Mi Sup Daging dan Fishball

Akhirnya menjadi jugak masak mi sup daging yang dirancang dari lunch tadi. Dah beli siew pak choy dan taugeh. Tak best kalau takde sayur jadi tak lengkap hidangan. Tu yang kena beli jugak. Last minute plan macam ni la.

Mi sup daging dan fishball

Petang tadi lepas Asar Cie ke Mr Diy nak beli barang sikit dan terus la singgah ke Speedmart sebelah tu je. Tengok ada fishcake dan fishball. Fishcake tu macam tak cantik tapi expired lambat lagi. Adik Rania cakap beli fishball jela. Anak-anak je yang makan tu. Cie tak sangat. Taknak nampak kosong sup daging tu yang letak jugak fishball.

Lengkap la dah mi sup daging ada fishball, siew pak choy, taugeh, daun sup, bawang goreng, limau kasturi dan sambal kicap. Selalunya weekend nak dinner yang simple je. Lunch dah lewat sangat tadi dah nak 3 petang. Jadinya malam sesuai la mi sup daging dan fishball je.

Daging tu Cie beli minggu lepas. Rebus siap-siap dah guna periuk noxxa. Dapat la 3 bekas. 1 bekas dah masak minggu lepas sup jugak. Minggu ni mi sup pulak guna sebekas. Ada lagi 1 bekas minggu depan la pulak masak daging kicap pun sedap jugak.


Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. saya suka yg sup2 camni terutama musim hujan cam sekarang ni

    BalasPadam
  2. Nampak sedap...kalau makan time hujan...asyikkk

    BalasPadam
  3. Sedapnya mee sup homemade... selalu kalau buat sup mmg akan beli mee kuning sekali... so ada option nk makan nasik ke mee

    BalasPadam
  4. Kak SA suka mee sup daging...dapnyaaa...daging tu kalau ada lemak2 lagi best

    BalasPadam
  5. sedapnyaa! letak fish ball tu naiklah sikit seri sup

    BalasPadam
  6. Kalau ada anak² nak makan memang sukalah dorang ada fishball kan. Nampak sedap sangat la, Cie.. mai semangkuk pos ke Johor, hihihi.

    BalasPadam
  7. Kena ada limau baru sup bertambah sedap kan..hebat2

    BalasPadam
  8. Menu simple tapi sedap. Saya prefer makan macam ni malam-malam.

    BalasPadam
  9. cuaca skarang ujan je..dpt menu sup2 camni sedap

    BalasPadam
  10. Ahkak selalunya nak mudah buat sup ayam je lebihkan kentang dengan lobak. Buat sambal kicap layan dengan taugeh di celur atau fresh je. Tabur bawang goreng dengan daun sup layan meehoon atau kue tiaw. Makan panas-panas

    BalasPadam
  11. Makanan berkuah, yg simple dan sedap , saya pun biasa masak yg begini kalau nak cepat. Atau saat cuaca sering hujan 😄❤️.

    BalasPadam
  12. sup mcm ni sy suka. light2 gitu then makan panas2 fuhhh terangkattt

    BalasPadam
  13. memang kalau masak daging cie rebus dulu ek semua? tapi mudah juga kan kalau dah rebus sesiap pastu nak masak keluarkan je. jimat sikit masa memasak

    BalasPadam
  14. Suka sup gini.. akak lebih suka fishball dari fishcake.. FB lebih light.

    BalasPadam
  15. Sedap sangat ni Cie.
    Rasanya kalau saya makan tak cukup semangkuk ni.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.