Selepas bermula pada Ogos, kini Cie teruskan segmen Top Komentator Bulanan untuk bulan September 2025. Terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan blogger yang sudi singgah, membaca dan meninggalkan komen sepanjang bulan ini.
Seperti yang Cie pernah kongsikan sebelum ini, komen bukan sekadar mesej pendek, tapi tanda sokongan, motivasi dan juga interaksi yang menghidupkan dunia blogging.
Untuk September, Cie sekali lagi menggunakan rekod daripada widget Top Komentator yang akan Cie screenshot pada hari terakhir bulan antara jam 8.00 malam hingga 11.59 malam. Masuk sahaja 12.00 tengah malam, widget ini akan auto reset ke bulan baru.
Cie screenshot tepat pukul 9 malam. Waktu screenshot ni ikut kelapangan masa Cie. So tak menentu la. Kalau nak jadi pemenang silalah komen blog Cie setiap hari sehingga la hari terakhir setiap bulan sebelum 8 malam.
Pemenang Top Komentator September 2025: Mama Zharfan
Dengan sukacitanya Cie umumkan, pemenang untuk bulan September ialah Mama Zharfan dari blog suzie284.com.
Jumlah komen: 28 komen
Blog beliau aktif berkongsi tentang:
- Kehidupan seharian dan keluarga
- Pengalaman peribadi
- Pelbagai cerita santai yang dekat dengan pembaca
Cie percaya ramai yang sudah biasa singgah di blog beliau kerana penulisannya mesra dan mudah diikuti. Mama Zharfan juga antara blogger yang konsisten menyokong rakan-rakan lain dengan meninggalkan komen.
Tahniah Mama Zharfan kerana menjadi Top Komentator Bulan September 2025!
Hadiah dan Cara Tuntutan
Seperti biasa, Cie sediakan hadiah kecil sebagai tanda penghargaan. Cie mohon Mama Zharfan untuk hubungi Cie secara terus melalui:
Emel: roziahmuhammadnor@gmail.com
Atau
📱 WhatsApp: 012-9755310 (klik link)
Butiran yang diperlukan:
Nama penuh
Alamat lengkap
Nombor telefon
Sokongan Anda Sangat Bermakna
Cie sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca dan rakan blogger yang setia meninggalkan komen. Segmen Top Komentator Bulanan ini mungkin baru sahaja bermula Ogos lalu, tetapi sambutannya amat menggalakkan.
Tahniah sekali lagi kepada Mama Zharfan dari blog suzie284.com kerana paling aktif untuk bulan September 2025. Jangan lupa teruskan sokongan anda kerana bulan depan mungkin giliran anda pula untuk diumumkan sebagai pemenang.
Jumpa lagi dalam Top Komentator Oktober 2025.
10 Ulasan
waaa nama i laaa...tqvm tau cie. i dh email my details :)
BalasPadamwah tahniah MZ.
BalasPadamtahniah MZ...
BalasPadambulan 9 ke laut sikit, sebba cuti seminggu...kikiki...
kita tengok bulan 10 nie ke mana pula dia.. hahaha
Wahh..Congrates sis MZ =D
BalasPadamtahniah top komentar
BalasPadamCie jangan lupa pi blog ahkak. Tahniah menang GA 2.0
BalasPadamtahniah pemenang.. tumpang gembira..
BalasPadamTahniah untuk 1st top komentator, MZ.
BalasPadamTahniah
BalasPadamTahniah semua pemenang sahabat blogger yang aktif alhamdulillah, rajin Cie berkongsi rezeki dengan sahabat blogger kan, semoga di murahkanNya rezeki Cie , aamiin
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.