Bubur Nasi RM6

Tengahari semalam sebelum ambil adik Rania, Cie singgah beli makanan kat Josi Donut. Kali ni tak beli donut. Beli kerabu maggi untuk anak-anak dan Cie repeat beli bubur nasi


Baru je lagi Selasa, Cie beli makanan kat Josi Donut jugak. Masa tu Cie beli macam-macam ada donut, waffle peanut butter dan chocolate, laksa sarang, laksa telur rebus dan juga bubur nasi. 

Makanan hari Selasa

Selasa tu Cie nak try dulu bubur nasi tu. Cie memang suka bubur nasi. 2 kali beli dalam minggu yang sama maksudnya sedap la kena dengan tekak. Sambal bilis tu pedas-pedas makan pulak dengan telur masin. Memang sedap.

Ni yang Selasa hari tu

Kalau masak sendiri selalunya Cie masak sup ayam, kangkung goreng, sambal bilis goreng, telur masin, daun sup, bawang goreng. Memang complete la bahan sampingan.

Hari Khamis repeat lagi


Pernah je masak kat rumah tapi anak-anak tak suka sangat. Tu yang malas nak masak bubur nasi sendiri. Bila jumpa yang sedap kita beli jela kalau nak makan.

Teringat dulu masa belajar di Politeknik Johor Bharu (sekarang dah tukar nama Politeknik Ibrahim Sultan), kami selalu sewa kereta pergi makan Bubur Nasi Sentosa kat Johor Bharu. Memang best bubur nasi kat situ lengkap dengan bahan sampingan.

Masa kerja di Hospital Jengka kebetulan Cie ke JB ada seminar di sana. Cie ajak geng hospital makan kat situ. Terubat rindu dapat makan Bubur Nasi Sentosa. Sekarang taktau masih ada ke tak. Rasanya gerai tepi jalan je. Tapi memang famous.

Bubur nasi ni ada orang panggil moi, ada panggil kanji. Nama je berbeza. Kat Temerloh ada jual nasi air. Lebih kurang bubur nasi ni tapi jenis makan dengan kuah sup. Kat Lipis ni pun ada jugak nasi air kat Mikha Sup Station. Yang tu makan dengan sup juga.

Masa operate gigi, Faiz belikan bubur nasi MarryBrown. Makan la bubur nasi beberapa hari. Ada juga beli yang instant just campur air panas je.

Ni taktau la minggu depan repeat lagi ke tak bubur nasi RM6 Josi Donut ni.




Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Nmpk sedap..Tp sy kurang suka daun sup & bwng goreng atas apa2 jua mknn kecuali dlm tauhu bergedil =)

    BalasPadam
  2. Kt umah eqin pun suka mkn bubur nasi cmni.anak² pun suka..haritu masa demam jiran tny nk Makan apa² tak..Kita ckp bubur nasi tabir bilis goreng..dia tlg buatkan sedap Nye lahaii

    BalasPadam
  3. Teringat bubur nasi yang makan semasa belajar di universiti dulu..

    BalasPadam
  4. di Kelate ni dipanggil nasi air. anak sy memang suka makan dgn nasi air ni. hari2 makan pun x pe...

    BalasPadam
  5. Wahhh.. 3x dia repeat bubur nasi tu. Memang sedap dan kena di tekak la kan. Cie, bubur nasi sentosa tu masih ada lagi. Nama betul dia, Bubur Nasi Istimewa No 1. Skrg dah ada beberapa cawangan, antaranya yg kita selalu pergi tu la kat Larkin. Tapi yg kat Taman Sentosa tepi jalan tu ada lagi.

    BalasPadam
  6. Bubur kalau kena yg sedap mmg repeat byk kali.. the kids kat rumah bubur mmg laju jer makan.

    BalasPadam
  7. kak ana tengah sakit gigi nih Cie, macam nak kena cari bubur nasi gak ni hehe :)

    BalasPadam
  8. Alangkah bestnya kalau dapat harga macam tu kat KL ni...

    BalasPadam
  9. Linda bubur nasi sekali semua campur dalam tu je .takde dah lauk sampingan..

    BalasPadam
  10. Sesekali dapat makan bubur emmm sedap sangat

    BalasPadam
  11. Kalau kat Terengganu dia panggil nasi air lepas tu lauknya banyak. Masa tu pergi rumah kawan orang Terengganu kat Kuala Terengganu. Puas makan. Sedap.

    BalasPadam
  12. Jadi teringin nak cari bubur nasi jugak. Kat utara panggil nasi ayaq.
    Ahli rumah akak cuma dua orang, akak sorang je suka makan bubur nasi, suami tak suka. Jadinya lebih mudah beli ajelah.

    BalasPadam
  13. Sedap bubur nasi. Kalau dah jumpa tempat yang sedap, bolehlah beli selalu.

    BalasPadam
  14. Bubur nasi dgn telur masin mmg ngam 😋

    BalasPadam
  15. Kalo disini sebutnya bubur ayam. Sebab selalunya pakai suwiran ayam . Hanya saja toppingnya beda2. Saya sukaaa, tapi ada beberapa bubur ayam yg saya tak suka, terutama bubur ayam dari kota Cirebon. Sebab mereka letak telur mentah di dasar mangkuk. Sementara saya tak suka telur yg kuningnya masih cair apalagi yg mentah 😂. Makanya saya selalu beli bubur ayam di tempat yg saya tahu tak pakai telur mentah 🤭

    BalasPadam
  16. saya zaman anak sekolah rendah rajin juga masak bubur nasi bawa bekal sekolah untuk dia,sekarang ni kalau teringin nak makan beli je Cie

    BalasPadam
  17. okaylah harga tu standard. teringat dulu pernah beli bubur nasi tepi jalan, harga rm3.50 je. sedap sangatt. tapi sekarang dah takde..

    BalasPadam
  18. Bagus, bubur segera lah ni kan..

    BalasPadam
  19. Kalau repeat tu sedap la tu...hihihi
    Kat tempat saya panggil kanji...Sesekali layan time hujan sedap ni kan...

    BalasPadam
  20. Kat Kedah mereka panggil moi.. tapi MIL panggil kanji juga.
    Akak sebut bubur je hehe..
    kalau dah sedap kena repeat. Bila anak-anak kurang gemar lebih baik beli je sebab nak buatnya pun bukan sekejap bila add on bahan lain macam kangkung, sambal dsb.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.