Baru je lagi Selasa, Cie beli makanan kat Josi Donut jugak. Masa tu Cie beli macam-macam ada donut, waffle peanut butter dan chocolate, laksa sarang, laksa telur rebus dan juga bubur nasi.
Makanan hari Selasa
Selasa tu Cie nak try dulu bubur nasi tu. Cie memang suka bubur nasi. 2 kali beli dalam minggu yang sama maksudnya sedap la kena dengan tekak. Sambal bilis tu pedas-pedas makan pulak dengan telur masin. Memang sedap.
Ni yang Selasa hari tu
Kalau masak sendiri selalunya Cie masak sup ayam, kangkung goreng, sambal bilis goreng, telur masin, daun sup, bawang goreng. Memang complete la bahan sampingan.
Hari Khamis repeat lagi
Pernah je masak kat rumah tapi anak-anak tak suka sangat. Tu yang malas nak masak bubur nasi sendiri. Bila jumpa yang sedap kita beli jela kalau nak makan.
Teringat dulu masa belajar di Politeknik Johor Bharu (sekarang dah tukar nama Politeknik Ibrahim Sultan), kami selalu sewa kereta pergi makan Bubur Nasi Sentosa kat Johor Bharu. Memang best bubur nasi kat situ lengkap dengan bahan sampingan.
Masa kerja di Hospital Jengka kebetulan Cie ke JB ada seminar di sana. Cie ajak geng hospital makan kat situ. Terubat rindu dapat makan Bubur Nasi Sentosa. Sekarang taktau masih ada ke tak. Rasanya gerai tepi jalan je. Tapi memang famous.
Bubur nasi ni ada orang panggil moi, ada panggil kanji. Nama je berbeza. Kat Temerloh ada jual nasi air. Lebih kurang bubur nasi ni tapi jenis makan dengan kuah sup. Kat Lipis ni pun ada jugak nasi air kat Mikha Sup Station. Yang tu makan dengan sup juga.
Masa operate gigi, Faiz belikan bubur nasi MarryBrown. Makan la bubur nasi beberapa hari. Ada juga beli yang instant just campur air panas je.
Ni taktau la minggu depan repeat lagi ke tak bubur nasi RM6 Josi Donut ni.


21 Ulasan
ok sgt rege tu, yg penting sedappp
BalasPadamNmpk sedap..Tp sy kurang suka daun sup & bwng goreng atas apa2 jua mknn kecuali dlm tauhu bergedil =)
BalasPadamKt umah eqin pun suka mkn bubur nasi cmni.anak² pun suka..haritu masa demam jiran tny nk Makan apa² tak..Kita ckp bubur nasi tabir bilis goreng..dia tlg buatkan sedap Nye lahaii
BalasPadamTeringat bubur nasi yang makan semasa belajar di universiti dulu..
BalasPadamdi Kelate ni dipanggil nasi air. anak sy memang suka makan dgn nasi air ni. hari2 makan pun x pe...
BalasPadamWahhh.. 3x dia repeat bubur nasi tu. Memang sedap dan kena di tekak la kan. Cie, bubur nasi sentosa tu masih ada lagi. Nama betul dia, Bubur Nasi Istimewa No 1. Skrg dah ada beberapa cawangan, antaranya yg kita selalu pergi tu la kat Larkin. Tapi yg kat Taman Sentosa tepi jalan tu ada lagi.
BalasPadamBubur kalau kena yg sedap mmg repeat byk kali.. the kids kat rumah bubur mmg laju jer makan.
BalasPadamkak ana tengah sakit gigi nih Cie, macam nak kena cari bubur nasi gak ni hehe :)
BalasPadamAlangkah bestnya kalau dapat harga macam tu kat KL ni...
BalasPadamLinda bubur nasi sekali semua campur dalam tu je .takde dah lauk sampingan..
BalasPadamSesekali dapat makan bubur emmm sedap sangat
BalasPadamKalau kat Terengganu dia panggil nasi air lepas tu lauknya banyak. Masa tu pergi rumah kawan orang Terengganu kat Kuala Terengganu. Puas makan. Sedap.
BalasPadamJadi teringin nak cari bubur nasi jugak. Kat utara panggil nasi ayaq.
BalasPadamAhli rumah akak cuma dua orang, akak sorang je suka makan bubur nasi, suami tak suka. Jadinya lebih mudah beli ajelah.
Sedap bubur nasi. Kalau dah jumpa tempat yang sedap, bolehlah beli selalu.
BalasPadamBubur nasi dgn telur masin mmg ngam 😋
BalasPadamKalo disini sebutnya bubur ayam. Sebab selalunya pakai suwiran ayam . Hanya saja toppingnya beda2. Saya sukaaa, tapi ada beberapa bubur ayam yg saya tak suka, terutama bubur ayam dari kota Cirebon. Sebab mereka letak telur mentah di dasar mangkuk. Sementara saya tak suka telur yg kuningnya masih cair apalagi yg mentah 😂. Makanya saya selalu beli bubur ayam di tempat yg saya tahu tak pakai telur mentah ðŸ¤
BalasPadamsaya zaman anak sekolah rendah rajin juga masak bubur nasi bawa bekal sekolah untuk dia,sekarang ni kalau teringin nak makan beli je Cie
BalasPadamokaylah harga tu standard. teringat dulu pernah beli bubur nasi tepi jalan, harga rm3.50 je. sedap sangatt. tapi sekarang dah takde..
BalasPadamBagus, bubur segera lah ni kan..
BalasPadamKalau repeat tu sedap la tu...hihihi
BalasPadamKat tempat saya panggil kanji...Sesekali layan time hujan sedap ni kan...
Kat Kedah mereka panggil moi.. tapi MIL panggil kanji juga.
BalasPadamAkak sebut bubur je hehe..
kalau dah sedap kena repeat. Bila anak-anak kurang gemar lebih baik beli je sebab nak buatnya pun bukan sekejap bila add on bahan lain macam kangkung, sambal dsb.
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.