10 Tips Penulisan Blog Yang Kemas, Teratur & Disukai Pembaca

Menulis blog bukan sekadar menaip dan tekan publish sahaja. Ia adalah proses berkongsi cerita, pengalaman dan ilmu dengan pembaca yang datang dari pelbagai latar belakang. Kadang-kadang, penulis menulis ikut rasa tanpa fikir susunan, hasilnya artikel jadi serabut, pembaca pening dan keluar sebelum habis membaca.

Kalau kita mahu blog hidup dan disukai, kita perlu belajar menulis dengan lebih tersusun. Tidak semestinya kena jadi penulis hebat, cukup kalau kita ambil berat tentang struktur, gaya bahasa dan keselesaan pembaca. Berikut adalah 10 TIPS yang boleh membantu menjadikan penulisan blog lebih kemas, mudah diikuti dan mesra pembaca.


panduan 10 tips penulisan blog yang kemas, teratur dan mesra pembaca


1. Pilih Tajuk yang Jelas, Padat dan Tidak Berjela

Tajuk adalah perkara pertama pembaca nampak. Jika tajuk tidak jelas, artikel akan terlepas pandang. Kalau terlalu panjang sehingga menyerupai ayat karangan, pembaca cepat bosan.

Cari jalan tengah: tajuk ringkas tetapi padat. Gunakan perkataan yang terus kepada maksud, masukkan kata kunci utama dan elakkan ayat meleret.

Contoh Terlalu Panjang:
Pengalaman saya bersama keluarga bercuti ke Pantai Cherating sempena cuti sekolah bulan Disember yang penuh dengan kenangan manis

Contoh Paling Sesuai:
Percutian Keluarga di Pantai Cherating – Aktiviti & Tips Travel

Tajuk ini jelas, mudah difahami ada kata kunci penting dan tetap sedap dibaca. Ingat, tajuk bukan tempat bercerita panjang tapi fungsinya memberi gambaran pantas dan menarik pembaca klik.


2. Gunakan Ayat Pendek dan Mudah Dibaca

Pembaca blog biasanya tidak membaca setiap perkataan, mereka lebih banyak “scan” artikel. Ayat panjang berjela boleh membuat mereka hilang fokus.

Contoh ayat panjang:
Pada suatu hari saya dan keluarga telah pergi bercuti ke sebuah lokasi peranginan yang sangat cantik dan terkenal dalam kalangan pelancong kerana keindahan pantainya yang mempesona dan suasana yang begitu nyaman sehingga membuatkan kami rasa tidak mahu pulang.

Versi pendek lebih mudah diikuti:
Saya dan keluarga pergi bercuti ke sebuah lokasi peranginan yang cantik. Pantainya terkenal dikalangan pelancong. Suasananya sangat nyaman sehingga kami rasa tidak mahu pulang.

Ayat pendek mesra mata, cepat difahami dan tidak melelahkan pembaca.


3. Elakkan Ayat Rojak dan Singkatan Berlebihan

Blog adalah ruang santai, tetapi jangan terlalu rojak. Singkatan seperti “dorg”, “sy”, “uollss” atau campuran bahasa boleh menyukarkan pembaca.

Santai itu baik, tetapi biarlah sederhana. Gunakan bahasa mudah difahami semua orang. Elakkan la guna shortform zaman SMS dulu nak jimat kredit. Tulis je dengan perkataan penuh. Pembaca pun happy baca blog kita dan faham apa kita cuba sampaikan.

Contoh kurang sesuai:
Sy dgn ols my fren pegi PD smlm. Best giler, mmg puas hati.

Versi lebih baik:
Saya bersama rakan-rakan pergi ke Port Dickson semalam. Memang seronok dan puas hati.


4. Pecahkan Perenggan, Jangan Terlalu Banyak Ayat

Perenggan panjang tanpa jarak kelihatan padat dan meletihkan mata. Perenggan 2–4 ayat sudah cukup. Setiap kali idea baru muncul, mulakan perenggan baru.

Contoh blok panjang:
Saya suka melancong kerana banyak pengalaman yang boleh saya dapat dan antara tempat menarik yang pernah saya kunjungi ialah Langkawi, Pulau Pinang, Sabah dan Terengganu kerana setiap tempat mempunyai keunikan tersendiri dan memberi pengalaman berbeza tetapi yang paling saya suka ialah Sabah kerana pantainya sangat cantik dan makanannya juga sedap sekali.

Contoh versi yang lebih kemas:
Saya suka melancong kerana banyak pengalaman yang boleh saya dapat. Antara tempat menarik yang pernah saya kunjungi ialah Langkawi, Pulau Pinang, Sabah dan Terengganu. 

Setiap tempat mempunyai keunikan tersendiri, tetapi yang paling saya suka ialah Sabah kerana pantainya cantik dan makanannya sedap.


5. Susun Isi dengan Subtajuk

Subtajuk berfungsi sebagai peta bacaan. Ia memudahkan pembaca melompat ke bahagian yang mereka mahu dan Google pun lebih mudah faham struktur artikel.

Contoh subtajuk untuk artikel tentang resepi nasi lemak:
  • Bahan-bahan
  • Cara Memasak Nasi
  • Menyediakan Sambal

Subtajuk menjadikan artikel lebih tersusun dan mesra pembaca.


6. Sertakan Gambar yang Relevan dan Berkualiti

Gambar menarik perhatian, memberi konteks visual dan menambah nilai artikel. Pilih gambar yang jelas dan relevan. Jangan letak gambar sekadar ada.

Jangan lupa alt text dan title text. Alt text membantu enjin carian faham isi gambar, title text muncul apabila pembaca halakan tetikus pada imej.

Contoh: alt text = “nasi lemak dengan sambal dan telur rebus”
Bukan sekadar “gambar1.jpg”.


7. Tulis Dengan Gaya Sendiri, Bukan Salin Bulat-bulat

Salin bulat-bulat artikel orang lain bukan sahaja tidak beretika, tetapi Google juga boleh kenakan penalti.

Ambil idea sebagai rujukan, kemudian olah dengan gaya sendiri. Tambah pengalaman peribadi atau tips unik. Artikel jadi lebih asli, berbeza dan menarik.

Contohnya, kalau ada artikel tentang “10 tempat menarik di Penang”, jangan salin. Ambil idea, tambah pengalaman sendiri, makanan apa dicuba, waktu terbaik lawatan dan sebagainya.


8. Jaga Ejaan dan Tatabahasa

Kesalahan ejaan nampak kecil, tetapi banyak boleh mengganggu kelancaran bacaan. Tak perlu terlalu banyak titik pada setiap ayat.

Gunakan aplikasi semakan ejaan atau baca semula artikel sebelum tekan publish. Kadang-kadang baca dengan kuat lebih mudah nampak kesilapan.

Contoh:
Salah: “Nasi lemak inio di jual dengang harga berpatutan….ada timun, telur dan sambal…..”

Betul: “Nasi lemak ini dijual dengan harga berpatutan. Ada timun, telur dan sambal.”


9. Tambah Link Dalaman dan Luaran

Internal link menghubungkan pembaca ke artikel lama dalam blog, external link memberi rujukan tambahan dari sumber luar. Elakkan meletak link ‘BACA SINI’, ‘KLIK SINI’, ‘SINI’.

Contoh internal link:
Baca juga artikel saya tentang Resepi Sambal Bilis Rangup.

Contoh external link:
Menurut laporan di Bernama, jumlah pelancong meningkat pada tahun ini.

Dengan link yang tepat, artikel lebih lengkap dan dipercayai.


10. Semak & Edit Sebelum Terbit

Artikel berkualiti memerlukan semakan. Baca semula untuk periksa:
  • Ejaan dan tatabahasa – pastikan tiada kesalahan.
  • Ayat pendek dan jelas – pecahkan ayat panjang.
  • Susunan isi – setiap idea berada pada tempat tepat.
  • Gambar dan alt text – pastikan relevan dan jelas.

Semak semula selepas siap keseluruhan artikel. Proses semak dan edit bukan sahaja membaiki kesalahan, tetapi meningkatkan kualiti artikel keseluruhan. Pembaca akan rasa artikel lebih profesional, tersusun dan mudah diikuti.


Mari Kita Praktikkan

Menulis blog adalah perjalanan pembelajaran berterusan. Tiada gaya yang mutlak salah atau betul, tetapi ada cara menjadikan artikel lebih mesra pembaca. Setiap kali menulis, cuba perbaiki sedikit demi sedikit.

Blog yang kemas membuat pembaca selesa dan kita sendiri pun puas hati dengan hasil tulisan. Semoga panduan ini memberi manfaat dan membantu menjadikan blog sebagai ruang perkongsian yang lebih bernilai untuk semua.


Catat Ulasan

32 Ulasan

  1. Terima kasih untuk tipsnya Cie. Bolehlah kita pratikkan nanti.

    BalasPadam
  2. Thank you for the tips...ada masa rajin nak buat penulisan berbentuk SEO. tp selalunya hantam sajalah labu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Most welcome 😁. Boleh je asalkan penulisan kita orang faham dan tak pening baca.

      Padam
  3. Thank for the tips..ni memang diambil kira untuk sesuatu entry...

    BalasPadam
  4. good tips! cuma MZ kenis random hahah tulis ikut mood ajer!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je asalkan orang faham dan berminat nak baca penulisan kita 😁

      Padam
  5. kakmieja juga jenis tak suka menulis panjang-panjang, ringkas & boleh dipahami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak apply google adsense memang kena tulis panjang antara 500-1000 patah perkataan. Kalau GA dah lulus boleh tulis santai je.

      Padam
  6. Terima kasih share tipsnya, sangat bermanfaat sekali buat kita.

    BalasPadam
  7. Good sharing..nnt nk kena improve jgk ni..

    BalasPadam
  8. Saya suka baca entri yang ringkas tapi saya sendiri adakalanya tulis melalut-lalut hihihii.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penulisan akak panjang dan ada info. Memang SEO la 😁

      Padam
  9. Terima kasih tips.. kena buat yang no 6 tu kot..kena rajinkan tukar nama dekat gambar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2. Ye kena memang put effort sikit nak berblog ni.

      Padam
  10. Karena yg saya tulis hanya tentang traveling dan kuliner, karena itu sayapun mencoba menulis yang bisa jadi rujukan orang-orang. Termasuk memperhatikan isi tulisan, typo, sub judul etc.

    Jangan sampai apa yg ditulis tidak dipahami oleh pembaca.

    Ada beberapa kali baca tulisan di blog teman-teman, yang banyak menyingkat kata. Memang ini agak lama terkadang saya paham, apalagi kalau pakai istilah yg saya tidak biasa.

    tapi saya paham, ada bloggers yg memang menulis hanya untuk having fun, ikut mood. Dia tidak mencari seo. Jadi untuk blog yang begini, saya tak masalah, tetap saya baca, walau pelan-pelan supaya mengerti isinya.

    Tapi untuk blog yang memang mengutamakan isi, ada bagusnya ikuti beberapa tips di atas. Supaya pembaca lain bisa menjadikan blognya sebagai sumber referensi berguna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul akak kalau jumpa artikel ejaan yang tak faham memang skip baca 😅. Jenuh nak faham apa yang dimaksudkan. Cuma komen la jugak kat ruang komen.

      Padam
  11. thanks utk semua tips ni, sangat bermanfaat!
    nombor 6 yg alt text pada gambar tu macam something new utk saya :D

    BalasPadam
  12. Terima kasih atas perkongsian..
    Alamakkkk... cemana ni... tulisan akak pendek² je... jenis tak berapa rajin mengarang huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sekadar menulis suka2 takde masalah pun nak tulis pendek2.

      Padam
  13. Salam singah, banyak artikal ketingalan ni, BW tak sempat ke semua blog..best artikal ni, bagi saya motivasi..bab ejaan saya selalu salah eja, mybe nak taip cepat. Sebagai penulis kena usaha baku kan bahasa ..ayat lengkap jangan tergantung..kadang den terbuat juga..Tahniah cantik infor ni.

    BalasPadam
  14. Alamak, cikgu Cie dah datang. Lariii...
    Terima kasih share tips. Banyak tips rupanya.
    Namun ku gemar yg santai-santai sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Just share tips je kenapa nak lari 😅. Kitonyo bukan cikgu nak semak penulisan pelajar. Sekadar berkongsi untuk yang nak teranking SEO blog mereka. Nak menulis santai pun takde masalah sebab blog ni pun macam diari 😁

      Padam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.