Jeruk Petai Homemade: Cara Buat & Nikmati Ikut Selera Kampung

Bila sebut petai ada yang suka, ada yang tak tahan baunya. Tapi siapa sangka, biji hijau yang beraroma kuat ni bila dijeruk, boleh jadi hidangan pembuka selera yang luar biasa sedap! 

Petai seikat rm10

Cie beli petai ni dari pemuda orang asli yang dijual di tepi jalan je. Katanya beliau dari Pos Titom. Dalam 2-3 jam juga ke Lipis naik motor je. Dia jual seikat RM10. Seikat tu ada la dalam 5-6 keping. Cie beli 3 ikat dan dia bagi percuma seikat petai yang dijual RM5 seikat. Besar-besar mata petai tu.

Petai dijual di tepi jalan

Kat rumah Cie ni, Cie dan adik Rania je makan. Kakak Raisha dan babahnya tak makan. Adik Rania la request suruh Cie buat jeruk petai ni.

Jeruk petai bukan saja tahan lama, malah ada peminat setia yang sanggup makan dengan nasi putih dan sambal belacan saja. Tu pun dah membangkitkan selera.

Cie dah pernah buat sebelum ni. Masa tu kali pertama buat jeruk petai. Cie ada buat reels cara buat jeruk petai di Instagram.

Petai jeruk



Apa Itu Jeruk Petai?

Jeruk petai ialah petai segar yang direndam dalam larutan garam dan kadang-kadang bersama cuka atau air rebusan asam keping. Tujuannya untuk mengekalkan kesegaran petai supaya boleh tahan lama. Biasanya sehingga beberapa minggu kalau disimpan elok dalam peti sejuk.

Petai yang dijeruk ni akan berubah sedikit tekstur dan rasa. Tak selembut petai segar, tapi tetap rangup dan ada rasa masin-masin masam yang buat orang ketagih.


Cara Buat Jeruk Petai Tradisional

Prosesnya mudah saja. Bahan asas yang biasa digunakan:

  • Petai muda yang segar
  • Garam kasar secukupnya
  • Air masak / air suam
Bahan untuk petai jeruk

Cara penyediaan:

  1. Rebus petai sehingga berubah warna.
  2. Sejukkan seketika.
  3. Selepas dah sejuk boleh keluarkan isi petai dari kulit. 
  4. Rendamkan dalam air bersih untuk buang lendiran pada petai rebus. Kemudian toskan.
  5. Biarkan semalaman untuk keringkan air rebusan tu. Cie simpan dalam bakul berlubang dan tutup. Simpan dalam peti sejuk.
  6. Setelah semalaman boleh la mulakan proses menjeruk.
  7. Masukkan petai dan air ke dalam botol kedap udara. Isi air separas petai sahaja.
  8. Masukkan garam kasar.
  9. Tutup rapat dan simpan di dalam peti selama 2–3 hari sebelum dimakan.
Boleh letak cili padi kalau nak rasa pedas-pedas sikit.

Petai yang telah dipotong

Petai nak direbus

Petai yang direbus


Petai rebus dikopek

Petai direbus

Petai direndam

Petai rebus yang dikeringkan

Petai yang dijeruk



Cara Nikmati Jeruk Petai

Jeruk petai boleh jadi pelengkap hidangan kampung. Sedap digandingkan dengan:
Bagi yang suka rasa masam-masin, jeruk petai ni memang pembuka selera terbaik.

Khasiat Petai Yang Ramai Tak Tahu

Selain jadi penambah selera, petai juga ada khasiat tersendiri. Antaranya:
  • Tinggi serat — bantu lawas sistem pencernaan.
  • Mengandungi zat besi dan vitamin C.
  • Ada sebatian semula jadi yang membantu detoksifikasi badan.
Cuma kena ingat, makan berpada-pada. Bau kuat petai datang dari asid amino tertentu dan kalau makan berlebihan, boleh buat air kencing berbau untuk beberapa jam.

Petai dan Nostalgia Kampung

Bagi ramai orang, jeruk petai bukan sekadar makanan. Ia bawa nostalgia masa kecil tengok mak atau nenek duduk di dapur, hiris petai dan isi dalam balang kaca. Bau jeruk petai yang masin-masin tu seolah-olah tanda rumah kampung yang hidup dengan tradisi.



Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Murah dan besar2 petainya. Pembuka selera ni

    BalasPadam
  2. MZ tak mkn petai tp ni fav my arwah ayah

    BalasPadam
  3. Fuyyooo..Byk nih...FIL sy suka buat ni =)...Sy suka mkn yg fresh / yg dlm sambal =)

    BalasPadam
  4. Dulu tiap kali nak puasa arwah mak memang suka buat jeruk petai..ni macam dah lama tak nampak plak kewujudan petai jeruk kat rumah kak SA...sebabnya PZ dah x leh makan petai...

    BalasPadam
  5. Pandai ye Cie buat jeruk petai 👍🏻
    Akk tak makan jeruk petai tapi kecik² dulu selalu tolong mak buat jeruk petai esp part picit biji petai lepas rebus tu. Seronok hehe...

    BalasPadam
  6. pandainya adik Rania makan petai...rumah saya dilarang bawa masuk petai,jering..kadang saya teringin juga nak makan,kena tunggu balik rumah mak baru dapat makan

    BalasPadam
  7. wahhh sedapnya petai... besar2 bijinya

    BalasPadam
  8. sama cara Cie buat jeruk petai dengan kak ana. Kak ana belajar dari arwah mak mertua juga di Kuala Lipis sana, ada pokok petai keliling rumahnya dahulu, Cie. Dapat petau yang mata besar memang sedap lah petai jeruk kita , kan .

    BalasPadam
  9. kalau yang tak tahan bau tak boleh makan alah ni.. masa kecik-kecik dulu saya makan..yalah masa tu kampung masih kuat tradisi kekampungannya. makanan pun banyak dari sumber hutan. la ni zaujah je yang makan

    BalasPadam
  10. Sedap tu jeruk petai. Thanks share resepi.
    Kat rumah akak sorang yang makan petai. Jadi bila beli seikat share dengan adik depan rumah.

    BalasPadam
  11. Kita selalu buat jeruk petai tapi tak rebus dulu.. Nanti nak try la rebus dulu..

    BalasPadam
  12. Dulu petai ni nikmat sekarang x boleh dah angin...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.