Sepupu Faiz ni anak kepada Pakcu dan Maksu. Pakcu tu adik arwah mak mertua Cie. Mak mertua ada 3 beradik je. Sorang lagi Mak Ngah di Taiping. Tadi takde Mak Ngah mereka akan hadir di belah Pakcu di Kuantan.
Adik beradik Faiz pun tak semua ada tadi. Yang ada tadi mereka 3 beradik je. Angah, abang Faiz yang kedua akan hadir belah Pakcu nanti di Kuantan. Pakcu tinggal di Kemaman tapi majlis buat di Kuantan. Kami tak pasti lagi dapat hadir ke tak belah Kuantan pada 20 September.
Tema Warna Majlis Perkahwinan
Untuk belah lelaki Maksu pilih warna hijau. Dari tudung dan kain untuk baju pun Maksu dah bagi siap-siap untuk anak saudara perempuan. Yang dapat kakak ipar Cie sorang, biras 2 orang dan Cie. Sedondon la kami tadi dengan keluarga belah Maksu.
Anak-anak Cie punya beli kain sama warna yang kosong kat Shopee. Lace yang maksu bagi tu je Cie letak sikit kat baju anak-anak. Cie tempah kat kedai. Maksu bagi kain je. Tudung pun Maksu bagi tapi Cie tak pakai. Cie pakai tudung lain.
Geng lelaki baju sama warna jela. Faiz pakai tshirt je taknak dia baju melayu atau pun kemeja.
Belah perempuan tadi warna macam biru cair macam tu. Cantik jugak warna macam tu nampak soft sikit. Kami punya warna garang benau hijaunya.
Pengantin tema warna putih yang perempuan dan lelaki bersuit hitam.
Lokasi Majlis Perkahwinan di Bora Ombak
Majlis akad nikah juga diadakan hari yang sama pagi tadi di Bora Ombak juga. Kami tak dapat hadir untuk majlis akad nikah tadi. Kami sampai dah pukul 11 lebih. Pukul 12.15 baru la perarakan masuk keluarga pengantin lelaki ke dalam dewan.
Suasana dan Dekorasi Majlis
Meriah dewan tersergam indah. Dengan hiasan pelamin yang cantik. Kami dibawa terus ke meja yang telah dihidang dengan set dorm. Ada 4 meja untuk belah lelaki tadi. Meja Cie betul-betul sebelah pelamin.
Suasana dewan memang meriah dengan semua tetamu dihiburkan dengan live band. Diselit juga tadi video perkenalan kedua pengantin. Katanya kawan sekelas masa belajar. Keduanya pilot. Kiranya mr pilot dan mrs pilot got married la ni.
Hidangan Makanan
Menu semua memang meriah sangat-sangat. Ada kuih muih, buah-buahan dan menu makanan yang dihidangkan ialah:
- Nasi putih basmathi
- Ayam goreng berempah
- Udang sambal
- Daging masak kicap
- Gulai ikan masin nenas
- Ulaman
- Ikan masin
- Sambal belacan
Memang terlebih kenyang dah tadi kami makan. Menu bahagian buffet je tadi Cie tak tengok ada menu apa rasanya tadi biras Cie cakap ada laksa. Makanan kat Bora Ombak ni memang sedap semuanya. Taktau la berapa kos sekepala untuk majlis mereka ni.
Goodies Majlis
Kami yang dewasa dapat goodies fragrance diffuser brand LA’VIE PARFAITE sebotol diletakkan di dalam paper bag. Exclusive betul. Untuk kanak-kanak mereka bagi goodies ada nachos, coklat dan gula-gula.
Selesai Makan Kami Pulang
Mulanya abang Faiz dan kakak Faiz dulu gerak balik. Kami menyusul kemudian ketika pengantin tengah potong kek. Ada agenda lain lagi tu yang mintak izin beredar dulu. Maksu berkali-kali pesan ajak datang minggu depan pulak belah lelaki di Kuantan. Kami singgah rumah abang Faiz dulu kat presint berapa entah kuaters penjawat awam. Tukar baju dulu sebelum ke IOI Mall shopping nanti artikel lain pulak.
25 Ulasan
Alhamdulillah..sini juga ada jemputan kawin..di kampung ja. biasa2 ja persandingannya tetapi jalinan ukuhwa tu no 1
BalasPadamCuti sekolah ramai melangsungkan perkahwinan.
PadamPasangan pengantin atas awan.
BalasPadamMenarik dan exclusive tu goodie set diffuser.
Ye pertama kali dapat fragrance diffuser goodies majlis kahwin.
PadamUishh hebat betul mr and mrs pilot! Semoga bahagia hingga ke awan gitew 🥰
BalasPadamTu la hebat kan keduanya pilot. Perempuan power jadi pilot bukan calang2.
PadamMr and Mrs Pilot....
BalasPadamSemoga bahgia hingga ke jannah..
Aamiin
PadamSweet sangat gambar Mr & Mrs Pilot bawah kapalterbang tengah terbang tu. Sedap lauk-pauk yang dihidangkan. Baju Cie pun cantik walaupun warnanya garang.
BalasPadamYe so sweet kami yang tengok video pun semua terpegun. Tu la garang nau warna dah la kulit tak berapa cerah 🤣
PadamCantikk
BalasPadam❤️
PadamRamai yang kawen cuti panjang ni 🥰 Selamat pengantin baru buat sepupu. Dekat je ni dengan rumah saya.
BalasPadamYe betul banyak jemputan.
PadamTahniah Mr n Mrs pilot..bukan calang² nie..semoga bahagia selalu
BalasPadamHebat keduanya pilot.
PadamBesar majlisnya...seronok..cantik baju Cie dan baju belah2 pengantin lelaki...emerald green kan..
BalasPadamYe emerald green. Majlisnya belah perempuan memang besar la majlisnya.
PadamBanyak manisan menarik.
BalasPadamYe macam2 ada.
Padamcantik dewan dan pelaminnya,
BalasPadamlove sgt warna ur fmly outfit.
goodies tu kreatif ye. beshnya kenduwii!...
Goodies exclusive dari keluarga pengantin perempuan untuk belah lelaki.
PadamCantik pakai sedondon. Warna hijau macam ni pun nice menyerlah nampak. Wah, Mr dan Mrs Pilot rupanya. Hebatnya pasangan pengantin ni. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai, semoga berbahagia sampai ke syurga. Aamiin...
BalasPadamBestnya dapat doorgift fragrance diffuser tu, macam-macam ada yang lainnya.
Memang menyerlah warna tema team lelaki. Ye keduanya pilot. Aamiinn
PadamOh keduanya pilot 😍😍. Semoga rukun dan samawa hingga maut memisahkan. Rezeki makin banyak dan berkah. Cantiiiik sekalia tempatnya. Makanya pun tersusun rapi.. saya suka melihat kue kue yg disediakan 😍.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.