Tebus SARA Di TF Value Mart

13 September hari tu Cie dah tebus SARA di BS Freshmart beli sikit barang so ada baki lagi RM65.05. Masa tu beli keperluan diri je. Takdela habiskan RM100 tu. Baki pun boleh carry forward kan.

Minggu lepas 28 September Cie habiskan terus tebus SARA beli barang di TF Value Mart. Kebetulan memang nak restock bahan kering. Cie main ambil je takdela kira berapa.

Penulis membeli barang dapur

Sampai je kaunter asingkan dulu barang nak tebus SARA. Settle yang tu dulu supaya kalau tak cukup nanti boleh bayar biasa je. Cashier scan semua barang memang ngam RM65.05. Kagum dengan diri sendiri. Hahahah. Ngam pulak tu so settle terus habis dah SARA kami laki bini.

Antara barang yang Cie beli ngam RM65.05:

  • Gula 1kg x 2 peket
  • Sos cili 725gm x 1 botol
  • Sos tomato 685gm x 1 botol
  • Sos thai 750gm x 1 botol
  • Gardenia numee 480gm x 1 peket
  • Indocafe refill 100gm x 1 peket
  • Kicap jalen 2L x 1 botol
  • Bay leaf 10gm x 1 peket
  • Teh uncang 40pcs x 1 peket

Barang macam ni pun dah RM60 lebih. Belum masuk bahan asas lain lagi. Memang keras sikit harga bahan makanan sekarang. Zaman dulu RM100 memang penuh troli macam-macam boleh dapat. Semakin lama semakin tinggi harga barang.

Tebus sara rm100

Tebus sara rm100

Begitulah kan. Kerajaan bagi bantuan mana yang layak tu guna la sebaiknya. Boleh jimatkan sikit perbelanjaan. Macam bantuan MyKasih tu bantuan bulanan. Ramai jugak yang layak. 

Sistem SARA dah ok sekarang. Boleh la tebus mana yang belum selesai tu. Selesai awal senang. Yang pasti Cie dan Faiz dah habis berbelanja. Memang kami manfaatkan bantuan kerajaan ni. Alhamdulillah.


Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Alahai asyik lupa nak tebus. Sebab asyik ke kedai runcit dekat rumah.

    BalasPadam
  2. hebat betul ni, belanja ngam2 habis RM65.05 tu, hehe.
    saya pun baru tebus last week. campur SARA adik ngan kakak saya sekali utk topup barang2 rumah. kitorang beli kat econsave, dalam sejam juga Q

    BalasPadam
  3. wah terer lah cie belanja, ngam-ngam soi harga barang. Alhamdulillah syukur dapat free RM 100. Ada ke patut ada YB tu kata cukup Rm100 bantuan tersebut, agaknya dia tak pernah belanja kut tu yang tak tahu harga barang sekarang melangit harganya. Nak cakap banyak pun buat ngabehkan boreh je alhamdulillah syukur masih boleh makan di bandingkan orang yang lebih susah.

    BalasPadam
  4. Bisa betul2 pas ya kak 😍😄😄😄. Hebat lah, 😁👏.

    Betuuuul tuh. Harga barang sekarang dah naik banyak. Kasihan kalau dipikir yg kurang mampu. Bisa untuk makan sehari saja dah bersyukur mereka.

    Beras saya kaget bulan lalu, naiknya 100% . Ntahlaah, tak paham dengan jajaran pemerintah di sini.. saya tak nak beli yg kualitas rendah, sebab tuh walau mahal, tetap saya beli juga Krn biasa dengan brand itu. Tapi tuhlah orang2 yg income-nya kecil, mau tak mau pasti mencari beras dengan kualitas biasa sebab murah. Sedih jadinya..

    BalasPadam
  5. saya pun baru guna semalam... pd mulanya nak guna kat mydin. tp bla tgk Q kemainnnnnn pnjg, trs tak jadi nak guna... cuma tu laa bla gi tmpt lain x byk brg yg 'lulus' utk dibeli😀

    BalasPadam
  6. linda punya dah RM0.00..
    Suami punya belum...tapi dia dah guna BUDI...linda belum lagi, sebab kereta pun ada satu je...tak ke mana sangat pun

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah... sekarang semua harga barang keras kan, bagi kita yang boleh la dikatakan mampu Alhamdulillah. mana mereka yang betul2 perlukan kais pagi makan pagi tu yang sangat kesian. Kita doakan semua warga Malaysia sentiasa dilindungi Allah... amin

    BalasPadam
  8. Samalah.. Memang manfaatkan betul-betul SARA yang diberikan..
    Pandai Cie berbelanja.. ngam ngam ja ya..

    BalasPadam
  9. kak ana ada 3 IC dalam rumah ni yang dapat jadi kami tebus di 3 pasaraya berbeza hari tu hehe alhamdulillah rezeki juga kan :)

    BalasPadam
  10. Akk belum tebus lagi. Guna husband punya dulu, dah habis dah
    Bagus bantuan gini, membantu wpun orang kata RM100 je. Alhamdulillah syukur dapat juga meringankan beban kewangan

    BalasPadam
  11. Apa yang saya perasan, bila wujudnya SARA untuk semua, ramai yang makin teliti beli barang.

    BalasPadam
  12. Ada lagi balance nak kena redeem ni. Walaupun RM100 tapi banyak manfaat kepada kami ni.

    BalasPadam
  13. Tebus sekali ja..senang tak payah lagi berbaris nak bayar ..tahniah

    BalasPadam
  14. Saya belum belanja kerana tunggu masa yang sesuai.Tempat tinggal saya ni sokmo Q panjang..Tapi kan saya perasan kat tempat saya ni sejak umum My Sara tu banyak barang naik harha..huhuhu

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah, dah settle ye. Saya punya, masih ada baki 60 ringgit. Suami punya tinggal berapa sen je, kurang dari seringgit. Terer Cie, boleh dapat baki 0. 👍

    BalasPadam
  16. MZ hari tu repeat beli roti etc..so now balance ada RM37 dah..plan nak beli beras laaa

    BalasPadam
  17. Settle dah ye...alhamdulillah banyak gak dapat barang tu...akak semalam beli telur sepapan, ayam drumstick 4 ketul, sayur bayam dan kangkung, itu je RM38...Keras betul harga sekarang

    BalasPadam
  18. Belum sempat lagi nak beli.. bila tinggal berdua keperluan tak banyak lagi itu yang tertangguh. Ada je pergi NSK dan boleh redeem di situ tapi sebab beli campur barang basah malas pula nak asingkan.

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah. Syukur rezeki Allah untuk rakyat Malaysia.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.