Cie pun terus jela order 15 bungkus. Cie ambil 5 bungkus, lain-lain tu untuk bos, staf syif pagi dan cleaner yang cuci office. Sebungkus RM3 je Kak Hanim jual. Memang murah. Banyak pulak tu siap ada sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang goreng, telur rebus separuh dan timun.
Selalunya Cie memang order 5 bungkus. Sebungkus sorang dan extra sebungkus lagi untuk adik Rania dan babahnya tambah nasi. Berselera sangat makan nasi lemak Kak Hanim.
Kakak Raisha tak bertambah sebab dia rehat 10 pagi tadi makan nasi dah. Tu yang tengahari tadi dia makan sikit lepas tu repeat semula makan sebelah petang.
Selepas Faiz ambil adik Rania tadi Cie pesan suruh beli ayam goreng dan keropok goreng kat gerai tepi jalan tu. Saja buat tambah-tambah makan dengan nasi lemak.
Kekenyang makan nasi lemak 2 beradik tu tertidur lepas solat Zohor. Pukul 2.15 Cie kejut adik Rania nak ke kelas KAFA pulak. Kemain sedap dia tidur. Makan nasi lemak pulak memang mengundang mengantuk.
17 Ulasan
Akk pun kalau nak tempah² makanan, suka order dgn orang yg kita kenal. Bolehlah support dia juga kan
BalasPadamKalau kt tempat Cuya Rm2 pon dh kira mahal. Kawasan kampung boleh la dpt rm2. Kalau kat bandar memang takde ler nak merasa kan hehehe skrg semua dah naik harga
BalasPadamUntung sarapan, memang kenyang ni.
BalasPadamBetul, lepas makan nasi lemak kalau tak beraktiviti memang mengantuk.
BalasPadamAlhamdulillah rejeki dikongsi bersama
BalasPadamNampak sedap sekali nasi lemak tu..murah ya..happy lah adik dapat makan nasi lemak berkhasiat wangi nya..
BalasPadamtempat saya ada lagi nasi lemak rm1, tapi yang yang banyaknya harga >rm4.. bagus support sesama kita
BalasPadamRajin staff cie buat side income. Mesti sedap nasi lemaknya sebab anak² siap request lagi.
BalasPadamNasi Ni nampak berlemakk...Anak² Ni klu da pernah mkn sedap tu mmg dorg akn ulang la
BalasPadamNampak sedap nasi lemaknya. Bagus juga ya, dapat support kawan terdekat.
BalasPadamRM3 untuk portion sebanyak itunmemang sangat berbaloi membeli..Semoga yang menjual dan yang membeli juga diberkati dan dirahmati🤲
BalasPadamElok sambalnya, diletak asing. Nampak sedap.
BalasPadamJadi rinduuuu kan makan nasi lemak ðŸ¤. Makanan yg selalu saya cari kalau ke Malaysia. Nihlaah memang tak sabar tunggu November. Mau puas2in sarapan nasi lemak tiap hari selama di KL 🤤😅
BalasPadamMurah nasi lemak ni. Sesambil tu support kawan yg buat side income
BalasPadammurah dan sedap!
BalasPadamAkak pun biasanya akan order lebih, panjangkan sedekah pada mereka2 yang rapat jugak..kalau ada banyak lebih baru bagi kat yang lain2
BalasPadamPenangan nasi lemak sedap lagi sedap kalau sambalnya banyak dan sedap
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.