basah la kalau terkena ombak. Jadinya dari jauh pun cantik view.
Tak lama lepas kami bergambar tu kakak ipar call bagitau dah sampai. Tapi mereka sebelah sana so kami terus gerak ke tempat kakak ipar nak duduk tu la. Family kakak ipar sampai ke pantai dan sempat la mereka membeli makanan untuk dimakan di tepi pantai. Kami je tak beli makanan sebabnya malam tu nak dinner dah. Waktu tu dah petang sangat dah pukul 6 lebih.
Kakak ipar Cie panggil Ayong. Anak-anak, menantu dan cucunya semua ada. Ayong ada 4 orang anak. Anak sulung lelaki dah berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak perempuan. Anak kedua perempuan dah berkahwin tapi belum dikurniakan anak. Anak ketiga kembar lelaki.
Kami duduk atas tikar yang dibawa Aiman anak sulung Ayong. Aiman duduk di Kuantan je. Ayong dan family nya tidur di rumah Aiman. Dari rumah Aiman ke Pantai Kempadang tu dalam 10 minit je.
Anak-anak Aiman dah terjun pantai. Mereka dah biasa ke situ jadinya Aiman dan Ika isterinya pantau dari tepi je. Ramai orang berkelah di situ hujung minggu. Ditambah pulak cuti panjang. Masing-masing berkelah siap bawak bekalan makanan dari rumah dengan periuk nasi bagai.
Cie dah pernah pergi Pantai Kempadang tu cuma masa tu kami pusing je tak turun pun. Lalu je sebabnya susah nak cari parking tepi-tepi tu memang penuh.
Kat Pantai Kempadang tu jugak ada jualan makanan, pelampung, peralatan untuk main pasir dan macam-macam lagi la. Atok Faiz belikan mainan buih untuk cucu 2 orang tu. Kemain suka siap bawak terjun pantai lagi.
Walaupun dapat melepak tepi pantai sekejap je tetap dapat merakam memory bersama. Borak-borak, gelak-gelak bergurau senda. Family Faiz tak sebesar family Cie. Kalau berkumpul tu tak ramai la.
Kami gerak dari Pantai Kempadang tu lebih kurang pukul 7 dah dan terus ke kedai makan Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur. Next entry pulak. Fuhhh berpeluh nak habiskan entry Kuantan ni.
24 Ulasan
Berkelah ramai-ramai tepi pantai, seronok. Boleh juga sembang-sembang sambil healing tengok laut.
BalasPadamYe betul seronok.
PadamSeronok berkelah tengok air laut
BalasPadamYe seronok.
Padam1st time ni eqin dengar nama Pantai Kempadang..
BalasPadammoment berkelah ramai-ramai ni seronok kan...
Banyak je nama pantai2 yang kita tak pernah dengar berada di area tersebut. Selalu yang famous jela kita tau. Kalau Kuantan biasa Teluk Chempedak, Cherating tu jela. Sebenarnya banyak je hidden gem.
Padammacam tak jauh dah tu nak capai 2 juta. chaiyok chaiyok! boleh tu capai by hujung tahun ni!
BalasPadamkalau pergi pantai, budak2 lah yg paling excited sekali :D
InsyaAllah mudah2an tercapai la. Lama sangat tunggu ni 😅
PadamBest jugak, sekali sekala dapat lepak di tepi pantai.
BalasPadamYe seronok
PadamRumah kalau dekat dengan pantai pun masalah juga Cie. Cousin akak beritahu habis aircond rosak sebab karat. Bila musim tengkujuh angin bertiup dari laut bawa air masin. Tingkap dan jeriji habis rosak juga. Banyak nak kena buat maintenance.
BalasPadamArwah makcik Cie dulu pantai di belakang rumahnya je. Tapi rumah kampung la.
PadamKadang2 bersesak2 tepi pantai dgn org ramai best jgk kan..baru lah meriah slain dari riuh rendah fmly sndiri =D
BalasPadamTempat awam tak boleh nak elak la dari keramaian manusia 😄
Padamsamalah kak ana gambar dalam galeri phone nazak dah nak update nya slow motion haha , sekarang ni PV memang mencanak naik dari entri-entri lama, mudah-mudahan adsense pun berkembang dengan jayanya hehe :)
BalasPadamCie memang 95% update blog guna hp je senang.
Padambestnya picnic tepi pantai!
BalasPadamYe best dengar deruan ombak.
PadamMenarik ni. Nak healing kat pantai kena datang awal sikit. Bila dah masuk lewat petang, selalu ramai.
BalasPadamPetang la waktu best nak healing tak panas sangat.
PadamPanjang Pantai Kempadang ni bersambung dengan Pantai Sepat. Kalau weekend memang ramai.
BalasPadamYe panjang. Orang memang ramai.
PadamSeronok nya pergi pantai...
BalasPadamLinda pun kadang² tukar nama dekat gambar...PV kita sehari² nak capai 1000 pun jenuh..kikiki
Mungkin Krn saga besar di Aceh, yg merupakan kota pesisir, jadi jujur saya tak terlalu suka pantai 😅😅. Panaaas kak. Tak kuat. Tapi sukaa kalau dj pantai itu ada banyak tempat makannya 😁😍. Bisalah rasa2 seafood segar... Dan biasanya akan murah kalau di kota pesisir
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.