Menu Lunch Nasi Arab

Hari ni terajin sikit masak Nasi Arab versi tekak melayu. Lepas beli barang dapur tadi duk berehat sekejap lepas tu 11 pagi masuk kitchen. 

Hidangan nasi arab untuk menu lunch

Siap mengemas barang beli tadi. Sayuran Cie settle kan masuk dalam bekas dan simpan dalam fridge. Bahagian basah lauk pauk Faiz settle kan. Dia beli ayam, sotong dan ikan lolong tadi. Selalunya Faiz la mengerjakan lauk pauk tu.

Cie siap sempat buat stok bawang goreng tadi sambil masak Nasi Arab. Cie memang buat sendiri bawang goreng. Tak pernah beli bawang goreng. Lebih suka bawang goreng homemade lagi sedap boleh ratah gitu je.

Cie masak Nasi Arab ni versi Cie sendiri. Takde tengok kat mana-mana resipi pun. Main hentam je. Pernah buat beli rempah dari kawan. Pernah juga beli rempah kat Shopee. Nasi Arab Mandy memang ada jual rempahnya untuk ayam dan nasi.

Nasi arab dan ayam bakar

Menu sampingan nasi arab

Beberapa kali buat dengan resipi olahan berbeza. Kalau orang mintak resipi memang susah la nak bagi sebab resipi berbeza-beza tiap kali buat. Ala-ala pun ok jugak. Nak betul-betul resipi arab memang kena follow resipi Nasi Arab timur tengah la. Cie pernah makan di kedai Nasi Arab macam tak kena dengan tekak. Ada yang sedap, ada yang terlalu kuat rempahnya memang tak sedap la bagi Cie.

Bila buat sendiri ni boleh la adjust ikut tekak kita. Alhamdulillah anak-anak dan suami memang berselera makan. Habis dah licin. Last sekali penutup makan epal merah dengan asam boi

Epal merah

Perut dah kenyang mata pun mula la mengantuk. Jom la kita belai mata. Berehat sepuasnya hari ni dah nak habis cuti hujung minggu.



Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Rajin sungguh Cie, masak nasi arab sendiri. Sedap la tu, kalau habis licin. 😋👍

    BalasPadam
  2. Wsh, siap dah nasi Arab. Bismillah.

    BalasPadam
  3. Wowww, terrornya Cie buat nasi Arab tak tengok recipe.

    BalasPadam
  4. Menu yang super nikmat
    Saya suka banget menu nasi arab, makan bisa nambah

    BalasPadam
  5. Waaa hebat boleh masak sendiri tak perlu la ke kedai makanan arab hahahaa..
    Bawang goreng mmg kena buat sendiri .. puas hati dan rangup lain macam kan :D

    BalasPadam
  6. Wah, gigihnya Cie buat nasi Arab sendiri. Saya pernah buat 2x je masa PKP sebab craving nak makan nasi Arab tapi takde kedai nasi Arab dekat Bintulu 🤭. Gigih blend rempah-ratus time tu. Resipi tu kata kena pakai saffron tapi nan hado... jadi pakai pewarna oren je nak bagi nampak macam nasi Arab hehe.

    BalasPadam
  7. Wah, berjaya masak nasi ayam arab..tahniah..

    BalasPadam
  8. wah..rajinnya buat nasi arab.. tapi kalau nak yang betul-betul asli nasi arab kena ikut resepi timur tengah, tapi saya tak berapa boleh nak makan sebab bau rempah kuat sangat..kalau nasi mandy dhab lagi tak tertelan hehe

    BalasPadam
  9. Akak kureng sikit nasi arab ni sebab bau rempahnya tapi kalau orang dah belanja emmm makan je lah. Rezeki kan

    BalasPadam
  10. hebatnya Cie buat nasi arab tak tengok resepi,nampak macam dah jadi tu.saya tiap kali nak masak nasi berperisa mesti nak tengok resepi

    BalasPadam
  11. Ingat dulu mama saya pun selalu masak bawang goreng sendiri. Sedaaap memang. Bisa diratah juga. Tapi kalau saya, memang beli yg ready kak 🤣🤣.

    Sedaaapnya nasi arab. Saya sukaaa juga. Rata2 yg pernah saya coba di sini, sama juga, ada yg sedap, tapi ada juga yg biasa saja. Selalunya saya memang lebih suka yg rempah kuat

    BalasPadam
  12. tgk saiz ayam tu mmg betul2 nampak nasi arab yg ori👍👍👍

    BalasPadam
  13. fuhh sedapnyaaa. dh lama MZ tak mkn nasi arab ni

    BalasPadam
  14. Mwnarik nasi arab ..akak x pandai buat nasi2 version mcm ni...

    BalasPadam
  15. Pernah masak tapi macam tak sedap, frust sikit.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.