Kami check out awal 11 lebih pagi. Terus ke MyTown. Sampai je kat MyTown tengok berderet kereta masuk parking. Alhamdulillah ada juga parking yang kosong. Lepas parking kami terus masuk ke dalam mall dan terus menuju ke GSC nak tengok time cerita yang kami nak tengok tu. Waktu kami sampai situ 12 tengahari. Tiket yang ada jam 1 petang untuk cerita Magik Rompak.
Terus beli tiket sekali makanan. Sempat la kami ke tandas dan jalan-jalan level GSC tu cuci-cuci mata dalam Kaison.
Kaison
Cuci mata je dalam Kaison tu. Takde plan nak beli apa-apa. Sampai je kat bahagian beg Cie tengok macam cantik je sling bag. Tanya anak-anak nak tak murah je RM19.90. Anak-anak kata boleh ke. Cie cakap boleh je takdela mahal sangat. Mereka risau takut mahal.
Cie cakap pilih jela yang berkenan. Nanti jangan tak pakai. Sebab beg yang Cie ada beli kat Shopee mereka tak pakai dah. Masa tengok mereka kata ok, lepas dah sampai sekali je pakai lepas tu taknak pakai dah. Tersangkut je belakang pintu.
Yang beli kat Kaison tu memang mereka pilih sendiri. Warna dan patern ikut masing-masing. Terus la pakai letak handphone je pun.
GSC MyTown
Pukul 12.30 kami terus ke GSC nak pick up makanan order. Kami ambil makanan baru perasan yang set kami pilih tu bukan popcorn tapinya Goldie Crunch. Sedap jugak flavour cheese. Jadinya Faiz cakap beli la popcorn. Cie pun order la popcorn pulak. Jadi la banyak makanan kami.
- Ice Fuzetea Lemon
- Goldie Crunch
- BBQ Fries
- Golden Popcorn Caramel
- Air Mineral
Walaupun banyak habis ye semua makanan kami tu. Selalunya tengok wayang order popcorn dan air je. Kali ni macan-macam ada.
Kami tengok cerita Magik Rompak lakonan Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Amelia Henderson, Nadhir Nasar serta pelakon lain juga. Sebenarnya takde pulak ternampak promo cerita ni kat mana-mana. Ianya mula ditayangkan pada 11 September 2025. Jadinya kami taktau filem ni berkisah tentang apa.
Bila dah tengok baru la faham jalan ceritanya. Ada ahli silap mata, ada geng night spark yang ingin membalas dendam kepada orang kaya yang suka menindas orang yang lemah. Selain dari pelbagai projek bangunan, orang kaya tu juga membuat bisnes jual organ manusia.
Ada pertunjukkan silap mata, ada lawan-lawan, ada lawak jugak, ada elemen kejutan dan macam-macam la. 2 jam lebih ceritanya. Penuh debaran juga. Cie kalau tengok cerita ada lawan-lawan ni memang berdebar jela.
Tak ramai pun yang tengok cerita tu. Hall besar cuma yang menonton Cie rasa tak sampai 30 orang pun termasuk kami. Ada beberapa pasangan sama ada suami isteri atau boyfriend girlfriend, ada 1 keluarga besar mak ayah, adik beradik, anak-anak dan kami 4 beranak. Tu jela.
Maybe ramai taktau tentang cerita ni. Macam Cie la tak pernah nampak promo cerita ni. Cie pun kebetulan je tengok sebab memang anak-anak ajak tengok wayang. Korang pergi la tengok best jugak ceritanya.
Jumlah perbelanjaan di GSC:
- Harga tiket dewasa RM27.50 dan kanak-kanak RM15. Termasuk entertainment tax.
- Goldie Crunch Combo RM16 (ada soft drink sekali).
- BBQ Fries RM8
- Golden Popcorn Caramel Large Combo RM18.50 (ada air mineral)
Selesai tengok wayang anak-anak ajak makan pulak. Walaupun masa tengok wayang tu macam-macam dah makan. Cie ajak lunch di IKEA jela. Lunch merangkap hi-tea dah masa tu dah petang.
Makan di IKEA
Dah alang-alang sampai ni kita makan la di IKEA je. Memasing dah rindu chicken wing IKEA. Sampai je kat situ kemain panjang orang beratur. Maka kita join meramaikan manusia. Start beratur 3.50 petang, sampai kat cashier 4.27 petang. Apa yang kami beli dan makan di IKEA:
- Chicken wing 12 ketul
- Meatballs
- Spring rolls
- Chicken wanton
- Garlic bread
- Mushroom soup
- Daim cake
- Mango juice
- Cold drink
- Coffee
Total semuanya RM98.40. Meriah ye makan sampai kekenyangan. Chicken wing tu adik Rania cakap macam berbau pelik sikit. Cie pun perasan je macam tak sesedap sebelum ni. Puas makan semua tu habis jugak la.
Beli Pinggan di IKEA
Dah kekenyangan makan sambung brisk walk dalam IKEA pulak semata nak beli pinggan yang macam mereka hidang kek daim tu. Faiz jeling i kemain tajam ye. Hahaha. Dia nak balik cepat. I pulak nak berjalan lagi. Being Faiz dia senyap je takde marah ke apa. I pun buat taktau jela jalan terus ke tempat pinggan. Cepat-cepat ambil 2 biji. Sebiji tu RM13.
Sambil jalan tu sambil jeling kot ada apa yang i boleh sambar. Takde yang menarik maka nya pinggan 2 ketul jela i sambar. Mula nak ambil 1 je tapi macam tak berbaloi pulak weh berjalan kemain jauh semata nak beli 1 jadinya i ambil la 2. Lepas tu beli la jugak beg IKEA yang kecil harganya RM2 untuk letak pinggan tu. Bertambah l lagi koleksi beg IKEA tu. Kemain banyak dah pelbagai size.
Sampai kaunter tengok ada kaunter self service. Konon acah-acah pandai nak main scan-scan je. Tengok orang depan tu guna senang je scan siap. Dia tak guna member card terus scan jela. I ni terkial-kial mujur ada staf IKEA standby kat situ untuk bantu orang. I swipe member card tak jadi. Panggil staf tu dia tolong.
Settle pasal member card tu terus Cie scan item Cie beli tu. Lepas tu waktu nak bayar tersalah touch debit card kat terminal lain pulak. Adoi la. Hahaha. Staf tu cakap kat sini kak touch kad tu. Kat situ ada 2 terminal selain dari screen komputer. 1 lagi tu entah terminal apa. Cuma Cie ada touch pilih nak bayar guna apa. Yang tu sebelah kanan. Terminal debit/credit card tu sebelah kiri.
Pertama kali guna terkial-kial la nak cepat punya pasal. Kalau beli barang banyak kena bayar di kaunter ada cashier tu. Yang layan diri tu rasanya bawah 20 item je. Kat situ takde nampak step by step. Ada je yang tak pandai guna nanti staf tu akan tolong la. Kat pintu depan tu nanti guard akan tengok resit dan barang kita betul ke tak.
Settle tu terus marathon ke car park nun jauh di MyTown. Masuk je kereta senyap memasing sebab penat. Lepas kekenyangan makan brisk walk dalam IKEA semata nak cari pinggan. Lepas tu brisk walk ke parking pulak.
Balik Dengan Hati Gembira
Mana tak gembira walaupun percutian singkat je sambil hadiri majlis kahwin banyak tempat dapat bawak anak-anak jalan, makan sama-sama. Kita ni dah lepas fasa berjalan-jalan ni zaman bujang dulu dah puas explore merata tempat. Sekarang giliran kita pulak bawak anak-anak mengenal dunia.
Tamat dah percutian singkat di KL. Balik la semula ke sarang. Masa on the way balik tu belah kanan kat Karak Highway hala ke KL jem teruk kemain panjang. Belah hala ke Pahang tak jem. Kami selamat sampai ke rumah dah pukul 8 lebih selepas singgah di R&R lepas tol Gombak dan singgah di masjid Raub.
21 Ulasan
oh ada citer zul ariffin baru ye, saya pun tak nampak iklan magik rompak tu kt mana2 sosial media.
BalasPadamkalau makan ikea ni, chicken wings dgn meatball tu makanan wajib sangat kan. lama tak makan ikea! dah alang2 masuk dalam tu tak salah kalau ambil piring seketul dua. saya suka pinggan dia yg putih paling murah tu. minimal, besar n ringan
Memang takde pun nampak promo cerita tu. Kami pun kebetulan je search movie apa ada. Aah pinggan IKEA best. Cie pun ada banyak pinggan IKEA. Ni tambah sikit2.
Padamwayang lama dh tk tgk..sronok tu shopping, mkn2..lama tk singgah ikea makan meatball
BalasPadamKami ni kadang2 jugak tengok wayang. Dah alang2 ke MyTown tu terus la terjah makan2 IKEA.
PadamMesti seronok anak² Cie tu, dapat pi KL, dapat shopping, dapat tengok wayang, dapat makan kat Ikea.
BalasPadamBukan anak2 je, maknya pun seronok 😁
PadamSemangat tu..Nmpk pinggan menarik terus masuk beli...Nnt ckp dkt husband..I beli pinggan i hidang lauk utk u jgk bagi berselera lebih sikit sebab pinggan dah cantik...Hahahaha...Dah lama jgk rasenya sy x ke ikea..Adakah this weekend kena pegi? Tapi sure ramai sbb dh nk end of school holiday =D
BalasPadamSentiasa ramai IKEA tu. Kalau duk KL bebila boleh pergi.
PadamMaunya tak gembira, dapat pinggan idaman dan perut pun kekenyangan :)
BalasPadamAda lagi yang rasa rugi tak grab mangkuk 😆. Nanti la next time pulak.
Padamrasanya dari awal kahwin dulu Bang Fiz cakap kalau dah duduk rumah baru nanti, nak beli pinggan ikea.. sampai sudah idok la jugak beli pinggan tu.. duk balik beli gelas je.. hehehehe..
BalasPadamBeli la yang putih tu Cie beli 1 set dapat pinggan makan, mangkuk & piring. Tak sure ada lagi ke tak. Cie beli beberapa tahun lepas. Best tebal.
Padamwah, penuh seharian tentatif .. tentu penat badan tapi gembira dapat pinggan terus hilang penat hehehe
BalasPadamKena penuhkan seharian baru bermanfaat.
PadamSeronoknya dapat jalan-jalan ke KL.
BalasPadamAlhamdulillah cuti sekolah gembirakan anak2.
PadamPromotion tak banyak kot filem tu.. akak sendiri tak tau.
BalasPadamMungkin juga sekarang ni boleh tengok kat Netflix jadi takde ramai orang takpun ramai balik kampung/berjalan-jalan sempena cuti panjang.
Memang tak pernah nampak pun promo cerita tu.
PadamBagus juga tu tengok wayang lepas check out. Kalau sebelum check in, rugi masa rehat berehat di hotel. Ada nampak orang share movie ni, katanya inspired dari movie now you see me tu. Mungkin kurang promo kot, tapi ada je nampak pelakon dia promote dalam Meletop.
BalasPadamDapat jugalah anak dara dua orang beg kan. Seronok dorang dapat beg baru. Teringat pernah perasan nampak Cie masa kat IKEA dulu. hihi..Nak tegur jauh nau masa tu. Tak kan nak jerit pulak kan.
dh lama jugak MZ tak gi ikea. penutup entry, yg penting, hati gembira tuuuu
BalasPadamAnak zaman skr harus mereka yg pilih sendiri barangnya, baru dipakai 😄. Sebab anak saya begitu. Kalo saya yg beli tanpa tanya dia, dijamin lah cuma tersimpan 😅😅.
BalasPadamTadi saya pikir magic rompak ini cerita komedi, ternyata action ya kak.
Dah lamaa sangat tak ke IKEA, sebab saya selalu beli online 😅😅. Dan sampai skr tak pernah makan di restorannya hahahaha. Hanya tahu saja 😁
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.