Petang tadi lepas Asar Cie ke Mr Diy nak beli barang sikit dan terus la singgah ke Speedmart sebelah tu je. Tengok ada fishcake dan fishball. Fishcake tu macam tak cantik tapi expired lambat lagi. Adik Rania cakap beli fishball jela. Anak-anak je yang makan tu. Cie tak sangat. Taknak nampak kosong sup daging tu yang letak jugak fishball.
Lengkap la dah mi sup daging ada fishball, siew pak choy, taugeh, daun sup, bawang goreng, limau kasturi dan sambal kicap. Selalunya weekend nak dinner yang simple je. Lunch dah lewat sangat tadi dah nak 3 petang. Jadinya malam sesuai la mi sup daging dan fishball je.
Daging tu Cie beli minggu lepas. Rebus siap-siap dah guna periuk noxxa. Dapat la 3 bekas. 1 bekas dah masak minggu lepas sup jugak. Minggu ni mi sup pulak guna sebekas. Ada lagi 1 bekas minggu depan la pulak masak daging kicap pun sedap jugak.
20 Ulasan
saya suka yg sup2 camni terutama musim hujan cam sekarang ni
BalasPadamNampak sedap...kalau makan time hujan...asyikkk
BalasPadamsedapnya! my fav niii
BalasPadamSedapnya mee sup homemade... selalu kalau buat sup mmg akan beli mee kuning sekali... so ada option nk makan nasik ke mee
BalasPadamUishhhh..Sedapnyaaaaa
BalasPadamKak SA suka mee sup daging...dapnyaaa...daging tu kalau ada lemak2 lagi best
BalasPadamsedapnyaa! letak fish ball tu naiklah sikit seri sup
BalasPadamKalau ada anak² nak makan memang sukalah dorang ada fishball kan. Nampak sedap sangat la, Cie.. mai semangkuk pos ke Johor, hihihi.
BalasPadamKena ada limau baru sup bertambah sedap kan..hebat2
BalasPadamMenu simple tapi sedap. Saya prefer makan macam ni malam-malam.
BalasPadamSuka simple2 mcm ni...
BalasPadamcuaca skarang ujan je..dpt menu sup2 camni sedap
BalasPadamSup2 memang lalu di rumah ni.
BalasPadamLaku 😊😊
PadamAhkak selalunya nak mudah buat sup ayam je lebihkan kentang dengan lobak. Buat sambal kicap layan dengan taugeh di celur atau fresh je. Tabur bawang goreng dengan daun sup layan meehoon atau kue tiaw. Makan panas-panas
BalasPadamMakanan berkuah, yg simple dan sedap , saya pun biasa masak yg begini kalau nak cepat. Atau saat cuaca sering hujan 😄❤️.
BalasPadamsup mcm ni sy suka. light2 gitu then makan panas2 fuhhh terangkattt
BalasPadammemang kalau masak daging cie rebus dulu ek semua? tapi mudah juga kan kalau dah rebus sesiap pastu nak masak keluarkan je. jimat sikit masa memasak
BalasPadamSuka sup gini.. akak lebih suka fishball dari fishcake.. FB lebih light.
BalasPadamSedap sangat ni Cie.
BalasPadamRasanya kalau saya makan tak cukup semangkuk ni.
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.